Pilihanraya kampus di UIA Kampus Kuantan sudah berakhir Khamis lepas, serentak dengan UIA Kampus Gombak. Keputusannya pun sudah diketahui. Ada yang terpilih dan ada yang tidak terpilih. Itu sudah tentu. Kalau tidak, masakan diadakan election. Sesetengah IPT pula kini masih lagi rancak berkempen menjelangnya pilihanraya di kampus masing-masing. Selalunya kalau berdasarkan pemerhatian saya yang lepas, kawasan mereka lebih 'panas' kalau nak dibandingkan dengan UIA Kuantan. Apa pun, selamat berkempen dan mengundi pada yang berkenaan! Pesan saya, jangan terlalu beremosi berkempen untuk calon atau organisasi pilihan anda, sehingga sanggup menggunakan strategi dan taktik kotor, caci dan maki hamun, memfitnah, menghasut, begaduh, merosakkan harta benda awam, perang mulut dan sebagainya. Harus diingat, kita mahasiswa dipandang sebagai golongan intelek, bukannya emosional. Dan harus diingat, di sisi Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Andai niat kita baik sekalipun, jalan yang ...