Posts

Showing posts from May, 2011

Allah Lihat pada Usaha

Semalam ketika dalam kereta, terdengar satu segmen kat radio Ikim.fm. Tetamu jemputannya Prof Muhaya Mohamad. Saya tak sure tajuknya tapi ia berkisar tentang "mencari redha Allah dan bukan penghargaan manusia". Saya suka mendengar bicara beliau yang lancar, yakin dan mudah difahami. Patutlah adik saya cakap best. Di tengah-tengah segmen, pendengaran saya tertarik pada kata-kata beliau yang lebih kurang begini bunyinya: Manusia biasanya melihat pada HASIL daripada usaha kita, tapi Allah melihat dan mengira pada USAHA kita, bukan hasil yang kita dapat. Kata-kata yang saya biasa dengar, dan anda juga selalu dengar. Betul kan? Tapi saya selalu lupa tentang hakikat itu. Hakikat yang sebenarnya berkait rapat dengan iman. Keimanan bahawa wujudnya Allah yang mengawasi dan menilai segala usaha kita di dunia. Keimanan pada adanya pahala dan dosa, wujudnya syurga dan neraka sebagai ganjaran amal di dunia. Semuanya adalah perkara-perkara ghaib, yang kita tak boleh lihat dan rasa