Posts

Showing posts from February, 2010

Di Balok Kita Bertemu

Image
Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, saya akhirnya menjejakkan kaki ke Balok Seaview, Kuantan pada weekend yang lepas untuk satu program mukhayyam khusus untuk wanita. Pada awalnya, hati masih berperang antara rasa ikhlas dan tidak memandangkan ada presentation dan satu lagi paper mid-term exam yang menanti saya minggu ini. Tapi, tidak adil rasanya beralasan demikian. Orang lain juga punya kesibukan mereka yang tersendiri, malah mungkin lebih sibuk daripada saya. Maka saya gagahkan juga untuk hadirkan diri dan hati di program tersebut. Dan ternyata perkara pertama yang ditekankan di awal program adalah niat. Consultant jemputan, Pok Nik, menyuruh kami menulis niat kami hadir dalam program ini pada setiap helaian modul yang diberikan kepada kami sebagai reminder . Disebabkan hati saya masih terumbang-ambing waktu itu, akhirnya saya tulis pada helaian modul, “Sahaja aku datang program kerana Allah Taala” Saya rasa itu yang paling sesuai untuk ditulis untuk terus menetapkan hati dan

Apabila Kamu Berpakaian

Image
Baju kurung moden, kurung sutera, kebaya, jubah, abaya, blouse… Tudung labuh, tudung Wardina, tudung Ikin, tudung bawal, tudung bibik(??), selendang… Ini yang terlintas dalam fikiran saya. Pasti banyak lagi fesyen baju dan tudung yang ada, yang selalu menjadi bualan dan mencuri tumpuan kaum hawa khususnya. Oh, lupa. Tulisan ini saya tumpukan pada kaum saya sahaja kerana bagi saya meriahnya industri fesyen adalah kerana banyaknya kategori dan jenis pakaian yang direka untuk kaum perempuan berbanding lelaki. Wanita dan fesyen. Siapa yang dapat menafikan kaitan rapat antara kedua-duanya? Seingat saya ketika masih bersekolah, saya dikenalkan dengan sejenis tudung, tudung bawal namanya. Memang sangat popular waktu itu, dan masih juga popular sampai sekarang. Kemudian muncul pula tudung Wardina, tudung Ikin...(apa lagi fesyen tudung yang saya tak sebut?). Kemudian sekarang yang makin mencuri perhatian adalah tudung yang saya panggil tudung bibik dan selendang. Begitulah revolusi yang be

Belajar daripada Kanak-kanak

Sabtu lepas di sebuah surau dekat Indera Mahkota 5, sementara menunggu kawan-kawan menunaikan solat Asar, saya duduk berteduh di sebuah bangku yang disediakan. Redup, nyaman. Seronok rasanya dapat merasai suasana petang begitu. Terasa bebas daripada segala belenggu study, assignment dan exam .  Di sebelah surau, ada satu playground dan kebetulan waktu itu ada empat orang kanak-kanak sedang bermain buaian. Dua orang dalam lingkungan umur 10 tahun, dan dua orang dalam umur 4 ke 5 tahun. Gelagat mereka meralitkan saya terutamanya yang paling kecil. Ketika yang lain sibuk hayun buaian masing-masing, dia duduk senyap je sebab kaki tak dapat cecah tanah nak hayun buaian sendiri. Sedih mukanya. Hati terasa nak menolong tapi malu pulak nanti dikatakan macam budak-budak. Lagipun, saya bukanlah orang yang dikenali kat taman tu. Akhirnya budak perempuan tu memberontak dalam pelatnya yang tersendiri, minta yang lain menghayunkan buaian untuknya. Dan kehendaknya diturut. Gembira bukan main. &qu