Posts

Showing posts from August, 2011

Dengki

Bulan puasa, banyak gerai dan bazar yang dibuka. Lebih-lebih lagi apabila dekat nak raya. Sehinggakan mereka yang bukan asalnya berniaga pun boleh juga tiba-tiba menjadi peniaga di bulan Ramadhan ni.
Dari satu sudut, berniaga memang digalakkan di dalam Islam. Bukankah  Rasulullah SAW juga seorang peniaga, malah sabda baginda: "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." (Hadis Riwayat Tirmizi). Makanya, makin ramai orang Islam yang berniaga, makin meningkat ekonomi umat Islam.
Tapi ada juga yang memandang dari sudut lain. Makin ramai orang yang berniaga, makin tinggi persaingan antara peniaga, dan mungkin juga mereka merasakan keuntungan perniagaan mereka makin menurun, lebih-lebih lagi bersaing di kalangan mereka yang menjual barangan dan produk yang sama.
Seringkali saya terdengar cerita-cerita yang kurang enak tentang sifat dengki di kalangan orang Melayu, yang tak boleh melihat orang lain lebih berjaya daripada mereka dalam perniagaan. Apabila sifat hasad dengki mer…