Posts

Ujian Buat Seorang Da'ie

“Sedih la awak dah nak grad. Mesti lepas ni rasa tak semangat dah nak pergi program…” Perasaan ini pernah dirasai ketika teman-teman seperjuangan akan pergi meninggalkan saya dan rakan-rakan lain kerana telah tamat belajar. Sayu dan sedih. Sehingga kadang-kadang semangat untuk meneruskan perjuangan jatuh merudum. “Kenapa awak dah tak datang usrah dan program? Dulu masa kat universiti, awak lah yang paling bersemangat. Dan awak jugak yang bagi semangat kat orang lain.” Dan ini adalah contoh situasi yang amat saya takuti akan berlaku pada diri sendiri. Ketika masih belajar dan punya ramai teman-teman seperjuangan di sekeliling, kami boleh saling menyokong antara satu sama lain. Tetapi setelah bekerja, semuanya bertebaran dan bertaburan ke serata tempat. Masing-masing dicampakkan ke tempat yang asing dan baru, dengan susunan masa yang berbeza berbanding ketika belajar. Ketika itu, masih adakah teman-teman yang akan menyokong dan memberi semangat? Seperti juga iman yang sentia...

Explorace Beliawanis 2010

Image
PROGRAM: EXPLORACE BELIAWANIS 2010 Anjuran: Beliawanis PEMBINA Cawangan Pahang Dengan Kerjasama: ISMA Cawangan Pahang Tarikh: 17 Julai 2010 Masa: 8am - 12.30pm Tempat: Pantai Sepat, Kuantan. Yuran: RM 3 Pengangkutan disediakan!! Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswi IPT sekitar Pahang, atau mana-mana beliawanis sekitar Kuantan terutamanya. Berminat? Hubungi: Nor Asyikin (UIAM): 013-9433625 atau Nur Afiqah (KIPSAS): 014-5007026 Sumber

Keredhaan-Nya adalah yang paling mahal

Dari Aisyah r.a., beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:   “Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan rela manusia nescaya ia diserahkan oleh Allah kepada manusia.” Hadis yang selalu juga dibacakan di Radio IKIM.fm, dan sesungguhnya saya sangat suka dengar hadis ni. Mengingatkan kepada kita semua, dalam apa jua yang dilakukan, redha Allah adalah perkara paling penting untuk diutamakan walaupun segenap manusia benci dan marah dengan kata-kata, keputusan dan tindakan kita. Sungguh luas kehidupan ini apabila segala urusan disandarkan pada redha Allah. Tetapi, hidup ini akan terasa sangat sempit andai redha manusia yang dikejari. Sebagaimana kata-kata Syeikh Ibn Atoillah as-Sakandari, "Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin ...

KONWANIS 2010

Image
PROGRAM: KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL (KONWANIS) 2010 - WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCA MODEN Anjuran: Biro Wanita & Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dengan kerjasama: Jabatatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus Objektif:   - Menjelaskan identiti dan jati diri wanita daripada perspektif Islam. - Memimpin wanita dalam mendepani cabaran sosial di pasca moden. - Memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar. Tempat: Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Tarikh: 24 Julai 2010 Masa: 8.00 pagi – 10.30 malam Yuran: Pelajar (RM35) &  Dewasa (RM70) Aktiviti Menarik : - Pembentangan Kertas Kerja - Forum - Mini Karnival - Malam Kesenian Boleh mendaftar online atau hubungi: Farhani – 0192703709 Suria Irdayu – 0192759117 Tarikh tutup penyertaan: 17 Julai 2010 Sumber dan maklumat lanjut di sini .

Pelajaran-pelajaran pada Hari Akhir

Image
Hari ini, saya kena jumpa 3 orang pegawai sains. Pegawai Sains pertama, Cik S selaku supervisor untuk mini-project saya kat Jabatan Patologi ni, untuk dapatkan komennya tentang draft report mini-project yang saya hantar kepadanya. Sambil membelek-belek draft report tu… “Inilah gunanya awak buat project ni. Daripada project ni, awak boleh faham apa sebenarnya yang berlaku kat Unit Hormon ni..betul tak?” Betul. Tak adalah buat practical ni hanya semata-mata untuk memenuhi 6 credit hour untuk Industrial Training. Lagi… "Saya pun pernah belajar jugak dulu. Saya tahu students Cina belajar macam mana. Tapi kenapa kita tak boleh buat benda yang sama macam mereka?" Betul. Kat sini, saya sempat kenal dan berkawan dengan dua orang Chinese students . Kagum dengan kesungguhan dan sikap rajin mereka untuk belajar, malu pun ada bila Muslim tak rajin macam non-Muslim dalam bab menuntut ilmu. Pegawai Sains kedua, Puan J. Untuk dapatkan signature nya, menandakan saya dah masu...

Manusia Menilai, dan Allah Menilai

Image
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." (al-Hujuraat: 13) Allah memandang dan membezakan antara hamba-Nya hanya pada ketaqwaan. Bukan pada rupa, pangkat, harta, bangsa dan keturunan. Ketaqwaan, suatu yang bersifat batiniah. Ukuran sebenar ketaqwaan seseorang hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bahkan diri sendiri tidak dapat menjamin dan mendakwa dirinya adalah mukmin yang benar-benar bertaqwa. Sangat tersembunyi, teliti dan halus. Dan saya kira sesuatu yang sangat halus dan teliti penilaiannya adalah sesuatu yang sangat mahal. Ya, nilaian ketaqwaan adalah nilaian yang sangat mahal. Dan ia adalah nilaian yang paling mahal kerana hanya Allah sahaja yang selayaknya menjadi Penilai. Namun, kita, kebanyak...

Molecular Unit

Minggu ini di Unit Molekular. Lab yang saya boleh klasifikasikan sebagai lab paling rileks, paling baru, paling sedikit test , paling jarang dikunjungi, paling bahaya, kena pakai proper PPE ( gown, mask, glove ) ketika buat test , dan letaknya di ‘hujung dunia’ Patologi. Kenapa banyak sangat ‘paling’ nya? Sebenarnya, lab Molekular conduct test untuk sample H1N1 . This is the one and only test yang dijalankan di situ. So, no wonder tak ramai manusia yang masuk sini. Doktor pun tak boleh sesuka hati redah masuk lab untuk trace result patient . Lab ni paling rileks sebab practical student tak dibenarkan tolong buat test . Tolong tengok boleh… Test pula biasanya dijalankan sekaligus, sekali dalam sehari. So , kerja saya sepanjang minggu tu hanyalah observe apa yang dibuat MLTs dan science officer . Macam mandur pulak. Tapi, itulah rules yang perlu dipatuhi. Lab ni terbahagi kepada tiga bahagian. First division is for receiving samples . Bahagian ni adalah paling berisiko dan ber...