Posts

Showing posts from August, 2009

Tips Menghafaz al-Quran 2

7. Mulakan hafal ayat yang pertama. Baca berulang-ulang kali (berapa kali, bergantung kepada kekuatan ingatan anda) sehingga anda yakin sudah mampu menguasai ayat tersebut. Ada yang mengatakan perlu diulang 60 kali untuk betul-betul ingat ayat tersebut. Saya pernah mencuba dulu; agak berkesan bagi saya, tapi tidak mampu untuk diteruskan kerana kekangan masa.
8. Setelah ayat pertama lancar, teruskan hafal ayat yang kedua. Lakukan perkara yang sama (langkah 7) sehingga lancar hafalan untuk ayat tersebut.
9. Setelah dua ayat dapat dikuasai, ulang kembali ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Jangan terus masuk pada ayat yang ketiga sehingga anda betul-betul yakin telah dapat menguasai kedua-dua ayat tersebut.
10. Ulang langkah (6-9) untuk ayat-ayat yang seterusnya sehinggalah habis satu page.
11. Setelah satu page telah habis dihafal, cuba ulang kembali hafalan dari ayat pertama hingga ayat terakhir. Anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengingatinya atau untuk connect satu ayat d…

Tips Menghafaz al-Quran 1

Saya mohon maaf kepada sahabat saya, Ila, kerana lambat menunaikan janji untuk menulis entry tentang tips ni. Sebenarnya, agak susah bagi saya untuk terjemahkan apa-apa yang saya lakukan ke dalam satu bentuk tulisan, selain menunggu masa yang agak lapang untuk menyusunnya supaya difahami semua.
Tips ini hanya perkongsian saya dengan anda semua, terutamanya bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak untuk menghafaz al-Quran. Ia hanya berdasarkan pengalaman saya sendiri, jadi akan ada certain part yang mungkin sesuai dan juga mungkin langsung tidak sesuai dengan anda. Ambil mana yang baik dan tinggal apa yang tidak baik dan tidak relevan dengan anda. Semoga bermanfaat.
1. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri anda. Adakah anda seorang yang senang hafal tapi cepat lupa, atau senang hafal dan lambat lupa, atau susah hafal dan cepat lupa, atau susah hafal tapi lambat lupa? Apabila kekuatan dan kelemahan diri sudah dikenal pasti, mudah untuk anda fikirkan strategi dan langkah untuk memanf…

Puasa dan Keletihan

Sudah seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Terasa begitu cepat masa berlalu. Mungkin disebabkan kita terlalu sibuk dengan aktiviti harian seperti lecture, presentation, assignment dan macam-macam tugas lain, kita seolah-olah tidak sedar dengan peredaran dan putaran masa yang berlalu.
Satu kelebihan apabila berpuasa dalam keadaan begini, kita tidak akan punya masa untuk fikirkan atau mungkin langsung tidak terlintas rasa lapar, letih dan sebagainya disebabkan pertambahan workload kita. Tetapi, bagaimana dengan prestasi kerja atau aktiviti harian kita? Adakah menurun, maintain atau meningkat berbanding ketika bulan-bulan biasa?
Antara fenomena yang biasa ketika bulan puasa ialah, attendance untuk kelas pada waktu pagi tidak akan penuh. Pasti banyak seat yang kosong. Alasannya; overslept. Kenapa overslept? Sebab selepas habis solat Subuh, dengan perut yang masih kenyang, terus sambung balik tidur yang kononnya terganggu tadi gara-gara bangun awal untuk bersahur.
Ketika bulan puasa juga,…

Ahlan ya Ramadhan & Remembrance of Al-Quds

Image
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun ini. Setinggi-tinggi kesyukuran selayaknya ditujukan kepada Allah kerana mengurniakan kita suatu tempoh masa setiap tahun untuk kita tingkatkan iman dan amal soleh serta mendidik nafsu sebagai bekalan untuk 11 bulan yang seterusnya.
Manfaatkan peluang yang diberi sebaik mungkin. Kita tidak akan bertemu lagi dengan madrasah lain selain madrasah Ramadhan yang mana kita rasa seronok dan rajin untuk beribadat serta bebas daripada gangguan dan bisikan syaitan yang dirantai dan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan.
Berusaha dan berdoalah, semoga Ramadhan pada tahun ini dapat diakhiri dengan cemerlang atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada Ramadhan yang lalu.

