Muhasabah Februari 2010

Februari 2010 sudah berlalu.

Sebulan yang dilalui dengan kelesuan minda, kebekuan otak dan keserabutan hati.

Sehinggakan hilang idea untuk memikirkan tazkirah apa yang perlu disampaikan dan topik apa yang perlu dituliskan di blog sebagai perkongsian. Sesungguhnya, konsep "ballighu 'anni walau aayah" yang diarahkan oleh baginda Rasulullah saw belum mampu dilaksanakan sepenuhnya.

Pelik, dalam seluas-luas ilmu Allah dan dalam banyak-banyak peringatan yang perlu disampaikan, satu pun tidak terlintas di kepala. Kalau ada pun, serasa bukan dari hati yang tulus.

Wahai diri, muhasabahlah! Apakah kamu terlalu mengejar dunia dan segala kesibukannya?


Tundukkanlah hatimu di hadapan-Nya dan kembalikanlah dirimu ke 'tempat asal'nya. Semoga lubang-lubang cahaya hidayah-Nya akan kembali menerobos hatimu dan segala sendi dan urat sarafmu.

Comments

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi