Posts

Showing posts from December, 2009

Azam Baru

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2009 Masihi. Sedih pula rasanya apabila perlu ‘berpisah’ dengan satu tahun yang saya kira banyak merakamkan kisah-kisah yang tak terduga dalam hidup saya. Menyedarkan saya betapa tersusunnya takdir Allah dan betapa kerdilnya diri ini di sisi-Nya. Dan esok, hari baru untuk tahun baru 2010 Masihi akan menemui kita, insya Allah. Tahun baru, selalu saja diiringi dengan azam baru. Saya juga begitu. Tapi itu waktu dulu-dulu. Zaman sekolah rendah. Terlalu teruja dan bersemangat membuat azam baru setiap kali tahun baru tiba kerana waktu itu juga sekolah akan dibuka setelah cuti akhir tahun yang panjang. Sehinggakan apabila saya menonton wartawan berita menemuramah murd-murid dan pelajar-pelajar di sekolah ketika hari pertama persekolahan, saya juga membayangkan dan mengangankan perkara yang sama. Supaya saya dapat beritahu pada semua orang apa azam saya pada tahun baru. Huh, zaman sekolah. Macam-macam benda pelik yang diangan-angankan. Tapi yang pas

Kemalangan Ngeri

Image
Dahsyat. Itulah yang mampu digambarkan apabila saya melihat keadaan bas dua tingkat Sani Ekspress di dalam berita di televisyen petang semalam, yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 2 orang penumpang. Semua yang terlibat adalah penumpang di bahagian tingkat bawah bas. Sumber: Berita Harian (Foto Bernama) Kadang-kadang, rasa seriau nak naik bas apabila mendengar berita-berita kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres. Tapi apa boleh dibuat. Itu saja pengangkutan yang sesuai untuk student macam saya, dan mungkin pengangkutan favourite bagi kebanyakan mereka yang selalu travel  jauh. Tapi sebenarnya dan yang pastinya, andai ajal kita sudah sampai, walau macam mana pun kita mengelakkan diri (contohnya tak nak naik bas), atau ke ceruk hutan mana pun  kita melarikan diri, kita tetap akan dipanggil menghadap-Nya. Kerana kemalangan, lemas, sakit; semua itu hanya asbab, tetapi ajal adalah takdir yang tiada siapa mampu menolaknya. Kemalangan - sa

Kebas

Kenapa kaki terasa kebas bila kita berada di sesuatu posisi, contohnya duduk bersila, terlalu lama? Mulanya saya terfikir, mungkin sebab pengaliran darah ke bahagian kaki tersekat atau tak berapa lancar menyebabkan kaki seolah-olah terasa ‘lumpuh’ dan dicucuk-cucuk. Tapi sebenarnya bukan macam tu dan bukan semudah itu. Dalam istilah perubatan, keadaan ini disebut sebagai paresthesia . Apabila kita duduk terlalu lama, atau tidur dalam keadaan beralaskan lengan, atau apa-apa saja posisi yang menyebabkan any parts of our body being pressed , terutamanya untuk tempoh masa yang lama, kita sebenarnya dah block nerve (saraf) pathway antara otak kita dengan anggota badan tersebut. Jadi, nerves tak dapat memindahkan impulses (maklumat) daripada otak ke bahagian anggota badan dengan sempurna. Apabila keadaan ini berlaku, kaki atau tangan kita seolah-olah telah hilang deria rasa, dan otak juga tak mampu ‘memberi arahan’ kepada bahagian anggota badan tersebut. Keadaan ini juga disebut sebagai

