Posts

Showing posts from January, 2010

Doa untuk Mereka

Image
"Saya nak exam minggu depan. Doakan saya ye." "Oh ye ke...Insya Allah. Good luck ye." Hakikatnya, berapa ramai yang betul-betul ikhlas mendoakan sahabat mereka setelah diminta sendiri oleh si sahabat? Dan berapa ramai pula yang ikhlas mendoakan kesejahteraan sahabat mereka dalam keadaan sahabat tersebut tidak pernah minta, tahu dan sedar akan hal tersebut? Yang ini lagi susah nak buat. Kecuali jika kita betul-betul mengasihi mereka hanya kerana Allah. Tidak hairanlah balasan untuk mereka yang mengamalkan amalan ini adalah sangat besar. Rasulullah SAW bersabda,   "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Atas kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummu

Yang Diberi Amanah

Pilihanraya kampus di UIA Kampus Kuantan sudah berakhir Khamis lepas, serentak dengan UIA Kampus Gombak. Keputusannya pun sudah diketahui. Ada yang terpilih dan  ada yang tidak terpilih. Itu sudah tentu. Kalau tidak, masakan diadakan election. Sesetengah IPT pula kini masih lagi rancak berkempen menjelangnya pilihanraya di kampus masing-masing. Selalunya kalau berdasarkan pemerhatian saya yang lepas, kawasan mereka lebih 'panas' kalau nak dibandingkan dengan UIA Kuantan. Apa pun, selamat berkempen dan mengundi pada yang berkenaan! Pesan saya, jangan terlalu beremosi berkempen untuk calon atau organisasi pilihan anda, sehingga sanggup menggunakan strategi dan taktik kotor, caci dan maki hamun, memfitnah, menghasut, begaduh, merosakkan harta benda awam, perang mulut dan sebagainya. Harus diingat, kita mahasiswa dipandang sebagai golongan intelek, bukannya emosional. Dan harus diingat, di sisi Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Andai niat kita baik sekalipun, jalan yang

Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna

Image
PROGRAM: KONVENSYEN PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA TARIKH : 30 JANUARI 2010 MASA: 8.00 AM - 4.00 PM TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN),  KAMPUS PUTRAJAYA ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA PEMBENTANG KERTAS KERJA:   Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman Timbalan Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Ikatan Muslimin Malaysia YURAN: Perseorangan: RM 50 Wakil Organisasi: RM 100 Suami dan Isteri: RM70 Pelajar: RM 20 Untuk maklumat lanjut dan tentatif program, sila klik di sini .

Klik Sini!!

Saya ingin mencadangkan anda untuk membaca tulisan-tulisan di blog-blog berikut: http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/secret-sign-unsur-masonic-di-ajl.html Dan juga beberapa link ke blog yang berkaitan, yang terdapat di blog-blog tersebut. Kenapa? Untuk membawa anda mengenali, memahami dan menyedari kewujudan perkara-perkara berikut: Freemason, Iluminati, Antichrist, The Lady in Red . Dan juga pendedahan tentang kaitan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini dengan perkara-perkara di atas. Sesiapa sahaja yang membaca pendedahan ini pasti akan mengakui kebenarannya. Walaupun mereka itu tidak pernah mendengar langsung tentang perkara-perkara di atas. Anda bagaimana? p/s: Thanks Hawa , inform akak!

Koreksi Diri daripada Mereka

Image
Saya selalu mendapat 'teguran’ daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekeliling tentang banyak perkara. Teguran yang dimaksudkan bukan merujuk pada teguran secara direct , cakap face to face , kena sound , dan sebagainya. Tapi teguran yang diperoleh melalui tingkah laku mereka, penceritaan masalah mereka pada saya, dan juga cara percakapan mereka. Dan apabila teguran dalam bentuk-bentuk tersebut terkena tepat pada batang hidung sendiri, memang pedih untuk mendengarnya apatah lagi untuk mengakuinya. Tapi Alhamdulillah, daripada situ kita boleh mengoreksi diri, menyingkap kesempurnaan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Bagaimana sebenarnya? Katakan saya mempunyai rakan-rakan yang kurang sopan dan selalu bercakap kasar. Sudah tentu saya tidak suka dengan sikap mereka. Tapi, saya juga harus menilai diri saya, adakah saya juga membalas kata-kata mereka dengan perkataan yang kasar juga atau lebih teruk? Kalau saya juga berkelakuan begitu, maka itulah peribadi saya yang sebe

Betulkan Salah Faham Itu

Sambungan perkongsian daripada program Rebranding Dakwah Workshop... 3 Januari 2009 - Mr. Shah Kirit Kalkulal Govindji - Program hari ini menekankan tentang pandangan non-Muslim terhadap Islam, bagaimana membetulkan pandangan mereka terhadap Islam dan kepercayaan-kepercayaan yang terkandung dalam agama mereka. Salah Faham Non-Muslim terhadap Islam Mengapa peduli? - Ramai non-Muslim sekarang yang salah anggap terhadap Islam. Mereka memandang Islam sebagai agama yang menyusahkan, menakutkan, tersebar melalui peperangan, mengamalkan keganasan, menindas kaum wanita, dan tidak menghormati hak indidvidu. - Apabila minda mereka sudah di set kan begitu, susah bagi mereka untuk melihat Islam sebagai sebuah agama yang selamat, sejahtera dan memelihara hak-hak seluruh manusia di muka bumi, malah lagi payah bagi mereka untuk menerima Islam sebagai agama anutan mereka. - Analogi yang diberikan: Kita ada sebiji gelas yang kotor. Adakah kita akan tuang air yang bersih ke dalam gelas itu

Bangunkan Potensi Diri untuk Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim. Saya mulakan tirai tahun 2010 dengan berkongsi tentang pengisian program Rebranding Dakwah Workshop pada 2 dan 3 Januari 2010 di Kuliyyah of Medicine, IIUM Kuantan Campus. 2 Januari 2009 – Mr. Amin Idris - Program hari ini lebih menekankan personaliti yang perlu ada pada seorang dai’e supaya dapat memenangi hati mad’ue. 1. ANALOGI - Perkara pertama yang perlu dalam berdakwah adalah dengan membuatkan mad’ue suka dan selesa dengan kita. So, dalam berdakwah, perlulah dengan rasa kasih sayang, bukan hanya kerana rasa tanggungjawab atau memikul amanah Allah. - Dalam dakwah, da’ie perlu berpegang pada konsep win-win situation , bukan win-loss situation . - Prinsip magnet diri dalam memenangi hati orang lain. Iaitu, kalau kita mahu mad’ue tertarik dan selesa dengan kita, kita perlu melakukan sesuatu yang bertentangan terhadapnya. Contoh: Ingin dikenali – Perlu kenal orang lain Ingin dihormati - Perlu hormati orang lain Kuasa mengawal dan menguasai