Posts

Showing posts from September, 2011

Roda yang Berputar

Hidup ini ibarat putaran roda. Ada masanya kita berada di atas, dan ada masanya kita berada di bawah. Tetapi ramai yang masih tak sedar hakikat ini. Atau mungkin tak mahu menerima hakikat ini. Ada orang yang dikurniakan kejayaan demi kejayaan dalam apa jua yang dilakukan, tapi pada suatu ketika, tiba-tiba kehidupannya jatuh merudum. Dan dia sangat kecewa hingga tak dapat menerima takdir yang menimpa. Ada orang lain pula berkali-kali mengalami kegagalan dalam setiap pekerjaan dan urusannya walaupun telah berusaha sehabis daya. Dan akhirnya dia sudah berputus asa untuk berharap dengan Allah Taala. Padahal kalau dia berusaha dan bersabar sedikit saja lagi, mungkin Allah akan kurniakan rezeki yang mencurah-curah kepadanya. Kita harus yakin bahawa kita tak akan selama-lamanya berada pada tempat dan kedudukan yang sama. Maka ketika mengecap kebahagiaan dan kesenangan, jangan terlalu gembira dan bersenang-lenang sehingga lupa diri. Nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dalam sekelip mata. D

Wajah Suci

“Kenapa muka baby dan kanak-kanak semuanya nampak comel? Padahal bila besar nanti, diorang belum tentu jadi ‘comel’ jugak macam masa diorang kecik-kecik…” Tiba-tiba saya suarakan apa yang terlintas di fikiran kepada dua sahabat saya di sebelah. Dan salah seorang sahabat menjawab, “Sebab kanak-kanak tak ada dosa…” Saya tersengih. Bunyinya macam bergurau, tapi betul juga ya. Kanak-kanak memang punya hati yang suci. Mereka mana pandai menipu, mana pandai buat jahat kalau tak diajar dan tiada pengaruh luar. Mereka mudah meniru perlakuan baik. Jiwa mereka masih jiwa yang fitrah.  Bila hati dan jiwa masih suci bersih, muka pun nampak comel je dan sedap mata memandang.  Macam mana kita yang dah besar panjang ni? Kena la bersihkan hati dari karat-karat dosa. Supaya jiwa kita sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Kalau hati tak bersih, banyak dosa, dan tak bertaubat, orang pun serabut tengok muka kita, apa lagi diri sendiri…