Posts

Showing posts from June, 2009

Jangan Hidupkan Aircond Sebaik Menaiki Kereta!

Yang ni saya copy daripada e-mail pilihan yang dihantar ke website Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tah

Tanda-tanda Munafiq

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Tanda munafiq itu tiga: Apabila berbicara, dia berdusta; apabila berjanji, dia menyalahinya; apabila diberi amanah, dia mengkhianatinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Realitinya, ramai yang berstatus Muslim, tapi memiliki sifat-sifat seperti orang munafiq. Berbohong, sengaja mungkir janji, pecah amanah; semuanya kini dianggap biasa. Padahal, itulah sifat orang-orang munafiq, yang paling dibenci Allah, yang tempat pembalasan mereka adalah di dalam neraka jahannam yang paling bawah sekali. "Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapati seorang penolong pun bagi mereka." (An-Nisaa': 145) Mahukah kita dianggap sama seperti mereka?

Yang Menghilangkan Dahaga

Image
Sekarang ini cuaca sangat panas. Sampaikan saya pernah terdengar ada yang mengatakan, tak ada orang yang tak pernah merungut atau mengeluh dengan cuaca panas yang dirasakan sekarang. Begitulah manusia, selalu tak berpuas hati dan tak bersyukur. Dan paling penting, tak berusaha untuk merenung bicara Allah di sebalik apa yang terjadi. Bila cuaca panas macam ni, tentunya minuman sejuk dan berais yang jadi pilihan kebanyakan kita untuk hilangkan dahaga. Tapi, betul ke boleh hilang dahaga lepas minum minuman berais? Saya cuba search di internet, dan terjumpa satu artikel di http://www.posetech.com/ yang ditulis Dr Romanov . Katanya, minuman berais hanya memberikan pleasant feeling of cold in mouth and stomach, yang mana semua itu hanya lah perception. So, timbul lah persepsi bahawa minuman berais mampu menghilangkan dahaga padahal sebenarnya tidak. Dan, sama ada kita perasan atau tak, tak lama lepas kita minum ice-cold water , kita mesti akan rasa dahaga semula walaupun dah minum segela

Tiru macam mereka

Image
Salaamullahi 'alaikum. Apa khabar iman kita hari ini? Untuk entry kali ini, saya nak sambung sedikit lagi tentang penjual-penjual buku 'secara langsung' yang saya ceritakan dalam entry yang lepas. Melihat cara mereka mendekati target mereka, saya terfikir, kalaulah saya boleh meniru cara mereka dan buat perkara yang sama, bukan untuk menjual barang, tapi untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Alangkah bagusnya kalau saya punya kekuatan untuk itu! Saya cuba bayangkan; waktu saya berjalan-jalan di bandar, pantai, taman, dsb saya ternampak sepasang lelaki-perempuan, masih belasan tahun, tak mungkin dah berkahwin, duduk rapat-rapat dan siap peluk-peluk lagi. Then , saya pergi dekat dengan mereka dan menegur si remaja perempuan, "Assalamualaikum adik. Akak nak cakap seminit je!" Dan saya berikan 'ceramah pendek' selama seminit. Oh, itu cuma bayangan, bukan betul-betul. Nyatanya saya tak pernah buat pun, especially apabila saya berjalan sendirian.

"Seminit je kak!"

"Assalamualaikum kak..bagi saya seminit je. Kat sini saya ada jual buku........... tulisan ............. Bagus buku ni kak! Harganya murah je.." Kebelakangan ni, kalau keluar ke bandar, saya dah agak 'fobia' untuk duduk dalam kereta, sementara menunggu family saya settlekan urusan mereka, disebabkan tak ada parking kosong. Banyak kali juga saya 'diserang' penjual-penjual buku yang saya sendiri tak tahu dari syarikat mana. Sebelum ni, jarang sekali saya 'diserang' macam tu. Pernah satu hari, saya didatangi tiga orang at different time yang menjual buku yang sama. Penat juga nak melayan. Saya tahu mereka pun hanya mencari rezeki. Mereka tak salah, dan cara mereka juga tak salah. Buku-buku yang dijual pun kebanyakannya buku-buku agama, memang bagus pun sebenarnya. Cuma setiap kali saya di promote dengan buku-buku tu, teringat pula berderet buku-buku di rumah dan mahallah yang masih menunggu turn untuk dihabiskan. Akhirnya, saya hanya mampu tersenyum

Apabila diri kecewa...

