Posts

Showing posts from July, 2010

Ujian Buat Seorang Da'ie

“Sedih la awak dah nak grad. Mesti lepas ni rasa tak semangat dah nak pergi program…” Perasaan ini pernah dirasai ketika teman-teman seperjuangan akan pergi meninggalkan saya dan rakan-rakan lain kerana telah tamat belajar. Sayu dan sedih. Sehingga kadang-kadang semangat untuk meneruskan perjuangan jatuh merudum. “Kenapa awak dah tak datang usrah dan program? Dulu masa kat universiti, awak lah yang paling bersemangat. Dan awak jugak yang bagi semangat kat orang lain.” Dan ini adalah contoh situasi yang amat saya takuti akan berlaku pada diri sendiri. Ketika masih belajar dan punya ramai teman-teman seperjuangan di sekeliling, kami boleh saling menyokong antara satu sama lain. Tetapi setelah bekerja, semuanya bertebaran dan bertaburan ke serata tempat. Masing-masing dicampakkan ke tempat yang asing dan baru, dengan susunan masa yang berbeza berbanding ketika belajar. Ketika itu, masih adakah teman-teman yang akan menyokong dan memberi semangat? Seperti juga iman yang sentiasa ada pa

Explorace Beliawanis 2010

Image
PROGRAM: EXPLORACE BELIAWANIS 2010 Anjuran: Beliawanis PEMBINA Cawangan Pahang Dengan Kerjasama: ISMA Cawangan Pahang Tarikh: 17 Julai 2010 Masa: 8am - 12.30pm Tempat: Pantai Sepat, Kuantan. Yuran: RM 3 Pengangkutan disediakan!! Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswi IPT sekitar Pahang, atau mana-mana beliawanis sekitar Kuantan terutamanya. Berminat? Hubungi: Nor Asyikin (UIAM): 013-9433625 atau Nur Afiqah (KIPSAS): 014-5007026 Sumber

Keredhaan-Nya adalah yang paling mahal

Dari Aisyah r.a., beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:   “Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan rela manusia nescaya ia diserahkan oleh Allah kepada manusia.” Hadis yang selalu juga dibacakan di Radio IKIM.fm, dan sesungguhnya saya sangat suka dengar hadis ni. Mengingatkan kepada kita semua, dalam apa jua yang dilakukan, redha Allah adalah perkara paling penting untuk diutamakan walaupun segenap manusia benci dan marah dengan kata-kata, keputusan dan tindakan kita. Sungguh luas kehidupan ini apabila segala urusan disandarkan pada redha Allah. Tetapi, hidup ini akan terasa sangat sempit andai redha manusia yang dikejari. Sebagaimana kata-kata Syeikh Ibn Atoillah as-Sakandari, "Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin

KONWANIS 2010

Image
PROGRAM: KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL (KONWANIS) 2010 - WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCA MODEN Anjuran: Biro Wanita & Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dengan kerjasama: Jabatatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus Objektif:   - Menjelaskan identiti dan jati diri wanita daripada perspektif Islam. - Memimpin wanita dalam mendepani cabaran sosial di pasca moden. - Memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar. Tempat: Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Tarikh: 24 Julai 2010 Masa: 8.00 pagi – 10.30 malam Yuran: Pelajar (RM35) &  Dewasa (RM70) Aktiviti Menarik : - Pembentangan Kertas Kerja - Forum - Mini Karnival - Malam Kesenian Boleh mendaftar online atau hubungi: Farhani – 0192703709 Suria Irdayu – 0192759117 Tarikh tutup penyertaan: 17 Julai 2010 Sumber dan maklumat lanjut di sini .