Posts

Showing posts from June, 2010

Pelajaran-pelajaran pada Hari Akhir

Image
Hari ini, saya kena jumpa 3 orang pegawai sains. Pegawai Sains pertama, Cik S selaku supervisor untuk mini-project saya kat Jabatan Patologi ni, untuk dapatkan komennya tentang draft report mini-project yang saya hantar kepadanya. Sambil membelek-belek draft report tu… “Inilah gunanya awak buat project ni. Daripada project ni, awak boleh faham apa sebenarnya yang berlaku kat Unit Hormon ni..betul tak?” Betul. Tak adalah buat practical ni hanya semata-mata untuk memenuhi 6 credit hour untuk Industrial Training. Lagi… "Saya pun pernah belajar jugak dulu. Saya tahu students Cina belajar macam mana. Tapi kenapa kita tak boleh buat benda yang sama macam mereka?" Betul. Kat sini, saya sempat kenal dan berkawan dengan dua orang Chinese students . Kagum dengan kesungguhan dan sikap rajin mereka untuk belajar, malu pun ada bila Muslim tak rajin macam non-Muslim dalam bab menuntut ilmu. Pegawai Sains kedua, Puan J. Untuk dapatkan signature nya, menandakan saya dah masu

Manusia Menilai, dan Allah Menilai

Image
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." (al-Hujuraat: 13) Allah memandang dan membezakan antara hamba-Nya hanya pada ketaqwaan. Bukan pada rupa, pangkat, harta, bangsa dan keturunan. Ketaqwaan, suatu yang bersifat batiniah. Ukuran sebenar ketaqwaan seseorang hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bahkan diri sendiri tidak dapat menjamin dan mendakwa dirinya adalah mukmin yang benar-benar bertaqwa. Sangat tersembunyi, teliti dan halus. Dan saya kira sesuatu yang sangat halus dan teliti penilaiannya adalah sesuatu yang sangat mahal. Ya, nilaian ketaqwaan adalah nilaian yang sangat mahal. Dan ia adalah nilaian yang paling mahal kerana hanya Allah sahaja yang selayaknya menjadi Penilai. Namun, kita, kebanyak

Molecular Unit

Minggu ini di Unit Molekular. Lab yang saya boleh klasifikasikan sebagai lab paling rileks, paling baru, paling sedikit test , paling jarang dikunjungi, paling bahaya, kena pakai proper PPE ( gown, mask, glove ) ketika buat test , dan letaknya di ‘hujung dunia’ Patologi. Kenapa banyak sangat ‘paling’ nya? Sebenarnya, lab Molekular conduct test untuk sample H1N1 . This is the one and only test yang dijalankan di situ. So, no wonder tak ramai manusia yang masuk sini. Doktor pun tak boleh sesuka hati redah masuk lab untuk trace result patient . Lab ni paling rileks sebab practical student tak dibenarkan tolong buat test . Tolong tengok boleh… Test pula biasanya dijalankan sekaligus, sekali dalam sehari. So , kerja saya sepanjang minggu tu hanyalah observe apa yang dibuat MLTs dan science officer . Macam mandur pulak. Tapi, itulah rules yang perlu dipatuhi. Lab ni terbahagi kepada tiga bahagian. First division is for receiving samples . Bahagian ni adalah paling berisiko dan ber