Posts

Hasad dalam Berdakwah

Rasulullah SAW bersabda, "Melepaskan dua ekor serigala lapar di kandang kambing tidak lebih besar bahayanya di bandingkan dengan seorang muslim yang rakus terhadap harta dan dengki terhadap agama. Sesungguhnya dengki itu memamah segala kebaikan persis api menjilat kayu kering". (HR. At-Tirmidzi)   Sering kita mendengar tentang hasad dengki sebagai onar kehidupan. Bagi seorang daie, telah dijanjikan bahawa   berdepan dengan mukmin yang berhasad dengki   adalah satu cabaran besar yang akan ditempuh dalam perjalanan dakwah Mari kita memperhatikan dalam masyarakat melayu kita khususnya, amalan dengki mendengki ibarat suatu perkara yang tidak janggal lagi kepada masyarakat kita. Mereka sanggup saling menjatuhkan dan memusnahkan kebahagiaan orang lain hanya kerana tidak senang melihat   kehebatan dan kelebihan yang ada pada manusia lain. Tidaklah mustahil babak ini berlaku dalam komuniti dakwah sendiri. Sebetulnya, seandainya kita biarkan ia meracuni jiw...

Puasa Ruhaniyat: Kenangan Ramadhan

Bulan puasa ni, apabila ada di kalangan rakan-rakan sekelas saya yang bergurau, cakap bukan-bukan, loyar buruk, dsb. pasti ada yang akan sound , "Weh, tengah puasa ni!" Bertujuan untuk mengingatkan, time puasa begini, lidah dan segala pancaindera kenalah jaga, bukan hanya setakat tahan lapar dan dahaga. Apabila melihat dan mendengar babak-babak biasa macam tu di kalangan rakan-rakan sekelas, terkenang pula zaman saya ketika masih sekolah rendah dulu. Ketika masih tak faham (dan tak mahu faham) erti puasa sebenar. Hanya setakat tahu tak boleh makan dan minum. Itu saja. Kalau tak silap, puasa ketika tu jatuh pada waktu cuti akhir penggal sekolah. Siang terasa sangat panjang sebab tak perlu pergi sekolah. Waktu di antara tengah hari dan asar adalah 'peak hours' bagi saya. Time tu lah perut tersangat lapar, tubuh tersangat lembik, dan waktu yang paling bosan. Nak makan, tak boleh; nak study , tak tahu nak study apa sebab lambat lagi buka sekolah.  So, option say...

Ikhlas.Redha.Sabar

Ikhlas. Redha. Sabar. Antara sifat mahmudah yang saya kira susah dipupuk, juga payah untuk terus-terusan beramal. Bak kata kumpulan nasyid Hijjaz: Inilah sebahagian sifat mahmudah Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya yang bermujahadah Ikhlas. Pasti akan diuji dengan rasa riya', 'ujub, dan melakukan sesuatu kerana manusia atau apabila ada tujuan-tujuan tertentu. Niat ikhlas di hati mudah dibolak-balikkan. Sekejap ikhlas, sekejap tak ikhlas. Ataupun memang dari awal-awal tak ikhlas. Sebab itu pentingnya kita sentiasa memperbaharui niat untuk buat sesuatu hanya kerana Allah. Ikhlas ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita. Ikhlas itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kerana sifat ini tersembunyi di dalam hati. Mulut mudah berbicara menyatakan, "Saya ikhlas..." , tapi tiada siapa yang dapat memastikan benarnya niat ikhlas seseorang, bahkan diri sendiri pun kadang-kadang tak mampu me...

Cerita

2 bulan sebelum hari kejadian, seluruh pelusuk bandar telah diuar-uarkan tentang acara gilang-gemilang itu. Iklan dalam pelbagai bentuk ditampal dan digantung di sana sini,  tidak ketinggalan disiarkan juga di media massa. Semuanya bagi memastikan rakyat bersiap sedia untuk hari tersebut dan majlis yang berlangsung akan berjalan dengan jayanya. Semua rakyat diwajibkan hadir, tiada seorang pun terkecuali, melainkan bayi dan kanak-kanak kecil. Seandainya ada yang tidak dapat hadir, mereka mestilah menyatakan sebab dan alasan yang paling kukuh. Seandainya ada pula yang tidak hadir ke majlis tersebut dengan sengaja, mereka bakal menerima hukuman daripada pihak pemerintah. Kenapa sampai begitu sekali? Penting sangat ke majlis tu? Ya, memang penting. Sebab seorang tetamu yang sangat istimewa akan hadir. Maka seharusnya persediaan yang sangat rapi mesti dilakukan. Sambutan yang meriah mesti dijalankan. Kalau tak, semua akan mendapat malu. Tambah-tambah lagi, tetamu istimewa tersebut m...

Ujian Buat Seorang Da'ie

“Sedih la awak dah nak grad. Mesti lepas ni rasa tak semangat dah nak pergi program…” Perasaan ini pernah dirasai ketika teman-teman seperjuangan akan pergi meninggalkan saya dan rakan-rakan lain kerana telah tamat belajar. Sayu dan sedih. Sehingga kadang-kadang semangat untuk meneruskan perjuangan jatuh merudum. “Kenapa awak dah tak datang usrah dan program? Dulu masa kat universiti, awak lah yang paling bersemangat. Dan awak jugak yang bagi semangat kat orang lain.” Dan ini adalah contoh situasi yang amat saya takuti akan berlaku pada diri sendiri. Ketika masih belajar dan punya ramai teman-teman seperjuangan di sekeliling, kami boleh saling menyokong antara satu sama lain. Tetapi setelah bekerja, semuanya bertebaran dan bertaburan ke serata tempat. Masing-masing dicampakkan ke tempat yang asing dan baru, dengan susunan masa yang berbeza berbanding ketika belajar. Ketika itu, masih adakah teman-teman yang akan menyokong dan memberi semangat? Seperti juga iman yang sentia...

Explorace Beliawanis 2010

Image
PROGRAM: EXPLORACE BELIAWANIS 2010 Anjuran: Beliawanis PEMBINA Cawangan Pahang Dengan Kerjasama: ISMA Cawangan Pahang Tarikh: 17 Julai 2010 Masa: 8am - 12.30pm Tempat: Pantai Sepat, Kuantan. Yuran: RM 3 Pengangkutan disediakan!! Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswi IPT sekitar Pahang, atau mana-mana beliawanis sekitar Kuantan terutamanya. Berminat? Hubungi: Nor Asyikin (UIAM): 013-9433625 atau Nur Afiqah (KIPSAS): 014-5007026 Sumber

Keredhaan-Nya adalah yang paling mahal

Dari Aisyah r.a., beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:   “Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan rela manusia nescaya ia diserahkan oleh Allah kepada manusia.” Hadis yang selalu juga dibacakan di Radio IKIM.fm, dan sesungguhnya saya sangat suka dengar hadis ni. Mengingatkan kepada kita semua, dalam apa jua yang dilakukan, redha Allah adalah perkara paling penting untuk diutamakan walaupun segenap manusia benci dan marah dengan kata-kata, keputusan dan tindakan kita. Sungguh luas kehidupan ini apabila segala urusan disandarkan pada redha Allah. Tetapi, hidup ini akan terasa sangat sempit andai redha manusia yang dikejari. Sebagaimana kata-kata Syeikh Ibn Atoillah as-Sakandari, "Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin ...