Adab Orang yang Meminjam

Kalau nak pinjam barang orang lain, adab-adabnya:

- Mintak izin dulu; bukan ambik dulu baru mintak izin @ beritahu tuan punya barang

- Jaga barang tu seelok-eloknya, macam kita jaga barang sendiri. contoh: jangan suka-suka hati conteng buku yang dipinjam dari library. Suka ke kita kalau orang pinjam barang kita, then lepas diupulangkan, ada rosak ke, koyak ke, kotor ke...? Mesti tak suka kan? Walaupun kita jenis orang yang tak kisah orang lain buat apa pun kat barang kita, tak semestinya orang lain pun tak kisah jugak. Be empathetic, ok?

- Guna barang yang dipinjam tu sekadar keperluan kita saja atau seperti apa yang kita dah beritahu pada tuan punya barang. contoh: mintak izin kawan nak pinjam laptop kawan sebab nak buat assignment. So, guna laptop tu untuk buat assignment je la. Bukan sambil-sambil tu main games ke, online ke...

- Pulangkan balik lepas pinjam, bukan buat pekasam dalam bilik. Kalau barang hilang atau rosak, beritahu sejujurnya kepada tuan punya barang dan mintak maaf. Akui kesilapan kita. Walaupun akibat lepas tu agak pedih nak diterima, tapi itu lebih baik daripada lari dari kesilapan atau tanggungjawab. Sape nak tolong defend kita kat Sana nanti?

- Ucap terima kasih sebagai penghargaan kita atas kebaikan tuan punya barang tu, walau sekecil barang sekalipun. Orang berbudi kita berbahasa...

Ada lagi point lain? Em, tambah la sendiri mana yang perlu. Kita kan orang Melayu. Melayu Islam pulak tu. Jadi terapkan akhlak Islam dan adab yang baik dalam meminjam barang. Mesti orang suka, dan tak ragu-ragu nak pinjamkan apa-apa barang kat kita. Dan selalu kena ingat, barang pinjaman tu adalah hak orang lain, bukan hak kita.

Ok, itu kalau konteks hubungan kita sesama manusia. Macam mana kita dengan Pencipta?

Kalau sesiapa tahu dan ingat lagu kumpulan Nadamurni (dinyanyikan semula oleh Rabbani)....

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Hakikatnya, semua harta kita hari ni dan segala isi dunia bukan kepunyaan kita yang hakiki. Semuanya milik Allah. Semuanya Allah bagi pinjam pada kita. Apabila kita mati, semua harta dan kepunyaan kita ditinggalkan di belakang, hanya amalan yang mengiringi. Jadi sentiasa beringat-ingat dengan nikmat yang dikurniakan Allah. Jangan ingkar, jangan bongkak, jangan kedekut.

"Suka hati aku la nak beli apa pun, duit aku!"

"Hari-hari ada mintak sumbangan. Kalau macam ni pokai la, tak boleh la nak simpan duit.."

Pernah suatu hari, lecturer saya, Dr Tariq cakap,

"Sebenarnya, kamu belajar sungguh-sungguh sekarang ni, dapat pointer tinggi, dapat kerja bagus, income bagus, sebenarnya untuk siapa? Untuk diri kamu ke? Tak. Bukan untuk kamu, tapi untuk keluarga dan anak-anak kamu. Mereka yang akan dapat dan perlukan semua tu. Dan akhirnya, kamu, tak akan perlukan semua tu pun. Kamu mungkin tak akan terfikir dan rasa tentang perkara ni, sampailah saat kamu dah ada keluarga nanti."

Membuatkan saya terjeda sejenak dengan kata-kata beliau.

Kalau nak hitung nikmat yang Allah pinjamkan pada kita, memang tak terhitung. Tengok saja pada diri. Mata, telinga, mulut, dan segala pancaindera yang ada. Semuanya Allah bagi pinjam, walaupun secara zahirnya kita nampak segala pancaindera tu attached kat badan kita, bukan kat tubuh orang lain.  Dan Allah boleh ambil balik bila-bila masa. Contohnya, sekejap je Allah boleh tarik nikmat penglihatan kita menyebabkan kita buta (na'uzubillah). Saat tu, apa yang kita boleh katakan? Nak mintak pulangkan semula? Oh~ itu bukan kepunyaan kita...

Ingatlah hakikat diri sebagai peminjam, pemegang amanah, malah sebagai hamba-Nya. Jangan disalahgunakan nikmat-nikmat yang ada pada diri pada perkara yang haram.

"Mulut aku, ikut suka aku la nak cakap apa pun!"

Ini bukan adab seorang peminjam. Dah la pinjam je, lepas tu gunakan barang yang dipinjam sesuka hati. Ini bukan lagi dalam lingkungan sesama manusia, tapi dengan Pencipta. Tak malu ke kita sebagai hamba?

Hakikatnya, memang Allah Taala itu bersifat Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Banyak nikmat yang Allah bagi percuma, tak perlu kita nak mintak pinjam daripada Allah. So, kita yang bertaraf hamba ni banyakkan bersyukur dan jangan salah guna nikmat yang diberi pada perkara haram. Bukan itu je, semua nikmat akan dipersoalkan di Akhirat. Tak perlu pengakuan jujur daripada kita tentang apa yang telah kita lakukan (dan alasan-alasannya). Kita tak akan berpeluang bercakap dan membela diri kerana pada saat itu anggota kita akan menjadi saksi.

"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."
(an-Nur: 24)

Comments

mutiara bd said…
Tulisan nt semakin 'berani'.. Hehe

Bagus-bagus.. teruskan menulis. Ana suka baca. Sebab jadi peringatan untuk ana sebagai pembaca..
nasuha said…
Hehe, brani tulis di sini, ckp depan2 belum tentu.

insya Allah peringatan utk ana jgk sbnrnya..
Anonymous said…
suka post2 awk kbelakangan ni.relatekan ngn hidup yg realiti...bagus dan tidak brcakap d atas angin...troskan brusaha---x-rumet
Anonymous said…
wah,memng setuju sgt.. leh ak nk amek point2 nye? mintak izin~huhu..
anyway,pernah merase mnde2 cenggini..

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha