Molecular Unit
Minggu ini di Unit Molekular. Lab yang saya boleh klasifikasikan sebagai lab paling rileks, paling baru, paling sedikit test, paling jarang dikunjungi, paling bahaya, kena pakai proper PPE (gown, mask, glove) ketika buat test, dan letaknya di ‘hujung dunia’ Patologi.
Kenapa banyak sangat ‘paling’ nya? Sebenarnya, lab Molekular conduct test untuk sample H1N1. This is the one and only test yang dijalankan di situ. So, no wonder tak ramai manusia yang masuk sini. Doktor pun tak boleh sesuka hati redah masuk lab untuk trace result patient.
Lab ni paling rileks sebab practical student tak dibenarkan tolong buat test. Tolong tengok boleh… Test pula biasanya dijalankan sekaligus, sekali dalam sehari. So, kerja saya sepanjang minggu tu hanyalah observe apa yang dibuat MLTs dan science officer. Macam mandur pulak. Tapi, itulah rules yang perlu dipatuhi.
Lab ni terbahagi kepada tiga bahagian. First division is for receiving samples. Bahagian ni adalah paling berisiko dan berbahaya sebab kat sini samples akan diterima, dilabel dan diletakkan dalam satu tiub kecil yang mengandungi viral transport media sebelum disimpan dalam fridge dengan suhu -70ÂșC. Kat bahagian ni juga procedures untuk viral extraction dijalankan untuk mendapatkan RNA virus. So, memang berbahaya kalau nak masuk saja-saja.
Division kedua adalah untuk reagent preparation. Di bahagian ni, reagents yang akan dicampur dengan samples akan disediakan terlebih dahulu. Kemudian, apabila RNA dah siap diextract, RNA akan dicampur automatically dengan samples menggunakan machine yang ada kat division ni. Kemudian, barulah rRT-PCR (Polymerase Chain Reaction) method akan dijalankan di division yang ketiga untuk detect presence of H1N1virus.
Sebut pasal PCR, baru saya teringat. PCR pernah dipelajari waktu saya ambil subjek Molecular Biology. Huh, subjek yang sangat susah. Sebab perlu menggunakan segala keupayaan imaginasi otak yang ada untuk membayangkan DNA/RNA, promoter, suppressor, plasmid, primers, polymerase, etc. dalam bermacam bentuk geometri untuk menggambarkan apa yang berlaku dalam cell nucleus. Sangat complicated.
Saya terpaksa buka semula buku Molecular Biology dan surf internet untuk memahami prinsip PCR. Agak susah nak recall apa yang telah dipelajari, tapi akhirnya dapat faham juga. Itu pun dengan bantuan science officer kat situ, merangkap supervisor kami semua, Cik Mas.
Walaupun di lab ini tak banyak kerja, in fact tak ada kerja lab yang boleh saya buat, tapi pada hari terakhir di lab Molekular, baru saya rasa yang saya dapat belajar dan faham banyak perkara melalui apa yang saya lihat. Contohnya, viral extraction procedure yang selama ni tak pernah saya lihat prosedurnya di depan mata, tapi di sini saya boleh belajar dan lihat sendiri. In fact, di unit-unit lain sebelum ni pun, saya melalui perkara yang sama.
Pemerhatian juga adalah suatu proses pembelajaran. Walaupun mungkin pada mulanya kita kurang faham hanya melalui pemerhatian, tapi rasa ingin tahu akan membuatkan kita terus mencari dan ingin memahami apa yang kita perhatikan di sekeliling kita.
Jangan hanya melihat dan memandang, tapi tak mahu dan tak berusaha memahami. Itu hanya kerja sia-sia.
Comments