Posts

Showing posts with the label Muhasabah dan Renungan

Tak selalunya macam tu

Sejak dari sekolah menengah hingga tamat belajar di IPTA, Allah Taala telah takdirkan saya untuk menuntut ilmu di tempat dan suasana yang baik dan masih boleh mendorong saya untuk sama-sama melakukan kebaikan. Syukur kepada-Nya atas peluang dan nikmat yang diberikan. Bukan bermaksud meninggi diri, tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, saya tak perlu terlalu risau untuk menjaga diri daripada gejala sosial yang makin merebak. Sebabnya, di sekeliling saya, ramai yang sama-sama juga berusaha untuk menjadi baik dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Dan semua itu menjadi sokongan yang kuat buat diri sendiri. Saya pernah merasakan yang saya adalah antara insan yang sangat bertuah kerana dicampakkan Allah ke daerah yang baik sepanjang tempoh pengajian. Namun sekarang persepsi saya sedikit berubah setelah beberapa kali berada dan merasai sendiri suasana di sebuah kolej di sini. Sebuah kolej biasa, yang pada pandangan peribadi saya tidak terlalu Islamik, dan agak susah untuk survi...

Isi perut, isi rohani

“Lunch ni nak makan apa?” Bila tiba je waktu makan, kebanyakannya pasti akan fikir apa yang nak dimakan untuk mengisi perut yang kosong. Malah, ada yang sanggup cari tempat makan yang jauh-jauh untuk memenuhi selera masing-masing. Kalau waktu rehat untuk office hour adalah daripada pukul 1 pm hingga 2 pm, maka satu jam tu hanya dihabiskan untuk makan saja. Pendek kata kalau pasal makan, nombor satu. Kalau pasal mengisi perut, semua boleh jadi. Solat lambat sikit pun tak apa, lepas waktu rehat boleh solat lagi, yang penting makan dulu. Bila perut lapar, automatically tuan punya badan akan dapat detect, siap dengan ‘bunyi-bunyi amaran’ lagi daripada perut, menandakan sudah sampai masa untuk diisi. Dan makanan akan segera dicari.  Tapi, kalau hati dan rohani yang kering kontang, dahaga, dan tak terisi dengan pengisian yang sepatutnya, tuan punya badan tak semestinya akan peduli. Malah, mungkin tak terasa langsung bahawa jiwanya sudah kosong. Ada yang sedar tentang kekosong...

Sabar dalam beramal, sabar tinggalkan maksiat

Sabar itu menahan. Konsep sabar itu bukan hanya terpakai apabila kita diuji dengan perkara-perkara yang mendukacitakan sahaja. Dalam melaksanakan amal soleh, kita juga perlu sabar kerana kita mungkin akan diuji dengan rasa malas, terpaksa, dan tidak suka dengan apa yang dituntut oleh agama. Dalam menjauhi perkara maksiat dan larangan Allah, kita juga perlu sabar kerana bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu perkara yang mungkin telah menjadi 'kebiasaan' dan 'kesukaan' kita. Ada yang kata sabar melakukan perkara kebaikan lebih susah daripada sabar untuk meninggalkan larangan Allah, tapi ada juga yang mengatakan sebaliknya. Terpulang kepada masing-masing kerana setiap orang pasti berbeza ujian hidupnya. Tapi kedua-duanya memerlukan satu sifat yang sama, iaitu sifat sabar yang tak mungkin akan diperoleh dengan mudah tanpa usaha yang kuat dari dalam diri. Lantaran itu, ganjaran untuk orang-orang yang bersabar bukannya kecil: “ Malaikat-malaikat pula akan masuk ke...

Maaf atau Alasan?

Kalau buat salah dengan orang, apa yang mula-mula sekali dibuat? Mengucapkan sepatah ucapan “maaf” kepada orang tersebut, atau memberikan alasan atau sebab yang panjang berjela-jela atas kesalahan yang kita buat? “Saya terlewat sebab tadi ada…… Maafkan saya ye.” (atau langsung tak ada ucapan maaf) “Mintak maaf ye. Saya datang lewat sebab….” Meletakkan prioriti ucapan maaf di belakang alasan bukan satu tindakan yang bijak. Malah mungkin hanya akan menambahkan marah dan sakit hati orang tu. Perbuatan tu seolah-olah menunjukkan kita lebih cenderung untuk membela diri sendiri berbanding dengan mengakui kesalahan.  Kadang-kadang orang bukannya nak dengar sangat alasan atau sebab kita lakukan kesalahan tu, tapi ucapan maaf yang paling nak didengar. Dan tak salah merendahkan diri untuk tetap memohon maaf, walaupun secara dasarnya kesalahan tu bukan berpunca daripada diri kita ataupun sememangnya tak boleh dielakkan. Andai tiada ucapan maaf, walau serasion...

Kebersihan tu common sense, betul tak??

Kalau singgah di tandas awam, pasti tandas yang bersih yang dipilih. Tapi, tak semua yang keluar daripada tandas, akan meninggalkannya dalam keadaan yang sama. Ada yang meninggalkan tandas dalam keadaan bersih sepertimana sebelum dia masuk.  Tapi ada juga yang keluar dengan meninggalkan sampah dan ‘sisa’ yang tak sepatutnya. Agaknya mereka tahu nanti cleaner pasti akan bersihkan tandas jugak, atau mungkin mereka harapkan the next person yang masuk akan tolong bersihkannya…?? Semasa saya tinggal di hostel dulu, sinki di pantry selalu tersumbat sebab sisa makanan dibuang terus ke dalam sinki. Walaupun notis ditampal sebagai peringatan, tapi ada juga yang tak ambil endah. Akhirnya, semua orang tak dapat lagi menggunakan sinki yang dah penuh dengan air kotor yang tersumbat, including those irresponsible people. Dan, seperti biasa makcik cleaner atau pihak maintenance yang terpaksa membersihkan atau membetulkan semuanya. Ada orang yang boleh dikategorikan sebagai pembersih, dan ada juga...

Wajah Suci

“Kenapa muka baby dan kanak-kanak semuanya nampak comel? Padahal bila besar nanti, diorang belum tentu jadi ‘comel’ jugak macam masa diorang kecik-kecik…” Tiba-tiba saya suarakan apa yang terlintas di fikiran kepada dua sahabat saya di sebelah. Dan salah seorang sahabat menjawab, “Sebab kanak-kanak tak ada dosa…” Saya tersengih. Bunyinya macam bergurau, tapi betul juga ya. Kanak-kanak memang punya hati yang suci. Mereka mana pandai menipu, mana pandai buat jahat kalau tak diajar dan tiada pengaruh luar. Mereka mudah meniru perlakuan baik. Jiwa mereka masih jiwa yang fitrah.  Bila hati dan jiwa masih suci bersih, muka pun nampak comel je dan sedap mata memandang.  Macam mana kita yang dah besar panjang ni? Kena la bersihkan hati dari karat-karat dosa. Supaya jiwa kita sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Kalau hati tak bersih, banyak dosa, dan tak bertaubat, orang pun serabut tengok muka kita, apa lagi diri sendiri…

Dengki

Bulan puasa, banyak gerai dan bazar yang dibuka. Lebih-lebih lagi apabila dekat nak raya. Sehinggakan mereka yang bukan asalnya berniaga pun boleh juga tiba-tiba menjadi peniaga di bulan Ramadhan ni. Dari satu sudut, berniaga memang digalakkan di dalam Islam. Bukankah  Rasulullah SAW juga seorang peniaga, malah sabda baginda: "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." (Hadis Riwayat Tirmizi). Makanya, makin ramai orang Islam yang berniaga, makin meningkat ekonomi umat Islam. Tapi ada juga yang memandang dari sudut lain. Makin ramai orang yang berniaga, makin tinggi persaingan antara peniaga, dan mungkin juga mereka merasakan keuntungan perniagaan mereka makin menurun, lebih-lebih lagi bersaing di kalangan mereka yang menjual barangan dan produk yang sama. Seringkali saya terdengar cerita-cerita yang kurang enak tentang sifat dengki di kalangan orang Melayu, yang tak boleh melihat orang lain lebih berjaya daripada mereka dalam perniagaan. Apabila sifat hasad dengk...

Ramadhan 1432H: Monolog Diri

Insya Allah, esok Ramadhan 1432H bakal menjengah kembali. Saya cuba mencari apa yang lainnya Ramadhan pada tahun ini. Ya, saya berpeluang merasa sebulan penuh berpuasa di rumah tahun ni, insya Allah. Dan kali ini bukan lagi sebagai seorang student, tapi entah apa gelaran yang patut diberikan, saya pun tak pasti. Itu perbezaan suasana dan keadaan. Then, saya cuba mencari apa yang lainnya tentang perasaan dan persediaan saya menyambut Ramadhan kali ini? Tiada jawapan yang pasti. Bisakah ia berubah dalam masa beberapa jam lagi? Semoga Allah mempermudahkan. Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Khusyu' Hati

Pernah atau tidak berlaku begini: Anda sedang solat. Surah al-Fatihah dibaca, anda rukuk, iktidal, sujud, dan seterusnya seperti biasa. Tapi akhirnya beberapa minit kemudian, sedar-sedar anda sudah berada di posisi tahiyyat akhir. “Eh dah tahiyyat akhir dah? Apasal rasa macam cepat sangat?” Itu yang selalu berlaku bila tak khusyu’. Bilangan rakaat dah cukup, rukun-rukun solat dah buat, tapi hati dan fikiran tidak dibawa bersama ketika solat. Melakukan solat ‘di luar sedar’ sampai tak sangka solat dah tiba ke penghujung. Khusyu’ dalam solat boleh terganggu disebabkan kondisi sekeliling; contohnya anak menangis, kanak-kanak buat bising dan berlari-lari berhampiran tempat solat, jemaah di kiri kanan yang ‘tak duduk diam’, dan macam-macam lagi. Tapi rasa-rasanya, selalunya kita tak boleh khusyu’ dalam solat sebab diri sendiri. Sebab ketika solat lah pelbagai perkara terlintas di hati dan fikiran. Contohnya kita misplace barang dan sangat lupa kat mana kita letak barang tu. Ta...