Posts

Showing posts from March, 2010

Burn calories by laughing

Assalamualaikum. Kali ni artikel copy saja. Santai, tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita dapat. How many calories do I burn when I laugh? by Tom Scheve You've probably heard that laughter is good medicine, but that doesn't mean you'll be asking for a stand-up comedian after you break your arm (after all, good medicine is also good medicine). Laughter does have many positive measurable effects on your body, however. When we laugh, our bodies respond positively. There is a decrease in stress hormones (cortisol, adrenaline and dopac) and an increase in beta-endorphins (which lower feelings of depression) and human growth hormone (which helps protect us against disease and infection). Incredibly, it's not only laughter that changes our body's chemistry -- the mere anticipation of laughing does, too (when you're driving to see a funny movie, for instance) [source: American Physiological Society ]. In fact, your brain will respond to laughter even if the

Mohonlah kepada Allah

Salam imtihan untuk semua students UIA Gombak dan UIA Kuantan khususnya, yang sedang berperang menghadapi final exam . Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. dan beroleh kejayaan dalam course masing-masing. Ingin dikongsikan hadis ke-19 daripada matan arba'in yang mungkin sangat dekat maksud dan pengertiannya dengan kita waktu ini. Waktu-waktu genting menghadapi peperiksaan, di samping berdepan pelbagai bentuk ujian hidup di dunia. Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma katanya: Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engakau dapatiNya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engk

Dirimu Perlukan Masa

Anda sibuk? Kelas yang full setiap hari. Presentation. Assignment, lab report. Usrah. Program-program pada hujung minggu. Society. Masa untuk keluarga (ibu bapa khususnya). Masa bersama kawan-kawan. Semuanya memerlukan anda berhubung dengan manusia, dengan orang-orang tertentu di sekeliling anda. Akhirnya anda kepenatan. Penat kerana perlu berhadapan dengan pelbagai tugas dan kerenah manusia. Tetapi, usah mengeluh. Allah sudah sediakan untuk anda dan untuk saya suatu masa khusus untuk diri anda dan saya. Tiada siapa yang akan mengganggu. Sepertiga malam. Pohonkan keampunan-Nya atas segala dosa. Adukan segala kepenatan. Pohonkan segala hajat. Tenangkan hati dan fikiran.  Insya Allah, dari situ kita akan temui kekuatan dan kedamaian.

Cerita Semut

Image
Serangan semut merah dan semut mayat di bilik. Entah dari mana datangnya mereka. Sekarang sudah tidak selamat membiarkan makanan di atas meja, walaupun bertutup. Even air masak kosong dihurung sekali.   Gambar dari flickr.com, uploaded  by Lord V Awal-awal dulu, rasa marah dan geram dengan kehadiran mereka. Tapi memikirkan mereka juga makhluk Allah, ada hak untuk hidup, dan yang penting saya tak layak untuk melenyek mereka dengan jari saya, maka saya biarkan saja. Bimbang juga di akhirat nanti mereka datang membuat tuntutan balas! Saya cuba menjadi manusia yang berhati perut. Yang terkapai-kapai hampir 'lemas' dalam jag berisi air, saya tolong selamatkan mereka. Minggu lepas saya beli sekaya. Mula-mula saya biarkan saja tanpa letak dalam bekas, tapi masih bertutup, dan disimpan di tempat yang semut-semut itu tak pernah jejak. Apabila dibelek keesokan harinya, seperti yang dijangka, mereka ada di sekitar bekas sekaya tu. Macam  mana mereka jumpa jalan ke situ ye? Lepas tu,

Muhasabah Februari 2010

Image
Februari 2010 sudah berlalu. Sebulan yang dilalui dengan kelesuan minda, kebekuan otak dan keserabutan hati. Sehinggakan hilang idea untuk memikirkan tazkirah apa yang perlu disampaikan dan topik apa yang perlu dituliskan di blog sebagai perkongsian. Sesungguhnya, konsep "ballighu 'anni walau aayah" yang diarahkan oleh baginda Rasulullah saw belum mampu dilaksanakan sepenuhnya. Pelik, dalam seluas-luas ilmu Allah dan dalam banyak-banyak peringatan yang perlu disampaikan, satu pun tidak terlintas di kepala. Kalau ada pun, serasa bukan dari hati yang tulus. Wahai diri, muhasabahlah! Apakah kamu terlalu mengejar dunia dan segala kesibukannya? Tundukkanlah hatimu di hadapan-Nya dan kembalikanlah dirimu ke 'tempat asal'nya. Semoga lubang-lubang cahaya hidayah-Nya akan kembali menerobos hatimu dan segala sendi dan urat sarafmu.