Posts

Showing posts from April, 2010

IT - Haematology and Parasitology

Sekarang masuk minggu kedua Industrial Training. Minggu lepas di Hematology Unit dan minggu ini di Parasitology Unit. Dua minggu juga saya 'bergaul mesra' dengan blood yang entah siapa-siapa tuannya, urine yang memiliki bermacam-macam warna dan bau, dan stool (feces) yang bermacam-macam rupa, warna, bau dan bentuk. Alah bisa, tegal biasa. Alhamdulillah tak terbawa-bawa dan terbayang-bayang sehingga ke waktu makan. Sekadar satu revision dan berkongsi tentang tests yang dijalankan di kedua-dua lab ini: Week 1 (Hematology Unit) - G6PD test : Test to determine whether a patient has a normal or deficient level of glucose-6-phosphate-dehydrogenase (G6PD) in red blood cells. - D-dimer : Test to help diagnose conditions/diseases that cause hypercoagulability of blood. - Full blood count (FBC) : Test for determining the number/level of RBC, WBC, platelet, hemoglobin; run by machine. - Full blood picture (FBP) : Microscopic observation of blood smear; conducted only after FBC

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

Kamu seorang yang pendiam, peramah, atau banyak mulut? Penting sangat ke nak kena tahu? Ya, bagi saya perlu tahu pada label manakah kita berada. Supaya kita tahu sejauh mana kita menjaga amanah Allah ini. Dalam kalangan keluarga, saya dilabelkan sebagai seorang yang pendiam. Biasanya, saya membiarkan orang lain yang bercakap dan saya hanya mendengar, dan menjawab apabila ditanya. Tetapi apabila sudah dilabelkan begitu, saya terfikir, bagaimana nak mendekati mad'u kalau saya ni terus-terusan menjadi pendiam dan tak banyak cakap. Lalu saya cuba memaksa diri berubah, menjadi sedikit peramah, cuba menunjukkan minat untuk berkenalan dengan orang-orang yang baru dikenali; dan berbual dengan orang sekeliling, berubah daripada sifat kebiasaan yang dulu.  Ternyata perubahan itu membuahkan hasil yang menggembirakan. Bukan gembira kerana dikenali ramai, tapi kita rasa gembira dan puas hati dapat menjadikan orang lain selesa dengan kita. Dan sudah tentu dapat mewujudkan jaringan kenalan ya

Pemilik Hati Manusia

“After I read through this slide (of lecture), I’ll tell and teach you based on my understanding on this topic using my own words. And when those words reach your brain and being processed there, you’re able to understand what I’m trying to say and convey to you. And with that understanding, you’re then able to interpret what I’ve taught and rephrase them in your own words, but still in the same meaning as I’ve taught you. So, ‘what’ is essential there to cause this topic can be understood in the same way even though using different words?” Begitulah lebih kurang, antara butir pertanyaan lecturer saya, Dr Tariq, yang dapat saya ingat ketika lecture Hematology and Oncology semester lepas. Semua diam, cuba berfikir secara kritis, memandangkan soalan-soalan Dr Tariq di dalam kelas sebelum ini pun kebanyakannya berbentuk critical thinking. Melihatkan semua students beliau diam, Dr pun kata, “Don’t think too far. Think it as only a simple question.” Ada yang cuba menjawab tapi tidak

Selamat Bercuti dan Berpraktikum!

Selamat bercuti untuk semua classmates . Selesai briefing Industrial Training pagi tadi, nampaknya macam dah ramai yang mengangkut beg-beg dan kotak-kotak besar pulang ke rumah masing-masing. Cuti kami kali ini agak berbeza. Bukan bercuti sepenuhnya. Selain bersama beg-beg yang luar biasa besar dan banyak, kami ada misi yang tersendiri yang mesti diselesaikan. Misi menyempurnakan Industrial Training (Internship) selama 10 minggu. So, nampaknya tahun ini, dan tahun-tahun seterusnya, tiada lagi cuti semester 3 bulan untuk kami. Selamat menjalani praktikal ya semua. Semoga dapat bersiap sedia dengan segala persediaan fizikal dan mental, kurang 2 minggu dari sekarang. Oh, saya masih di sini. Terpaksa setia dengan UIA dan Bandar Kuantan. Tapi tak mengapa, masih banyak yang perlu dibereskan di sini, termasuk proposal dan persediaan untuk Final Year Project akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.