Posts

Showing posts from August, 2010

Hasad dalam Berdakwah

Rasulullah SAW bersabda, "Melepaskan dua ekor serigala lapar di kandang kambing tidak lebih besar bahayanya di bandingkan dengan seorang muslim yang rakus terhadap harta dan dengki terhadap agama. Sesungguhnya dengki itu memamah segala kebaikan persis api menjilat kayu kering". (HR. At-Tirmidzi)   Sering kita mendengar tentang hasad dengki sebagai onar kehidupan. Bagi seorang daie, telah dijanjikan bahawa   berdepan dengan mukmin yang berhasad dengki   adalah satu cabaran besar yang akan ditempuh dalam perjalanan dakwah Mari kita memperhatikan dalam masyarakat melayu kita khususnya, amalan dengki mendengki ibarat suatu perkara yang tidak janggal lagi kepada masyarakat kita. Mereka sanggup saling menjatuhkan dan memusnahkan kebahagiaan orang lain hanya kerana tidak senang melihat   kehebatan dan kelebihan yang ada pada manusia lain. Tidaklah mustahil babak ini berlaku dalam komuniti dakwah sendiri. Sebetulnya, seandainya kita biarkan ia meracuni jiwa-jiwa ki

Puasa Ruhaniyat: Kenangan Ramadhan

Bulan puasa ni, apabila ada di kalangan rakan-rakan sekelas saya yang bergurau, cakap bukan-bukan, loyar buruk, dsb. pasti ada yang akan sound , "Weh, tengah puasa ni!" Bertujuan untuk mengingatkan, time puasa begini, lidah dan segala pancaindera kenalah jaga, bukan hanya setakat tahan lapar dan dahaga. Apabila melihat dan mendengar babak-babak biasa macam tu di kalangan rakan-rakan sekelas, terkenang pula zaman saya ketika masih sekolah rendah dulu. Ketika masih tak faham (dan tak mahu faham) erti puasa sebenar. Hanya setakat tahu tak boleh makan dan minum. Itu saja. Kalau tak silap, puasa ketika tu jatuh pada waktu cuti akhir penggal sekolah. Siang terasa sangat panjang sebab tak perlu pergi sekolah. Waktu di antara tengah hari dan asar adalah 'peak hours' bagi saya. Time tu lah perut tersangat lapar, tubuh tersangat lembik, dan waktu yang paling bosan. Nak makan, tak boleh; nak study , tak tahu nak study apa sebab lambat lagi buka sekolah.  So, option say

Ikhlas.Redha.Sabar

Ikhlas. Redha. Sabar. Antara sifat mahmudah yang saya kira susah dipupuk, juga payah untuk terus-terusan beramal. Bak kata kumpulan nasyid Hijjaz: Inilah sebahagian sifat mahmudah Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya yang bermujahadah Ikhlas. Pasti akan diuji dengan rasa riya', 'ujub, dan melakukan sesuatu kerana manusia atau apabila ada tujuan-tujuan tertentu. Niat ikhlas di hati mudah dibolak-balikkan. Sekejap ikhlas, sekejap tak ikhlas. Ataupun memang dari awal-awal tak ikhlas. Sebab itu pentingnya kita sentiasa memperbaharui niat untuk buat sesuatu hanya kerana Allah. Ikhlas ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita. Ikhlas itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kerana sifat ini tersembunyi di dalam hati. Mulut mudah berbicara menyatakan, "Saya ikhlas..." , tapi tiada siapa yang dapat memastikan benarnya niat ikhlas seseorang, bahkan diri sendiri pun kadang-kadang tak mampu me

Cerita

2 bulan sebelum hari kejadian, seluruh pelusuk bandar telah diuar-uarkan tentang acara gilang-gemilang itu. Iklan dalam pelbagai bentuk ditampal dan digantung di sana sini,  tidak ketinggalan disiarkan juga di media massa. Semuanya bagi memastikan rakyat bersiap sedia untuk hari tersebut dan majlis yang berlangsung akan berjalan dengan jayanya. Semua rakyat diwajibkan hadir, tiada seorang pun terkecuali, melainkan bayi dan kanak-kanak kecil. Seandainya ada yang tidak dapat hadir, mereka mestilah menyatakan sebab dan alasan yang paling kukuh. Seandainya ada pula yang tidak hadir ke majlis tersebut dengan sengaja, mereka bakal menerima hukuman daripada pihak pemerintah. Kenapa sampai begitu sekali? Penting sangat ke majlis tu? Ya, memang penting. Sebab seorang tetamu yang sangat istimewa akan hadir. Maka seharusnya persediaan yang sangat rapi mesti dilakukan. Sambutan yang meriah mesti dijalankan. Kalau tak, semua akan mendapat malu. Tambah-tambah lagi, tetamu istimewa tersebut menja