Nostalgia Persahabatan

Salaamullahi 'alaikum.

Agak lama saya tidak post sebarang entry baru. Kecewa dengan diri sendiri kerana turut sama 'bercuti' daripada menulis seiring dengan cuti 2 minggu yang diberikan sempena sambutan 'eidul fitri. Bilangan entry bulan ini juga kurang daripada biasa. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk bulan September, saya ambil juga sedikit masa untuk menulis sesuatu sekadar perkongsian bersama.

'Eidul fitri tahun ini, saya berpeluang beraya dan bertemu dengan rakan-rakan lama sekolah, satu aktiviti tahunan yang dah lama saya tinggalkan selepas tamat persekolahan. Reunion SMKATJ batch 1999-2003 yang diadakan pada hari raya keempat lalu menemukan kembali saya dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Walaupun bilangan yang hadir saya agak hanya 1/6 daripada total student batch kami, tapi saya kira itu sudah memadai daripada terus lost contact dengan mereka.



Antara rakan-rakan saya, ada yang baru graduate, ada yang sedang sambung master dan ada juga yang sudah bekerja. Penampilan dan sikap juga sudah berubah. Kalau dulu penampilan dan perangai mereka (termasuk saya) masih keanak-anakan, tapi sekarang kebanyakannya sudah besar panjang, pandai bergaya dan cara bercakap, bergaul dan berfikir juga sudah berbeza.

Itulah antara transisi yang selalu berlaku dalam hidup kita.

Kita memang selalu melakukan perubahan pada diri. Ada yang berubah kepada keadaan, kehidupan dan sikap yang lebih baik, tapi ramai juga yang sebaliknya. Kedua-duanya bergantung pada bagaimana kita menggunakan nikmat akal yang diberikan Allah Taala berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah ketiga-tiga elemen ini yang diutamakan atau nafsu yang didahulukan?

Sebab-sebab yang mendorong kita berubah juga pelbagai. Ada yang berubah kerana manusia, ada yang berubah kerana keadaan sekeliling, dan ada juga yang berubah atas kesedaran sendiri. Sedar dengan status, peranan dan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di bumi.

Yang mana satukah perubahan yang lebih baik dan lebih tetap dan teguh? Semua tahu jawapannya kan?

Hari raya yang kelima, empat sahabat lama yang berkawan dan sekelas sejak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, berpeluang berkumpul kembali selepas lebih kurang enam tahun. Satu tempoh masa yang agak lama saya kira kerana kesibukan masing-masing, walaupun kebanyakannya sebenarnya duduk sekampung.

Masing-masing dalam bidang yang berbeza, belajar di universiti yang berbeza, dengan seorang belajar di luar negara, tetapi satu perkara tidak pernah berubah. Persahabatan kami. Kami tetap seperti dulu apabila berkumpul bersama. Gurau senda dan gelak tawa mereka mampu mengembalikan ingatan saya pada cerita dan kenangan sewaktu di zaman sekolah. Pahit dan manis semuanya kami lalui bersama. Sungguh, saya sayangkan persahabatan ini!

Hati kami ‘diikat’ kerana lamanya tempoh masa persahabatan kami. Mungkin itu adalah ukuran keikhlasan kami dalam bersahabat. Anda pula bagaimana? Atas dasar apakah anda berkawan dan bersahabat? Adakah anda berkawan ketika waktu senang semata-mata?

Sejauh mana sayangnya kita pada sahabat kita, itulah nilaian sebuah persahabatan. Hargai sahabat kita kerana mereka pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Hargai sahabat kita kerana kehadiran mereka pernah mewarnai dan menceriakan hidup kita. Hargai sahabat kita kerana mereka pernah berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama kita.

Sahabat adalah cerminan diri. Muhasabah lah diri dan kehidupan melalui kehadiran mereka. Usah berkawan tanpa tujuan. Berkawan biarlah beribu.

Comments

'atiqah said…
teringat time kt DQ waktu baca entri ni..waa~ sampai sekarang, masih mantap ukhwah..tak bertemu, bukan alasan untuk rasa tak terikat..=) kan?
nasuha said…
em, betul2.kita hanya brsama 3 sem je tp ukhuwah tu msih dirasa dan teguh smpai sekarang.sbbnya hati kita diikat dgn dua perkra, aqidah dan al-Quran..insya Allah

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi