Roda yang Berputar

Hidup ini ibarat putaran roda. Ada masanya kita berada di atas, dan ada masanya kita berada di bawah.
Tetapi ramai yang masih tak sedar hakikat ini. Atau mungkin tak mahu menerima hakikat ini. Ada orang yang dikurniakan kejayaan demi kejayaan dalam apa jua yang dilakukan, tapi pada suatu ketika, tiba-tiba kehidupannya jatuh merudum. Dan dia sangat kecewa hingga tak dapat menerima takdir yang menimpa.
Ada orang lain pula berkali-kali mengalami kegagalan dalam setiap pekerjaan dan urusannya walaupun telah berusaha sehabis daya. Dan akhirnya dia sudah berputus asa untuk berharap dengan Allah Taala. Padahal kalau dia berusaha dan bersabar sedikit saja lagi, mungkin Allah akan kurniakan rezeki yang mencurah-curah kepadanya.
Kita harus yakin bahawa kita tak akan selama-lamanya berada pada tempat dan kedudukan yang sama. Maka ketika mengecap kebahagiaan dan kesenangan, jangan terlalu gembira dan bersenang-lenang sehingga lupa diri. Nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dalam sekelip mata. Dan ketika diri ditimpa kesusahan dan ujian, jangan terus menyesali nasib diri dan berputus asa dengan rahmat Ilahi. Yakinlah bahawa Allah mentakdirkan dan menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam