H1N1 dan Cuti


Akhirnya Kuliyyah of Science betul-betul isytiharkan cuti selama seminggu kepada sudents nya mulai semalam disebabkan kes influenza A H1N1.

Kenapa saya highlightkan perkataan 'betul-betul'? Sebab sudah beberapa kali saya terdengar rumours tentang ni, yang tersebar luas melalui mulut ke mulut, tapi akhirnya tak betul pun. Memang selalu terjadi macam tu, kita suka sebarkan 'berita-berita sensasi' yang entah dari mana-mana tanpa terlebih dulu menyelidik sumbernya.

Saya terasa berat untuk bercuti, kerana memikirkan selepas ni banyak kelas dan lab yang perlu diganti. Mungkin akan ada kelas malam dan juga terbawa-bawa hingga time weekend. Satu keadaan yang saya (dan mungkin orang lain) sangat tak suka. Tapi, apa boleh saya buat. Kita ada kemaslahatan yang lebih utama iaitu kesihatan diri. Dan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun kita sendiri tidak mampu menilai apa hikmah tersebut melalui akal pendek kita.

Virus influenza A H1N1 kini sudah mampu melumpuhkan aktiviti manusia hampir di seluruh dunia. Orang ramai dalam kebimbangan, jumlah kematian makin meningkat dan para doktor dan saintis masih belum menemui ubat atau vaksin yang terbaik untuk melawan serangan virus ini.

Ketika awal-awal kemunculan virus ni dulu, kita masih dalam keadaan selamat kerana kebanyakannya melibatkan negara-negara luar seperti Amerika dan Australia. Kemudian, kes-kes import dilaporkan di negara kita disebabkan ramai yang travel ke luar negara. Tak lama selepas itu, barulah berlaku kes-kes jangkitan tempatan yang semakin hari semakin meningkat, tapi masih dalam keadaan terkawal dan tiada kes kematian yang berlaku. Tetapi hari ini, kita tidak boleh lagi merasa selamat kerana 14 kematian telah dicatatkan dan semakin banyak sekolah dan IPT yang ditutup.

Renungkan, manusia yang dikurniakan akal dan diciptakan dalam sebaik-baik penciptaan akhirnya boleh ditewaskan oleh makhluk Allah yang paling halus dan seni. Tidakkah itu menjadi satu pengajaran berguna bagi kita? Yang kita tak perlu sombong dan berbangga dengan ilmu dan kepandaian yang dimiliki kerana semua itu terbatas dan sangat sedikit berbanding ilmu Allah. Yang kita tidak patut untuk berani melawan Allah dengan melakukan maksiat kerana akhirnya kita akan kembali kepadaNya memohon doa?

Akhirnya kepada semua, tolong jaga kebersihan diri sendiri. Praktikkan ajaran Islam yang sangat basic yang menghendaki kita sentiasa dalam keadaan bersih. Saya tinggalkan dengan satu phrase yang sangat biasa kita dengar (dan selalu keluar dalam soalan essay masa saya sekolah dulu), "Prevention is Better than Cure".

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam