Posts

Penyakit Berjangkit: Marah

Marah. Satu penyakit berjangkit. Apabila seseorang dalam keadaan marah, orang lain di sekeliling jadi mangsa kemarahannya. Tak kira yang ada kaitan ataupun yang tak tahu apa-apa, semua akan terkena tempias kemarahannya. Orang yang kena marah pasti akan rasa marah jugak kalau tak bersabar. Dan tak mustahil orang lain pulak yang terkena tempias marahnya. Begitulah cara jangkitannya. Jangkitan yang boleh dihentikan dengan bersabar. Sabar ketika datangnya perasaan marah. Adakah kita di kalangan mereka yang menyebarkan atau menghentikan jangkitan penyakit marah?

Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010

Image
PROGRAM: PERTANDINGAN SENAMROBIK ISLAMI BELIAWANIS 2010 TARIKH: 26 DISEMBER 2010 TEMPAT: DEWAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG ANJURAN: BELIAWANIS PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) PAHANG  dengan kerjasama  JABATAN BELIA DAN SUKAN PAHANG Untuk mengetahui syarat pertandingan dan juga penyertaan, sila hubungi: Asma': 014-8435246 atau Mahada: 013-2129425 Penyertaan dibuka sehingga  22 Disember 2010.

Kita sedara ke...?

Image
Pernah tak terjadi begini: Anda punya seorang kawan atau kenalan, dan akhirnya anda dapat tahu rupa-rupanya kawan anda tu ialah saudara mara anda sendiri yang tak pernah anda kenal dan temui sebelum ini. Perkara begini boleh saja berlaku, terutamanya apabila kita punya saudara mara yang semuanya menetap jauh antara satu sama lain. Kita tak pernah bertemu dengan mereka dan   akhirnya kita mengenali mereka atau anak-anak mereka dalam situasi yang tak disangka-sangka. Malah tak mustahil dan keterlaluan kalau saya bayangkan, boleh jadi pasangan yang nak berkahwin pun akhirnya dapat tahu rupa-rupanya mereka ada hubungan saudara. Saya perhatikan, generasi sekarang berbeza dengan orang dulu-dulu dalam mengenali saudara mara. Nenek saya yang dah berumur 80 lebih dapat kenal dan ingat hampir semua saudara mara sampai sekarang. Apabila turun kat mak saya, mungkin ¾ je. Apabila turun kat saya dan adik beradik, mungkin separuh atau kurang. Ya, mungkin dulu kebanyakannya tinggal berdekatan dan ...

Sensitif

Antara ciri-ciri yang dititikberatkan dalam sesuatu measuring equipment adalah sensitivity, i.e. sejauh mana alat tu mampu mengesan perubahan kecil ketika mengukur sesuatu benda. Makin sensitif, makin elok la alat tu kan? Sebab bila ada sedikit je perubahan, terus alat tu dapat kesan, dan makin chantek la nilai yang kita dapat. Adakah hati kita juga sensitif? Bukan maksud saya sensitif dengan kata-kata atau perbuatan orang lain pada kita, yang menyebabkan kita kecil hati dan jauh hati. Bukan itu. Tapi sejauh mana hati kita sensitif pada sebarang perubahan yang berlaku pada diri kita. Sejauh mana hati kita dapat mengesan bahawa pada masa-masa tertentu iman kita sangat merudum, sejauh mana hati kita terkesan bahawa pada hari ini, banyak dosa yang kita lakukan berbanding hari-hari sebelumnya, sejauh mana hati kita terkesan bahawa solat yang dilakukan makin tidak khusyu' dari hari ke hari? Sensitiviti hati dapat dicapai bila tiada pengh...

Adab Orang yang Meminjam

Kalau nak pinjam barang orang lain, adab-adabnya: - Mintak izin dulu; bukan ambik dulu baru mintak izin @ beritahu tuan punya barang - Jaga barang tu seelok-eloknya, macam kita jaga barang sendiri. contoh: jangan suka-suka hati conteng buku yang dipinjam dari library . Suka ke kita kalau orang pinjam barang kita, then lepas diupulangkan, ada rosak ke, koyak ke, kotor ke...? Mesti tak suka kan? Walaupun kita jenis orang yang tak kisah orang lain buat apa pun kat barang kita, tak semestinya orang lain pun tak kisah jugak. Be empathetic, ok? - Guna barang yang dipinjam tu sekadar keperluan kita saja atau seperti apa yang kita dah beritahu pada tuan punya barang. contoh: mintak izin kawan nak pinjam laptop kawan sebab nak buat assignment . So, guna laptop tu untuk buat assignment je la. Bukan sambil-sambil tu main games ke, online ke... - Pulangkan balik lepas pinjam, bukan buat pekasam dalam bilik. Kalau barang hilang atau rosak, beritahu sejujurnya kepada tuan punya barang...

Allah Itu Motivator Terbaik!

Firman Allah Taala: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Dan ditegaskan lagi dalam ayat seterusnya: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (As-Syarh: 5-6) Alhamdulillah atas kelapangan dan kemudahan yang diberikan-Nya. *******************************************************  Hidup ini bukan selalunya nikmat. Sepanjang perjalanan hidup, kita pasti akan berjumpa dengan ujian berupa simpulan-simpulan yang tak mampu dirungkaikan sendiri. Maka kita akan mencari seseorang untuk membantu kita membuka simpulan tersebut. Keluarga, sahabat, kaunselor... mereka adalah  antara yang terpilih  dan merelakan diri untuk kita meluahkan masalah dan membantu kita merungkaikan simpulan tersebut. Ada yang berjaya menemui puncanya dan membantu kita membuka dan meluruskan simpulan tersebut. Senang hati kita. Ada yang menjumpai punca tapi tak dapat membantu untuk membuka simpulan. Tapi tak apa, lega sikit hati kita sebab dah nampak punca. Ada pulak yang makin m...

Sirah Muzikal: Merentas Kegemilangan Ummah

Image
Program: SIRAH MUZIKAL 2010 Tarikh: 9 OKTOBER 2010 Masa: 8 PM - 11 PM Tempat: DEWAN AUDITORIUM D8, PARCEL D, PRECINT 1, PUTRAJAYA Tiket: 1) VIP - RM 30           2) UMUM - RM 15           3) PELAJAR - RM 10 Antara yang menarik: Pementasan Sirah Persembahan astis nasyid Nazrey Johani, Far East, Muadz, & Nowseeheart Persembahan Kumpulan Nasyid Sohwah (PEMBINA) Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah yang dikelolakan oleh Saudara Nazrey Johani. Untuk maklumat tentatif program, sila klik di sini . Untuk tempahan tiket secara online, sila klik di sini . Sumber di sini dan di sini .