Posts

Pelajaran-pelajaran pada Hari Akhir

Image
Hari ini, saya kena jumpa 3 orang pegawai sains. Pegawai Sains pertama, Cik S selaku supervisor untuk mini-project saya kat Jabatan Patologi ni, untuk dapatkan komennya tentang draft report mini-project yang saya hantar kepadanya. Sambil membelek-belek draft report tu… “Inilah gunanya awak buat project ni. Daripada project ni, awak boleh faham apa sebenarnya yang berlaku kat Unit Hormon ni..betul tak?” Betul. Tak adalah buat practical ni hanya semata-mata untuk memenuhi 6 credit hour untuk Industrial Training. Lagi… "Saya pun pernah belajar jugak dulu. Saya tahu students Cina belajar macam mana. Tapi kenapa kita tak boleh buat benda yang sama macam mereka?" Betul. Kat sini, saya sempat kenal dan berkawan dengan dua orang Chinese students . Kagum dengan kesungguhan dan sikap rajin mereka untuk belajar, malu pun ada bila Muslim tak rajin macam non-Muslim dalam bab menuntut ilmu. Pegawai Sains kedua, Puan J. Untuk dapatkan signature nya, menandakan saya dah masu...

Manusia Menilai, dan Allah Menilai

Image
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." (al-Hujuraat: 13) Allah memandang dan membezakan antara hamba-Nya hanya pada ketaqwaan. Bukan pada rupa, pangkat, harta, bangsa dan keturunan. Ketaqwaan, suatu yang bersifat batiniah. Ukuran sebenar ketaqwaan seseorang hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bahkan diri sendiri tidak dapat menjamin dan mendakwa dirinya adalah mukmin yang benar-benar bertaqwa. Sangat tersembunyi, teliti dan halus. Dan saya kira sesuatu yang sangat halus dan teliti penilaiannya adalah sesuatu yang sangat mahal. Ya, nilaian ketaqwaan adalah nilaian yang sangat mahal. Dan ia adalah nilaian yang paling mahal kerana hanya Allah sahaja yang selayaknya menjadi Penilai. Namun, kita, kebanyak...

Molecular Unit

Minggu ini di Unit Molekular. Lab yang saya boleh klasifikasikan sebagai lab paling rileks, paling baru, paling sedikit test , paling jarang dikunjungi, paling bahaya, kena pakai proper PPE ( gown, mask, glove ) ketika buat test , dan letaknya di ‘hujung dunia’ Patologi. Kenapa banyak sangat ‘paling’ nya? Sebenarnya, lab Molekular conduct test untuk sample H1N1 . This is the one and only test yang dijalankan di situ. So, no wonder tak ramai manusia yang masuk sini. Doktor pun tak boleh sesuka hati redah masuk lab untuk trace result patient . Lab ni paling rileks sebab practical student tak dibenarkan tolong buat test . Tolong tengok boleh… Test pula biasanya dijalankan sekaligus, sekali dalam sehari. So , kerja saya sepanjang minggu tu hanyalah observe apa yang dibuat MLTs dan science officer . Macam mandur pulak. Tapi, itulah rules yang perlu dipatuhi. Lab ni terbahagi kepada tiga bahagian. First division is for receiving samples . Bahagian ni adalah paling berisiko dan ber...

Tunduk, tunduk!

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (an-Nur: 30) Bukan lelaki sahaja yang diperintahkan menundukkan pandangan. Ayat seterusnya (an-Nur: 31) menyusul, memerintahkan wanita yang beriman juga agar menundukkan pandangan mereka. Kenapa perlu tundukkan pandangan? Sudah tentu pertamanya kerana terang-terangan itu adalah perintah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya seperti dalam ayat di atas. Juga disertai dengan hadis Nabi s.a.w.: Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Sesungguhnya milikmu adalah yang pertama dan yang kedua bukan milikmu. " (Riwayat Ahmad) Apa rasionalnya? Pandangan mata adalah perkara pertama yang perlu dijaga dan dikawal untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk dan besar dosanya, iaitu zina. Siapa yang boleh menafikan kata-ka...

Melentur Buluh

Weekend kali ini terisi dengan menghadiri program saringan karnival seni NAZIM negeri Pahang untuk aulad (kanak-kanak). Kategori hafazan, bercerita, pidato dan nasyid dipertandingkan untuk memilih wakil setiap kategori ke peringkat Zon Timur. Sudah lama rasanya saya tak pergi ke pertandingan-pertandingan yang melibatkan kanak-kanak. Seronok melihat ragam dan gelagat mereka. Tapi sayangnya, hanya kategori hafazan yang sempat 'ditonton' kerana kebetulan saya diamanahkan untuk menjadi juri kategori hafazan tahap 1 (Surah an-Nabaa' - Surah al-Lail), menggantikan juri asal yang tidak dapat hadir, walhal saya langsung tiada tauliah dan pengalaman menjadi juri mana-mana pertandingan hafazan sebelum ini. Di hadapan saya dan seorang lagi juri, pelbagai ragam peserta dapat dilihat. Ada yang hanya menggeleng kepala pada setiap soalan yang diberikan. Tamat sahaja soalan, terus bersorak keluar dengan gembiranya. Ada yang apabila diberikan soalan dengan nama surah dan ayat sekian-seki...

IT - Haematology and Parasitology

Sekarang masuk minggu kedua Industrial Training. Minggu lepas di Hematology Unit dan minggu ini di Parasitology Unit. Dua minggu juga saya 'bergaul mesra' dengan blood yang entah siapa-siapa tuannya, urine yang memiliki bermacam-macam warna dan bau, dan stool (feces) yang bermacam-macam rupa, warna, bau dan bentuk. Alah bisa, tegal biasa. Alhamdulillah tak terbawa-bawa dan terbayang-bayang sehingga ke waktu makan. Sekadar satu revision dan berkongsi tentang tests yang dijalankan di kedua-dua lab ini: Week 1 (Hematology Unit) - G6PD test : Test to determine whether a patient has a normal or deficient level of glucose-6-phosphate-dehydrogenase (G6PD) in red blood cells. - D-dimer : Test to help diagnose conditions/diseases that cause hypercoagulability of blood. - Full blood count (FBC) : Test for determining the number/level of RBC, WBC, platelet, hemoglobin; run by machine. - Full blood picture (FBP) : Microscopic observation of blood smear; conducted only after FBC ...

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

Kamu seorang yang pendiam, peramah, atau banyak mulut? Penting sangat ke nak kena tahu? Ya, bagi saya perlu tahu pada label manakah kita berada. Supaya kita tahu sejauh mana kita menjaga amanah Allah ini. Dalam kalangan keluarga, saya dilabelkan sebagai seorang yang pendiam. Biasanya, saya membiarkan orang lain yang bercakap dan saya hanya mendengar, dan menjawab apabila ditanya. Tetapi apabila sudah dilabelkan begitu, saya terfikir, bagaimana nak mendekati mad'u kalau saya ni terus-terusan menjadi pendiam dan tak banyak cakap. Lalu saya cuba memaksa diri berubah, menjadi sedikit peramah, cuba menunjukkan minat untuk berkenalan dengan orang-orang yang baru dikenali; dan berbual dengan orang sekeliling, berubah daripada sifat kebiasaan yang dulu.  Ternyata perubahan itu membuahkan hasil yang menggembirakan. Bukan gembira kerana dikenali ramai, tapi kita rasa gembira dan puas hati dapat menjadikan orang lain selesa dengan kita. Dan sudah tentu dapat mewujudkan jaringan kenalan ya...