Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
Gerakan Kristianisasi di seluruh
dunia secara umumnya berlaku lanjutan dan kesinambungan daripada dendam orang
Kristian terhadap Islam dalam siri-siri peperangan Salib.
Laungan “Gold, Glory and Gospel”
yang pernah kita belajar daripada buku-buku sejarah dulu menzahirkan tujuan mereka
menyerang dan menakluki negara dan tanah Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu
untuk mencari kekayaan, kemegahan dan menyebarkan ajaran Injil (Bible).
Penjajah Portugis, Sepanyol dan
Inggeris giat melakukan usaha penjajahan dan penyebaran Kristian di seluruh
dunia. Portugis dan Sepanyol sebenarnya bermusuh dan berperang sesama mereka,
tapi dalam hal penyebaran agama Krisitian dan menentang Islam, mereka bersatu.
Perjanjian Tordesillas 1494
antara Portugis dan Sepanyol membuktikan perkara ini. Perjanjian di bawah
naungan dan bimbingan gereja dan Pope ketika itu menyaksikan pembahagian dunia
kepada dua bahagian untuk tujuan mengkristiankan seluruh masyarakat dunia di
Timur dan Barat. Bahagian sebelah Barat diberikan kepada Sepanyol dan bahagian
sebelah Timur diberikan kepada Portugis.
Disebabkan itu, penjajah yang
mula-mula datang ke Tanah Melayu pada tahun 1511 adalah penjajah Portugis yang
ketika itu menganut fahaman Katolik. Askar-askar Portugis membawa bersama
mereka paderi-paderi Kristian yang ingin menyebarkan Kristian di Tanah Melayu.
Maka, usaha penyebaran Kristian di Tanah Melayu sebenarnya telah bermula sejak
awal era penjajahan Portugis lagi.
Di Semenanjung Tanah Melayu, misionari pertama yang
dihantar ke Melaka iaitu pada tahun 1815 ialah William Milne. Beliau yang
dihantar oleh London Missionary Society (LMS), telah berjaya menubuhkan Anglo
Chinese College yang bermazhab Anglican untuk menjalankan aktiviti misionari.
Di Sabah pula, gerakan Kristianisasi bermula pada bulan Oktober 1928 dengan tertubuhnya
The Borneo Evangelical Mission yang
menjalankan aktiviti-aktiviti misionari dengan bimbingan tiga misionari dari
Australia. Manakala di Sarawak, gerakan Kristianisasi bermula sejak tahun 1848
dengan kedatangan Francis Mcdougall yang bermazhab Anglican. Francis telah
menubuhkan Borneo Church Mission sebagai usaha memulakan aktiviti penyebaran
agama Kristian.
Jika dulu, kita
lihat, gerakan Kristianisasi hanya bertumpu kepada usaha untuk mengkristiankan
seseorang individu atau sesebuah masyarakat daripada tiada beragama atau
beragama lain kepada agama Kristian. Tetapi gerakan Kristianisasi pada zaman
moden bukan hanya setakat itu. Gerakan ini, yang fokusnya adalah kepada orang-orang
Islam, juga cuba menjauhkan atau mencairkan pegangan agama Islam yang dianuti
tanpa perlu memeluk agama Kristian, sehingga boleh menjadikan orang-orang Islam
menentang agama mereka sendiri dan mengeluarkan (memurtadkan) mereka daripada
Islam.
Di Malaysia,
gerak kerja misionari juga berubah mengikut zaman. Ketika era penjajahan dulu,
gerak kerja bertumpu kepada usaha membina sekolah misionari untuk anak-anak
Melayu dan gereja untuk memudahkan penyebaran agama Kristian. Kini, usaha juga
dikembangkan dalam bentuk penyiaran, penerbitan akhbar, aktiviti kemasyarakatan
dan kesihatan. Sebagai contoh, misionari
Kristian banyak mendekati golongan yang menghadapi kesempitan hidup dan dilanda
bencana. Mereka menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma
kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan, yang beragama Islam,
sebelum memesongkan aqidah mereka hingga sanggup menukar agama kerana desakan
hidup.
Gerakan Kristianisasi di Malaysia secara umumnya dipelopori oleh
kumpulan penganut Kristian yang beraliran Evangelis. Antara persatuan yang bergerak
aktif melakukan misi kristianisasi ini adalah National Evangelical Christian
Fellowship Malaysia (NECF). NECF dianggotai oleh beberapa gereja di Malaysia
dan mazhab mereka berorientasikan evangelical. NECF juga secara jelas
menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian.
