Posts

Showing posts from May, 2010

Tunduk, tunduk!

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (an-Nur: 30) Bukan lelaki sahaja yang diperintahkan menundukkan pandangan. Ayat seterusnya (an-Nur: 31) menyusul, memerintahkan wanita yang beriman juga agar menundukkan pandangan mereka. Kenapa perlu tundukkan pandangan? Sudah tentu pertamanya kerana terang-terangan itu adalah perintah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya seperti dalam ayat di atas. Juga disertai dengan hadis Nabi s.a.w.: Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Sesungguhnya milikmu adalah yang pertama dan yang kedua bukan milikmu. " (Riwayat Ahmad) Apa rasionalnya? Pandangan mata adalah perkara pertama yang perlu dijaga dan dikawal untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk dan besar dosanya, iaitu zina. Siapa yang boleh menafikan kata-ka

Melentur Buluh

Weekend kali ini terisi dengan menghadiri program saringan karnival seni NAZIM negeri Pahang untuk aulad (kanak-kanak). Kategori hafazan, bercerita, pidato dan nasyid dipertandingkan untuk memilih wakil setiap kategori ke peringkat Zon Timur. Sudah lama rasanya saya tak pergi ke pertandingan-pertandingan yang melibatkan kanak-kanak. Seronok melihat ragam dan gelagat mereka. Tapi sayangnya, hanya kategori hafazan yang sempat 'ditonton' kerana kebetulan saya diamanahkan untuk menjadi juri kategori hafazan tahap 1 (Surah an-Nabaa' - Surah al-Lail), menggantikan juri asal yang tidak dapat hadir, walhal saya langsung tiada tauliah dan pengalaman menjadi juri mana-mana pertandingan hafazan sebelum ini. Di hadapan saya dan seorang lagi juri, pelbagai ragam peserta dapat dilihat. Ada yang hanya menggeleng kepala pada setiap soalan yang diberikan. Tamat sahaja soalan, terus bersorak keluar dengan gembiranya. Ada yang apabila diberikan soalan dengan nama surah dan ayat sekian-seki