Image
"Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu" Barangkali kata-kata di atas adalah ayat pemujuk yang sesuai apabila kita rasa kecewa. Saya, anda dan kita semua pernah merasai dan tahu apa itu rasa kecewa. Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, harapkan dan idam-idamkan, kita akan rasa kecewa. Contoh yang paling common , kita rasa berhak mendapat keputusan yang baik dalam exam setelah berhempas pulas study . Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Kita seringkali gagal, dan tentunya kita rasa sangat kecewa. Macam mana nak memujuk diri sendiri? Apabila mengingatkan hakikat diri sebagai hamba Allah yang sangat lemah, dikurniakan akal fikiran dan ilmu yang terhad, insya Allah kita mampu menerima apa jua yang diberikanNya tanpa rasa kecewa. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Dia sekali-kali tidak akan menzalimi hambaNya. Dan, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, sama ada kita dapat temui hikmah tersebut kemudian

Influenza A H1N1 kini pandemik!

Image
Tidak sampai 2 bulan kemunculannya diumumkan WHO, influenza A H1N1 semalam diisytiharkan pandemik oleh Director-General WHO dan pandemic alert dinaikkan ke fasa 6, iaitu fasa yang tertinggi dalam pandemic phases yang dikeluarkan WHO. Walaupun influenza pandemic masih di tahap awal dan kesannya masih di tahap sederhana, tapi rasanya pengumuman sebegitu mampu membimbangkan seluruh penduduk dunia terutamanya mereka yang berada di negara-negara yang mencatatkan bilangan kes dan kematian yang tinggi. Di negara kita sendiri, ketika awal-awal kemunculan penyakit ni, tiada kes jangkitan influenza A yang dilaporkan, tapi sekarang kes jangkitan dah pun meningkat kepada 11 kes walaupun semua kes tersebut adalah kes 'import'. Ketika dunia diserang influenza A yang disebabkan H5N1 strain beberapa tahun lalu, saya masih belajar di sekolah menengah. So , waktu itu saya tak ambil kisah sangat dengan isu kesihatan global. Tetapi kini baru saya tahu kenapa kewujudan wabak selesema yang asal

Kenduri oh kenduri

Cuti pertengahan penggal sekolah dah masuk minggu kedua, sekejap saja rasanya. Sebenarnya, hari sekolah ke, cuti sekolah ke, tak beri apa-apa makna pun bagi saya sebab saya pun dah lama tinggalkan zaman sekolah. Tapi cuti sekolah kali ini does affect me a little bit , sekurang-kurangnya memenuhkan jadual cuti inter-sem saya tahun ni dengan beberapa kenduri kahwin rakan-rakan dan senior. Cuti sekolah sangat sinonim dengan kenduri dan jamuan. Kenduri kahwin, yang memang selalu berada di kedudukan tertinggi dalam 'carta kenduri-kenduri di musim cuti sekolah', kenduri tahlil dan arwah, kenduri 'aqiqah, kenduri kesyukuran, dan majlis solat hajat. Itu antara kenduri-kenduri yang saya tahu dan biasa diadakan di kampung saya. Kenapa banyak sangat jenis-jenis kenduri yang ada di Malaysia, atau lebih tepat dalam kalangan masyarakat Melayu? Rasanya di negara-negara lain yang majoritinya umat Islam, ataupun dalam kalangan masyarakat Cina atau India di negara kita sendiri, tak ada pula

Terminator Salvation

Semalam, saya sempat membelek satu akhbar sisipan hiburan, setelah lama tak membeli dan menghadap 'the real newspaper' kerana lebih suka membaca berita secara online saja. Tiba di satu halaman ni, ada satu artikel yang gambarnya menarik perhatian saya, iaitu tulisan tentang sebuah filem dari Hollywood, Terminator Salvation. Tulisan itu agak menarik perhatian sebab saya dah menonton beberapa kali iklan promosi filem itu di televisyen. Tambah-tambah lagi, saya memang pernah meminati genre filem sebegitu waktu zaman sekolah dulu . Dan filem Terminator Salvation adalah sebuah filem aksi, yang memaparkan pertarungan antara manusia dengan robot pembunuh cyborg. Berbalik pada artikel tadi. Mulanya, saya fikir tulisan itu nak mengulas tentang jalan cerita, pengarah, pelakon atau teknologi-teknologi dan kesan-kesan khas yang digunakan dalam filem tu. Ya lah, akhbar hiburan, biasanya aspek-aspek macam itu lah yang disebut kalau nak ulas sesebuah filem. Tapi, saya silap. Tulisan itu (d