Posts

Ramadhan 1432H: Monolog Diri

Insya Allah, esok Ramadhan 1432H bakal menjengah kembali. Saya cuba mencari apa yang lainnya Ramadhan pada tahun ini. Ya, saya berpeluang merasa sebulan penuh berpuasa di rumah tahun ni, insya Allah. Dan kali ini bukan lagi sebagai seorang student, tapi entah apa gelaran yang patut diberikan, saya pun tak pasti. Itu perbezaan suasana dan keadaan. Then, saya cuba mencari apa yang lainnya tentang perasaan dan persediaan saya menyambut Ramadhan kali ini? Tiada jawapan yang pasti. Bisakah ia berubah dalam masa beberapa jam lagi? Semoga Allah mempermudahkan. Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Khusyu' Hati

Pernah atau tidak berlaku begini: Anda sedang solat. Surah al-Fatihah dibaca, anda rukuk, iktidal, sujud, dan seterusnya seperti biasa. Tapi akhirnya beberapa minit kemudian, sedar-sedar anda sudah berada di posisi tahiyyat akhir. “Eh dah tahiyyat akhir dah? Apasal rasa macam cepat sangat?” Itu yang selalu berlaku bila tak khusyu’. Bilangan rakaat dah cukup, rukun-rukun solat dah buat, tapi hati dan fikiran tidak dibawa bersama ketika solat. Melakukan solat ‘di luar sedar’ sampai tak sangka solat dah tiba ke penghujung. Khusyu’ dalam solat boleh terganggu disebabkan kondisi sekeliling; contohnya anak menangis, kanak-kanak buat bising dan berlari-lari berhampiran tempat solat, jemaah di kiri kanan yang ‘tak duduk diam’, dan macam-macam lagi. Tapi rasa-rasanya, selalunya kita tak boleh khusyu’ dalam solat sebab diri sendiri. Sebab ketika solat lah pelbagai perkara terlintas di hati dan fikiran. Contohnya kita misplace barang dan sangat lupa kat mana kita letak barang tu. Ta...

Suasana, di mana kamu???

Kerap kali, saya memerlukan dan bergantung kepada ‘suasana’ untuk melakukan sesuatu. ‘Suasana’ melonjakkan semangat saya, dan kadang-kadang memaksa diri untuk bersemangat. Ketika di Darul Quran dulu, semua orang sibuk menghafaz, sibuk mengejar muqarrar dan sibuk mengulang untuk exam. Sehinggakan untuk mengambil makanan di kantin pun, al-Quran pasti dibawa bersama. Dan suasana sebegitu menghidupkan semangat saya untuk turut sibuk bersama mereka. Sekarang tiada lagi muqarrar yang perlu dihabiskan, tiada lagi ujian syafawi yang mendebarkan menanti saya. Hampir tiada lagi teman-teman yang mengusung al-Quran ke sana ke mari. Suasana dulu sudah tiada. Jadinya, semangat saya tidak sehebat dulu. Sepanjang enam tahun di Matrikulasi UIA dan UIA Kuantan, saya juga bergantung kepada ‘suasana’. Melihatkan teman-teman yang stay up untuk study dan classmates yang dah berjaya menyiapkan lab work untuk FYP, saya memaksa diri untuk bersemangat melakukan perkara yang sama. Tak ketinggalan deng...

Allah Lihat pada Usaha

Semalam ketika dalam kereta, terdengar satu segmen kat radio Ikim.fm. Tetamu jemputannya Prof Muhaya Mohamad. Saya tak sure tajuknya tapi ia berkisar tentang "mencari redha Allah dan bukan penghargaan manusia". Saya suka mendengar bicara beliau yang lancar, yakin dan mudah difahami. Patutlah adik saya cakap best. Di tengah-tengah segmen, pendengaran saya tertarik pada kata-kata beliau yang lebih kurang begini bunyinya: Manusia biasanya melihat pada HASIL daripada usaha kita, tapi Allah melihat dan mengira pada USAHA kita, bukan hasil yang kita dapat. Kata-kata yang saya biasa dengar, dan anda juga selalu dengar. Betul kan? Tapi saya selalu lupa tentang hakikat itu. Hakikat yang sebenarnya berkait rapat dengan iman. Keimanan bahawa wujudnya Allah yang mengawasi dan menilai segala usaha kita di dunia. Keimanan pada adanya pahala dan dosa, wujudnya syurga dan neraka sebagai ganjaran amal di dunia. Semuanya adalah perkara-perkara ghaib, yang kita tak boleh lihat dan rasa ...

Persinggahan Ini

Dunia adalah tempat persinggahan menuju ke akhirat. Dan dunia itu sendiri punya banyak tempat persinggahan. Dan saya bakal meninggalkan persinggahan yang entah ke berapa ni, tak lama je lagi. Persinggahan yang paling lama, yang paling banyak kenangan, dan yang paling banyak membentuk diri saya seperti mana saya pada hari ini. Terasa berat untuk melepaskannya, melepaskan individu-individu yang pernah mewarnai hidup saya, yang pernah menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya. Tapi sekali lagi, dunia hanyalah tempat persinggahan. Maka seharusnya setiap pertemuan itu ada perpisahan. Perpisahan yang menjadi titik mula bagi saya dan mereka semua melangkah ke tempat persinggahan yang baru. Semoga hari-hari yang telah dilalui di persinggahan ini sentiasa dalam ingatan saya dan mereka semua. Sebiru hari ini Birunya bagai langit terang benderang Sebiru hari kita  Bersama disini Seindah hari ini Indahnya bak permadani taman syurga Seinda...

Rapuh

Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Ku persembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidup Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dadaku harap hanya DiriMu yang bertahta Detik waktu terus berlalu Semua berakhir padaMu Rapuh ~ Opick

Push the PAUSE button

Alhamdulillah, akhirnya tercatat juga tulisan pertama untuk tahun baru 2011 Masihi. Sungguh, langsung tak terasa melangkah ke tahun baru. Terleka saya dengan masalah dan kerja-kerja berkaitan FYP sehingga terlupa bahawa ketika ini diri sudah menginjak ke suku abad. Begitu cepat putaran masa. Pejam celik, dah seminggu. Pejam celik lagi, dah sebulan. Mungkin inilah apa yang dikatakan tanda-tanda awal kiamat. Iaitu apabila masa dirasakan berlalu begitu pantas. Ke saya yang terlalu tertumpu pada kerja, sampai lupa nak ambil kisah cerita sekeliling? Apapun jawapannya, sesibuk mana pun kita dan seberat mana pun masalah kita, jangan terlalu memaksa diri. Kadang-kadang PAUSE button perlu ditekan. Supaya ada ruang untuk diri bermuhasabah, memikirkan dan merenung hikmah-hikmah yang boleh dikutip dari segala kejadian yang berlaku pada diri. Kerana pada setiap apa yang berlaku, sebenarnya terselit bicara Allah pada kita. Mungkin satu teguran, mungkin juga satu peringatan tentang kelalaian kita, ...