Sabar dalam beramal, sabar tinggalkan maksiat
Sabar itu menahan. Konsep sabar itu bukan hanya terpakai apabila kita diuji dengan perkara-perkara yang mendukacitakan sahaja. Dalam melaksanakan amal soleh, kita juga perlu sabar kerana kita mungkin akan diuji dengan rasa malas, terpaksa, dan tidak suka dengan apa yang dituntut oleh agama. Dalam menjauhi perkara maksiat dan larangan Allah, kita juga perlu sabar kerana bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu perkara yang mungkin telah menjadi 'kebiasaan' dan 'kesukaan' kita. Ada yang kata sabar melakukan perkara kebaikan lebih susah daripada sabar untuk meninggalkan larangan Allah, tapi ada juga yang mengatakan sebaliknya. Terpulang kepada masing-masing kerana setiap orang pasti berbeza ujian hidupnya. Tapi kedua-duanya memerlukan satu sifat yang sama, iaitu sifat sabar yang tak mungkin akan diperoleh dengan mudah tanpa usaha yang kuat dari dalam diri. Lantaran itu, ganjaran untuk orang-orang yang bersabar bukannya kecil: “ Malaikat-malaikat pula akan masuk ke...