1 Muharram 1431H

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431. Semoga apa yang dipanjatkan dalam doa akhir tahun dan awal tahun akan dikabulkan Allah, ameen. Sama-sama kita hayati peristiwa besar hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah. Teruskan menghidupkan semangat hijrah mereka ke dalam diri kita dengan meninggalkan maksiat dan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri untuk menuju ke arah pengabdian yang hakiki kepada Allah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menukilkan dalam entry hari ini yang bertarikh 1 Muharram 1431H, ucapan tahniah khas untuk sahabat istimewa saya, Asiyah @ Khairul Bariyyah Ayob - satu-satunya sahabat yang masih bersama saya sehingga sekarang, sejak di SMKATJ, Darul Quran, Matrikulasi UIA dan akhirnya di UIA Kuantan - yang akan dinikahkan kurang 24 jam dari sekarang dengan pasangannya, Muhammad Haziq Mohammad Zawawi. Baarakallahu lakuma, wabaaraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fil khoir. Semoga kekal hingga ke syurga. Saya gembira untuk kamu. Se

Halal ke ni??

Sekarang ni, makin banyak produk makanan ringan yang diiklankan dan dijual di pasaran. Kalau waktu sekolah rendah dulu, saya hanya kenal beberapa makanan ringan yang popular seperti Twisties, Maggi, Mamee , dan Choki choki , tapi sekarang, macam-macam yang keluar. Dan yang menariknya, semuanya sedap-sedap. Tak makan nasi pun tak apa, sudah kenyang dengan sebungkus makanan ringan yang hanya berharga seringgit ke dua ringgit. Rasanya tak perlu lagi saya sebutkan tentang betapa tak sihat dan tak eloknya makan benda-benda macam ni, apatah lagi dijadikan sebagai makanan harian. Siap ada stok lagi di rumah atau di hostel . Semua orang rasanya sudah maklum dengan kandungan monosodium glutamate (MSG) dan juga kolesterol yang tinggi dalam makanan-makanan ringan. Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah tentang email-email yang saya terima tentang sesetengah makanan ringan yang dijual secara terbuka di pasaran, mengandungi pig fats yang totally diharamkan dalam Islam tanpa kita sedar.

Lakonan Hidup

Pernahkan anda dengar ungkapan bahawa kehidupan di dunia ini diibaratkan sebagai satu lakonan atau cerita? Dan kita manusia yang hidup di atas muka bumi ini adalah pelakonnya. Tetapi anehnya kita sebagai pelakon di dunia ini yang memiliki pelbagai jenis watak, tidak mengetahui apakah jalan cerita lakonan hidup kita. Berbeza sekali dengan pembikinan sesebuah drama atau filem, semua pelakonnya terlebih dulu diberi skrip supaya mereka memahami jalan cerita yang akan mereka lakonkan. Saya berikan satu contoh. Pada ketika ini dan di saat ini, saya adalah seorang pelajar yang sedang menuntut di UIAM Kampus Kuantan dan mengambil jurusan Biomedical Science . Adakah hakikat keadaan saya sekarang, telah pun saya maklum dan ketahui ketika saya berumur 6 tahun, ketika berada di sekolah rendah atau di sekolah menengah beberapa tahun yang lalu? Sudah tentu jawapannya tidak. Dan, adakah saya sekarang dapat mengetahui bagaimana keadaan sebenar saya dua tahun, setahun, sebulan, hatta seminit yang a

Hakikat Dunia

Diriwayatkan, pada suatu hari ketika Rasulullah SAW melalui bangkai kambing. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?” Mereka menjawab, “Jelas saja hina. Buanglah dia!” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya dunia lebih hina bagi Allah daripada bangkai kambing ini bagi pemiliknya. Kalau dunia di sisi Allah sebanding dengan sayap nyamuk, tidak akan seteguk air pun diberikan kepada orang kafir.”  Begitulah hakikat dunia pada pandangan Allah SWT dan Rasul-Nya. Namun, kebanyakan manusia melihat yang sebaliknya. Mereka mengagung-agungkan dunia dan segala perhiasannya yang bersifat fana, tidak menggunakannya ke arah kebaikan dan lupa destinasi utama mereka, Akhirat yang kekal abadi. Kejayaan dunia lebih dirisaukan jika tidak diperolehi berbanding kejayaan di Sana yang entah bagaimana nasibnya. Jika kita masih leka bersama-sama dengan nikmat dunia, itu bererti kita masih belum yakin sepenuhny