Antara perkara yang telah mereka lakukan adalah mewujudkan
Suruhanjaya Evangelisme. Mereka juga banyak melakukan kempen, antaranya adalah
kempen Malaysia MyHome yang mengajak semua gereja di Malaysia untuk turun dan
menyampaikan mesej Jesus. Hanya risalah yang berbahasa Melayu sahaja yang
menggunakan kalimah Allah. Antara kempen kontroversi lain yang dianjurkan
mereka adalah kempen Malaysian National Prayer Network (MNPN). NECF juga
merupakan salah satu organisasi yang kuat menentang larangan penggunaan kalimah
Allah dalam Bible Bahasa Melayu.
Selain itu, antara organisasi besar Kristian yang giat dalam usaha
ini adalah Christian Federation of Malaysia(CFM). Persatuan ini tertubuh pada
tahun 1986 dan berjaya menyatukan 40 mazhab gereja terbesar termasuk Roman
Katolik. Antara organisasi yang berpayung di bawahnya termasuklah NECF yang
berorientasikan Evangelical, Council Churches of Malaysia (CCM) yang mewakili
Protestan dan Roman Catholic Church yang mewakili Katolik.
Antara resolusi perhimpunan CFM pada bulan Febuari 1987 adalah
meramaikan ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian. Mereka ini wujud dalam
parti pembangkang mahupun parti pemerintah, bahkan ada di antara mereka
menjawat jawatan menteri dalam kabinet.
Council Churches of Malaysia (CCM) juga adalah satu badan
organisasi yang bernaung di bawah CFM. CCM dianggotai oleh lapan mazhab yang
kebanyakannya mewakili mazhab Protestan. Mereka juga mempunyai visi yang sama
dengan NECF. Antara perkara yang mereka lakukan adalah melakukan seminar dan
bengkel untuk paderi samada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa
Mandarin.
Hasil daripada usaha keras mereka sejak lama dulu, kita pernah
diberitakan tentang beberapa kes murtad yang berlaku dalam sejarah Malaysia
moden. Antaranya Natrah, Noraisyah Bukhari, Jamaluddin Othman, dan Lina Joy. Dan
kini, bilangan kes murtad semakin meningkat. Contohnya pendedahan oleh bekas
Exco Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali, dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh
2 April 2012 mengatakan bahawa hampir 400 orang Melayu telah murtad.
Selain
itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan
mengejutkan mengenai kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa bahawa
lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008.
Walaupun
angka sebenar kes murtad tidak dapat diperolehi, tapi menurut bancian pada
tahun 2000, bilangan penganut Kristian pada tahun 1991 adalah 1.4 juta orang,
dan bilangan ini telah meningkat kepada 2.02 juta orang pada tahun 2000. Pada
tahun 2010 pula, jumlah penganut Kristian adalah dicatatkan lebih 2.6 juta
menjadikan peratusannya menyamai penganut Islam iaitu 40%.
Sebenarnya, agenda dan tindakan
mengkristiankan atau memurtadkan umat Islam ini telah menyalahi perlembagaan
dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam
keluar daripada agama Islam. Tapi, mereka ‘menghalalkan’ tindakan itu atas
alasan kebebasan beragama.
Antara
kesan lain hasil gerakan Kristianisasi di Malaysia ialah semakin ramai di
kalangan mereka yang menjadi ahli Parlimen tidak kira dari pihak pemerintah
atau pembangkang, malah ada yang menjadi menteri Kabinet, seperti mana yang
dipersetujui dalam resolusi CFM 1987. Selain itu, berlakunya penyebaran Bible
dalam Bahasa Melayu, laungan azan Christmas Carol, penganjuran konsert
Crusarder Jesus for Malaysia, pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara, wujudnya
14 tuntutan oleh IFC, dan yang terkini tuntutan penggunaan kalimah Allah dalam
Bible.
Akhir
sekali, kita perlu memahami sejarah dan gerak kerja gerakan Kristianisasi di
Negara kita khasnya supaya kita dapat mengenal siapa musuh Islam dan agenda
mereka yang sebenarnya. Dan kefahaman ini perlu disebarluaskan kepada seluruh
masyarakat Islam supaya mereka juga turut sedar dengan agenda penjajahan yang
boleh mengancam keselamatan Negara dan agama kita ini.
*Tulisan ini adalah hasil rangkuman rujukan kepada artikel-artikel yang tersiar di laman-laman web Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan juga rakaman video program-program anjuran ISMA yang tersiar di TV ISMA.
Comments