Posts

Showing posts from September, 2009

Nostalgia Persahabatan

Image
Salaamullahi 'alaikum. Agak lama saya tidak post sebarang entry baru. Kecewa dengan diri sendiri kerana turut sama 'bercuti' daripada menulis seiring dengan cuti 2 minggu yang diberikan sempena sambutan 'eidul fitri. Bilangan entry bulan ini juga kurang daripada biasa. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk bulan September, saya ambil juga sedikit masa untuk menulis sesuatu sekadar perkongsian bersama. 'Eidul fitri tahun ini, saya berpeluang beraya dan bertemu dengan rakan-rakan lama sekolah, satu aktiviti tahunan yang dah lama saya tinggalkan selepas tamat persekolahan. Reunion SMKATJ batch 1999-2003 yang diadakan pada hari raya keempat lalu menemukan kembali saya dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Walaupun bilangan yang hadir saya agak hanya 1/6 daripada total student batch kami, tapi saya kira itu sudah memadai daripada terus lost contact dengan mereka. Antara rakan-rakan saya, ada yang baru graduate , ada yang sedang samb

Salam Eidulfitri 1430H

Image
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... Laailaha illa Allah Wallahu akbar... Allahu akbar Walillahil hamd... Salam eidulfitri 1430H buat semua pengunjung blog yang dirahmati Allah. Raikan kehadiran 1 Syawal dengan kalimah pujian-pujian dan takbir membesarkan Allah. Semoga terus tetap dan teguh meningkatkan amal ibadat pada bulan-bulan yang seterusnya. Saya mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap yang tersirat di hati mahupun yang terlahir pada tulisan, lisan dan perbuatan. Semoga takbir kita adalah takbir kemenangan!

Bunyi-bunyi Itu

Selesai sahaja solat maghrib, kami adik beradik akan memulakan operasi. Dengan diketuai adik lelaki saya, kami turun ke halaman rumah dengan membawa sekotak mancis dan mercun yang telah dibeli di ‘pasar-pasar gelap’. Beberapa jenis mercun yang common sudah saya kenal dan hafal namanya. Tapi sudah tentu saya hanya berani bermain mercun dari jenis yang saya kategorikan agak selamat dan sesuai untuk girls sahaja. Sebentar kemudian, halaman rumah dihiasi dengan bunyi-bunyi mercun yang pelbagai. Ada yang menyakitkan telinga, ada yang bunyi biasa-biasa saja dan ada yang tak berbunyi langsung (namanya bunga api). Diselang-seli dengan bunyi-bunyi mercun dari rumah-rumah jiran sekampung yang dekat dan jauh. Macam pesta. Perasaan ketika itu? Seronok. Biasanya pada malam raya, kami akan bermain sakan, menghabiskan saki-baki mercun yang tinggal. Itu cerita 10 ke 15 tahun yang lepas. Zaman kanak-kanak, fikiran belum cukup matang, hanya tahu berseronok, hanya tahu apabila time nak raya, mesti

Muhasabah di Hari-hari Akhir

Kita kini telah berada di hari-hari akhir Ramadhan, yang boleh dikatakan satu period yang critical, ultimate, crucial, vital, extremely important, atau apa sahaja perkataan yang dapat menggambarkan betapa pentingnya dan betapa istimewanya saat-saat 10 hari terakhir ini; tidak lain kerana dijanjikan oleh Allah dengan lailatul qadar, terutama kepada mereka yang benar-benar mengharapkan dan berusaha untuk mencarinya. Apa perasaan kita di saat-saat akhir ini? Gembirakah kita kerana tak lama lagi kita tak perlu lagi berlapar dahaga di siang hari, dan hari raya juga semakin hampir? Atau sedihkah kita kerana Ramadhan hampir berlalu pergi meninggalkan kita, dan kita akan melangkah keluar dari bulan Ramadhan ke bulan-bulan seterusnya yang tidak lagi menjanjikan keistimewaan setanding bulan Ramadhan? Itu semua dipulangkan kepada nilaian iman di dada. Di hari-hari terakhir ini, marilah kita muhasabah kembali puasa dan amalan kita lebih 20 hari yang lalu. Sempurnakah? Banyakkah cacat celanya?

"Inni Shoimun"

Monolog diri, “Jangan mengumpat. Nanti hilang pahala puasa aku.” Betapa terjaga pancaindera kita ( especially mulut) apabila sedang berpuasa. Kita seboleh mungkin menjaga mulut kita daripada mengumpat, bercakap bohong, mencaci, mengata dan sebagainya, kerana kita tahu ia akan menjejaskan pahala puasa kita. Satu perubahan yang bagus. At least , kita sudah boleh mendidik diri untuk meninggalkan perbuatan mengumpat orang lain yang sangat biasa kita lakukan di bulan-bulan lain. Itulah antara hikmah puasa, bagi orang-orang yang mahu berfikir dan mengambil pengajaran. Tapi… Monolog diri lagi, “Malam nantilah, lepas terawih aku cerita kat kawan aku pasal budak tu. Sekarang ni kan aku tengah puasa.” Boleh pulak macam tu? Terbatalkah dosa dan hukum haram mengumpat apabila berada di luar waktu puasa? Terjaminkah puasa kita akan diterima Allah setelah kita menjaga sebaik mungkin adab-adab puasa pada waktu siangnya, walhal pada malamnya kita langsung tidak menjaga pancaindera kita? Inila

Tips Menghafaz al-Quran 3

Tambahan… 14. Elakkan menghafaz berdasarkan makna kalimah dan makna ayat, i.e. mengingati makna ayat al-Quran dengan tujuan untuk mudahkan hafalan. Cara begini memang membantu pada awalnya; tapi bila anda lupa maksud kalimah atau maksud ayat tersebut, biasanya anda juga tak dapat nak mengingati ayat al-Quran tersebut. 15. Cuba imagine position setiap ayat dalam satu-satu page beserta kepala ayatnya, dan juga sequence ayat-ayat tersebut. Cara begini mungkin hanya perlu apply ketika mula-mula menghafal; setelah diulang-ulang banyak kali, insya Allah anda tak perlu lagi menghafal dengan bergantung kepada kedudukan atau sequence ayat dalam satu-satu page. 16. Kenal pasti ayat-ayat yang menggunakan kalimah yang sama atau hampir sama dalam satu page atau pun beberapa page sebelum atau selepasnya. Apabila dah dikenal pasti, anda akan dapat bezakan penggunaan dan cara susunan kalimah dalam ayat-ayat tersebut. Contohnya, surah Yaasin ayat 33 dan 37. 17. Jangan cepat berpuas hati dengan h