Posts

Showing posts from November, 2011

Maaf atau Alasan?

Kalau buat salah dengan orang, apa yang mula-mula sekali dibuat? Mengucapkan sepatah ucapan “maaf” kepada orang tersebut, atau memberikan alasan atau sebab yang panjang berjela-jela atas kesalahan yang kita buat? “Saya terlewat sebab tadi ada…… Maafkan saya ye.” (atau langsung tak ada ucapan maaf) “Mintak maaf ye. Saya datang lewat sebab….” Meletakkan prioriti ucapan maaf di belakang alasan bukan satu tindakan yang bijak. Malah mungkin hanya akan menambahkan marah dan sakit hati orang tu. Perbuatan tu seolah-olah menunjukkan kita lebih cenderung untuk membela diri sendiri berbanding dengan mengakui kesalahan.  Kadang-kadang orang bukannya nak dengar sangat alasan atau sebab kita lakukan kesalahan tu, tapi ucapan maaf yang paling nak didengar. Dan tak salah merendahkan diri untuk tetap memohon maaf, walaupun secara dasarnya kesalahan tu bukan berpunca daripada diri kita ataupun sememangnya tak boleh dielakkan. Andai tiada ucapan maaf, walau serasional m

Kebersihan tu common sense, betul tak??

Kalau singgah di tandas awam, pasti tandas yang bersih yang dipilih. Tapi, tak semua yang keluar daripada tandas, akan meninggalkannya dalam keadaan yang sama. Ada yang meninggalkan tandas dalam keadaan bersih sepertimana sebelum dia masuk.  Tapi ada juga yang keluar dengan meninggalkan sampah dan ‘sisa’ yang tak sepatutnya. Agaknya mereka tahu nanti cleaner pasti akan bersihkan tandas jugak, atau mungkin mereka harapkan the next person yang masuk akan tolong bersihkannya…?? Semasa saya tinggal di hostel dulu, sinki di pantry selalu tersumbat sebab sisa makanan dibuang terus ke dalam sinki. Walaupun notis ditampal sebagai peringatan, tapi ada juga yang tak ambil endah. Akhirnya, semua orang tak dapat lagi menggunakan sinki yang dah penuh dengan air kotor yang tersumbat, including those irresponsible people. Dan, seperti biasa makcik cleaner atau pihak maintenance yang terpaksa membersihkan atau membetulkan semuanya. Ada orang yang boleh dikategorikan sebagai pembersih, dan ada juga yan