Dan juga jangan dilupakan tarikh hari ini, 21 Ogos, tarikh memperingati Masjidil Aqsa dibakar pada tahun 1969 oleh seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian, Dennis Micheal.
Semoga semangat Ramadhan hadir bersama semangat kita untuk terus…

Bersediakah saya...??

Image
Beberapa hari lepas, saya berbual dengan emak saudara saya tentang dua perkara: cuti sekolah dan permulaan puasa. Akhirnya, terhasil satu statement yang menjadi conclusion perbualan kami:
Minggu depan cuti sekolah, so minggu depan dah start puasa
Beberapa kali otak saya cuba memproses validity of that statement. Minggu depan puasa? Kenapa saya rasa macam susah nak percaya, padahal saya tahu 15 Syaaban (nisfu Syaaban) sudah lama berlalu? Oh, sudah bersediakah saya? Terasa malu sendiri; di saat orang lain sudah membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia, saya masih terkial-kial dan tertinggal di belakang.
Saya tak mahu berlaku seperti tahun lepas. Entah kenapa saya hanya mampu memandang kedatangan Ramadhan, kemudian ia berlalu di depan mata saya dan akhirnya pergi begitu sahaja tanpa apa-apa lonjakan dan anjakan yang saya buat dalam amalan saya.
Teringat pula saya ketika zaman kanak-kanak dulu. Setiap hari apabila mendengar dari jauh bunyi kapal terbang, saya akan berkejaran…

Fatwa Hati

Daripada an-Nawwaas bin Sam'aan r.a., daripada Nabi s.a.w., baginda telah bersabda: "Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Waabisoh bin Ma'bad r.a., katanya: "Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersabda: "Adakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab: "Benar." Maka baginda pun bersabda: "Mintalah fatwa (bertanyalah) kepada hatimu, kebajikan ialah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada, sekalipun berbagai fatwa yang diberikan oleh manusia (bahawa ia adalah halal atau haram)." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

~ Hadis 27; Syarah Hadis 40 Imam Nawawi; Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto.

Kedua-dua hadis ini generally menerangkan perbezaan antara dua perkara y…

H1N1 dan Cuti

Image
Akhirnya Kuliyyah of Sciencebetul-betul isytiharkan cuti selama seminggu kepada sudents nya mulai semalam disebabkan kes influenza A H1N1.
Kenapa saya highlightkan perkataan 'betul-betul'? Sebab sudah beberapa kali saya terdengar rumours tentang ni, yang tersebar luas melalui mulut ke mulut, tapi akhirnya tak betul pun. Memang selalu terjadi macam tu, kita suka sebarkan 'berita-berita sensasi' yang entah dari mana-mana tanpa terlebih dulu menyelidik sumbernya.
Saya terasa berat untuk bercuti, kerana memikirkan selepas ni banyak kelas dan lab yang perlu diganti. Mungkin akan ada kelas malam dan juga terbawa-bawa hingga time weekend. Satu keadaan yang saya (dan mungkin orang lain) sangat tak suka. Tapi, apa boleh saya buat. Kita ada kemaslahatan yang lebih utama iaitu kesihatan diri. Dan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun kita sendiri tidak mampu menilai apa hikmah tersebut melalui akal pendek kita.
Virus influenza A H1N1 kini sudah mampu melumpuhkan aktiv…

Saya rindukannya...

Semester ni saya ambil Kelas Tahfiz Pakej 5. Setelah masuk semester 5, jadualnya tetap sama seminggu sekali. Ustaz tasmi' pun sama. Ahli kelas pun still orang yang sama. Tapi, ada satu perubahan besar yang dibuat kali ini. Arahan dari Gombak, supaya semua yang mengambil pakej tahfiz mesti mengikuti silibus yang sepatutnya diambil oleh mereka berdasarkan semester yang mereka duduki sekarang. Contohnya, kalau saya sudah berada di semester 5, maka silibus saya adalah daripada juzu' 21 hingga juzu' 25.
Saya agak terkejut mendengar arahan begini. Agak drastik, walaupun saya tahu peraturan asalnya memang begitu, i.e. kami (ex-student Daarul Quran) dikehendaki menghabiskan 5 juzu' untuk setiap semester. Maknanya, ramailah yang terpaksa 'melompat' juzu' sebab tak sempat habiskan silibus sebelum ni.
Dan satu lagi, perubahan ini dibuat sebab di akhir semester nanti kami akan diuji hafalan masing-masing secara lisan (ujian syafawi), atau istilah glamournya 'ditebuk…