Posts

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Gerakan Kristianisasi di seluruh dunia secara umumnya berlaku lanjutan dan kesinambungan daripada dendam orang Kristian terhadap Islam dalam siri-siri peperangan Salib. Laungan “Gold, Glory and Gospel” yang pernah kita belajar daripada buku-buku sejarah dulu menzahirkan tujuan mereka menyerang dan menakluki negara dan tanah Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu untuk mencari kekayaan, kemegahan dan menyebarkan ajaran Injil (Bible). Penjajah Portugis, Sepanyol dan Inggeris giat melakukan usaha penjajahan dan penyebaran Kristian di seluruh dunia. Portugis dan Sepanyol sebenarnya bermusuh dan berperang sesama mereka, tapi dalam hal penyebaran agama Krisitian dan menentang Islam, mereka bersatu. Perjanjian Tordesillas 1494 antara Portugis dan Sepanyol membuktikan perkara ini. Perjanjian di bawah naungan dan bimbingan gereja dan Pope ketika itu menyaksikan pembahagian dunia kepada dua bahagian untuk tujuan mengkristiankan seluruh masyarakat dunia di Timur dan Barat. Bahagian sebelah Barat dib…

...

Hampir 3 tahun ditinggalkan sepi. Sampaikan saya hampir terlupa yang sebenarnya saya ada blog. Mujur saja username dan password mudah diteka. Kalau tak, langsung tak boleh nak sign in.
Dan hari ni, saya tergerak untuk mula menulis dan berkongsi kembali, walaupun rasa sangat kekok dan kaku untuk menyusun kata-kata.
Harapnya ini satu permulaan yang baik.

Tak selalunya macam tu

Sejak dari sekolah menengah hingga tamat belajar di IPTA, Allah Taala telah takdirkan saya untuk menuntut ilmu di tempat dan suasana yang baik dan masih boleh mendorong saya untuk sama-sama melakukan kebaikan.
Syukur kepada-Nya atas peluang dan nikmat yang diberikan. Bukan bermaksud meninggi diri, tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, saya tak perlu terlalu risau untuk menjaga diri daripada gejala sosial yang makin merebak. Sebabnya, di sekeliling saya, ramai yang sama-sama juga berusaha untuk menjadi baik dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Dan semua itu menjadi sokongan yang kuat buat diri sendiri. Saya pernah merasakan yang saya adalah antara insan yang sangat bertuah kerana dicampakkan Allah ke daerah yang baik sepanjang tempoh pengajian.

Namun sekarang persepsi saya sedikit berubah setelah beberapa kali berada dan merasai sendiri suasana di sebuah kolej di sini. Sebuah kolej biasa, yang pada pandangan peribadi saya tidak terlalu Islamik, dan agak susah untuk survive dan me…

Stamina

Seperti biasa, saya menapak ke lif untuk naik ke lab di tingkat 3. Sampai di depan lif, ada seorang makcik cleaner yang agak berusia berbanding makcik-makcik cleaner yang lain, baru juga sampai kat situ. Dan makcik tu bersuara, “Laa… baru nak naik ke..”. Saya memandang ke paparan yang menunjukkan pergerakan lif. Betul, lif baru je bergerak naik ke tingkat 1. Menandakan kami perlu tunggu lebih lama sebelum dapat naik ke atas. Makcik cleaner tadi terus berjalan ke arah tangga ‘berlingkar’ yang ada di sebelah kanan kami dan naik ke atas menggunakan tangga. Fikir saya, mungkin dia hanya naik ke tingkat 1 dan mahu cepat, sebab tu dia sanggup gunakan tangga. Dan saya terus menunggu lif, tak sanggup panjat tangga kerana terasa penat berjalan dari bangunan kulliyyah bersebelahan.  Saya masuk sebaik saja lif terbuka, dan saya nampak yang makcik tadi dah hampir sampai ke kepala tangga tingkat . Tiba di tingkat 3, saya keluar daripada lif. Dan apabila saya toleh ke kiri, makcik cleaner tadi sedan…

Program: SKIBDP

Image
Program: Seminar Kecelaruan Identiti Belia: Di Manakah Penyelesaiannya?

Tarikh: 18 Februari 2012

Masa: 8 pagi hingga 4 petang

Tempat: UIAM Kampus Kuantan

Anjuran: PEMBINA UIAM Kampus Kuantan, dengan kerjasama UIAM Kampus Kuantan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, dan ISMA cawangan Kuantan

Pembentang dan Panelis Jemputan:

          1. Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

          2. Encik Usamah bin Izer

          3. Prof. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz

          4.  Ustazah Amie Sofea binti Ahmad


ISTIMEWA MENANTI ANDA:
Penampilan finalis dan juara serta naib juara rancangan Solehah: Amie Sofea Ahmad & Wan Nor Mazuani Wan MokhtarPersembahan pentomen dan sajak.
MASUK ADALAH PERCUMA!

Isi perut, isi rohani

“Lunch ni nak makan apa?”
Bila tiba je waktu makan, kebanyakannya pasti akan fikir apa yang nak dimakan untuk mengisi perut yang kosong. Malah, ada yang sanggup cari tempat makan yang jauh-jauh untuk memenuhi selera masing-masing. Kalau waktu rehat untuk office hour adalah daripada pukul 1 pm hingga 2 pm, maka satu jam tu hanya dihabiskan untuk makan saja.

Pendek kata kalau pasal makan, nombor satu. Kalau pasal mengisi perut, semua boleh jadi. Solat lambat sikit pun tak apa, lepas waktu rehat boleh solat lagi, yang penting makan dulu.
Bila perut lapar, automatically tuan punya badan akan dapat detect, siap dengan ‘bunyi-bunyi amaran’ lagi daripada perut, menandakan sudah sampai masa untuk diisi. Dan makanan akan segera dicari. 

Tapi, kalau hati dan rohani yang kering kontang, dahaga, dan tak terisi dengan pengisian yang sepatutnya, tuan punya badan tak semestinya akan peduli. Malah, mungkin tak terasa langsung bahawa jiwanya sudah kosong. Ada yang sedar tentang kekosongan jiwanya, tapi di…

Sabar dalam beramal, sabar tinggalkan maksiat

Sabar itu menahan. Konsep sabar itu bukan hanya terpakai apabila kita diuji dengan perkara-perkara yang mendukacitakan sahaja.
Dalam melaksanakan amal soleh, kita juga perlu sabar kerana kita mungkin akan diuji dengan rasa malas, terpaksa, dan tidak suka dengan apa yang dituntut oleh agama.
Dalam menjauhi perkara maksiat dan larangan Allah, kita juga perlu sabar kerana bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu perkara yang mungkin telah menjadi 'kebiasaan' dan 'kesukaan' kita.
Ada yang kata sabar melakukan perkara kebaikan lebih susah daripada sabar untuk meninggalkan larangan Allah, tapi ada juga yang mengatakan sebaliknya. Terpulang kepada masing-masing kerana setiap orang pasti berbeza ujian hidupnya. Tapi kedua-duanya memerlukan satu sifat yang sama, iaitu sifat sabar yang tak mungkin akan diperoleh dengan mudah tanpa usaha yang kuat dari dalam diri. Lantaran itu, ganjaran untuk orang-orang yang bersabar bukannya kecil:
“Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka da…