Posts

Showing posts from July, 2009

La Taghdhob

Salaamullahi 'alaikum. Sekadar ingin berkongsi satu hadis: Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w: Berilah wasiat kepada aku. Berkata Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah. (Riwayat Bukhari) ~Hadith 16, Buku hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), Mustafa 'Abdul Rahman. Kenapa Rasulullah s.a.w. mengutamakan larangan ke atas sifat marah berbanding sifat-sifat keji yang lain? Kerana apabila seseorang itu memelihara diri daripada sifat marah yang bukan pada tempat yang diperlukan, bermakna dia telah memiliki sifat-sifat, perangai dan budi pekerti yang elok. Atau dengan kata lain, ketiadaan sifat marah adalah punca kepada baiknya perangai dan kelakuan hidup seseorang. So , jangan suka marah-marah dan berusahalah untuk selalu memaafkan kesalahan orang lain.

Penat

Image
Seminggu saya tinggalkan blog tanpa sebarang post . Satu tempoh yang agak lama daripada biasa. Rasa bersalah pula kerana seolah-olah meletakkan kerja 'menyampaikan' ini sebagai satu part-time job, i.e. kalau ada masa terluang baru boleh buat. Sebenarnya tiba-tiba saya hilang mood untuk menulis. Sebabnya hanya kecil; kepenatan. Penat memikirkan tugas dan tanggungjawab yang bertambah, penat dengan subjek-subjek yang makin susah, penat berkejar ke sana sini, penat dengan kerenah dan masalah orang di sekeliling. Patut ke saya mengeluh? Memang tidak patut. Kerana saya hamba Allah dan saya ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Saya bukan diciptakan oleh Allah untuk bersenang-lenang di atas muka bumi ini. Suasana sebegitu hanya boleh dikecapi di syurga. Penderitaan dan kesusahan melaksanakan tanggungjawab di dunia hanya sedikit berbanding penderitaan di akhirat sana kerana mengabaikan tanggungjawab. Kalau difikirkan, tiada masalah kalau saya hanya duduk terperap di dalam bilik da

Gerhana Matahari Separa di Malaysia Esok - 22 Julai 2009

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir 9.48 pagi. "Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu. Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya. Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini. Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir

Berkorban Harta untuk Agama

Tiga hari lepas, saya menyertai satu program yang dikendalikan oleh consultant jemputan dari Rebutia D'Perkasa , dikenali dengan nama Pok Nik, bersama dengan pembantu-pembantunya. Walaupun program hanya sehari semalam, tapi keletihannya seperti saya menghadiri program tiga hari kerana kebanyakan modulnya perlukan kerahan minda. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan memang menarik; generall y menyentuh tentang konsep ukhuwwah, dakwah dan pengorbanan dalam dakwah. Tapi, ada satu aktiviti yang sangat mengesankan hati saya yang ingin dikongsi di sini dan mungkin boleh diambil pengajarannya. Aktiviti ini memerlukan kami ( in group, about 15 members ) melalui satu track yang disediakan. Kemudian, untuk ke track yang seterusnya yang agak jauh, kami memerlukan batu bata untuk membantu kami meneruskan perjalanan tanpa dibenarkan memijak tanah. Untuk mendapatkan batu bata tersebut, kami perlu mengorbankan apa sahaja ‘harta’ yang ada pada kami waktu itu. Kalau sedikit barang-barang yang dik

Anda di Zon Selesa?

Beberapa hari lepas, saya sembang dengan seorang kawan saya. Katanya, keadaan di Jalan Hospital Campus (JHC) lebih sesak daripada biasa. Pertama, sebab bilangan medical students yang makin bertambah, lepas tu ditambah pula dengan nursing students sedia ada dan juga yang baru mendaftar baru-baru ni. Kedua, sebab parking lot di dalam dan di luar campus sangat penuh dengan motor dan kereta yang majoritinya kepunyaan students . Oh, tak dapat saya bayangkan betapa ‘berserabutnya’ campus yang kecil itu. Saya tak nak ulas tentang sebab yang pertama kerana perkara itu memang normal. Bilangan students yang mendaftar masuk akan bertambah setiap tahun. Tapi, sebab yang kedua agak menarik perhatian. Bukan saja di JHC, keadaan di Indera Mahkota Campus (IMC) juga sama iaitu masalah kekurangan parking lot , terutamanya untuk mereka yang berkereta. Sudah tentu bukan disebabkan parking lot makin berkurang, tapi sebab bilangan students yang membawa kereta semakin bertambah. Saya juga salah seoran

Perkongsian 3

Mantapkan Pengetahuan Sirah Untuk menegakkan kembali kedudukan agama Islam sehingga Islam memimpin dunia, kita mesti mengetahui dan memantapkan pengetahuan tentang sirah Rasulullah saw supaya dapat merujuk dan menjadikan sirah baginda sebagai panduan dalam melaksanakan gerak kerja kita. Melalui sirah, kita boleh mengetahui gerak kerja Rasulullah saw dan langkah demi langkah yang diambil baginda untuk menyebarkan Islam. Seluruh kehidupan baginda adalah cerminan dan tafsiran kepada isi kandungan al-Quran. Dan, melalui sirah baginda juga, kita dapat mengetahui dan mengikuti cara baginda membentuk masyarakat ketika itu sehingga mampu melahirkan sebuah masyarakat Islam dan juga daulah Islam di Madinah, walaupun pada mulanya hanya ada beberapa orang yang memeluk Islam. Apa yang Perlu Dilakukan? Tidak ada cara lain untuk menegakkan Islam secara berkesan, berterusan dan menyeluruh melainkan kita perlu mulakan dari akar umbinya, iaitu dengan membetulkan akidah dan pemikiran manusia kerana aspek

Perkongsian 2

Kenapa wajib berdakwah? Pertama sekali, tentulah kerana ia adalah suruhan Allah Taala. Dalilnya: "Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Ali 'Imran: 110) Kedua, dakwah adalah keperluan asasi manusia untuk menyedarkan dan menyelamatkan mereka. Kerana manusia sekarang sudah jauh terpesong daripada agama, manakala kejahatan, fitnah dan kerosakan berleluasa. Dan juga, berdasarkan kaedah usul fiqh: "Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib." Fardhu 'Ain atau Fardhu Kifayah? Ada yang mengatakan kerja dakwah hanya fardhu kifayah atau wajib ke atas golongan tertentu sahaja seperti ustaz, pendakwah, imam dan mereka mempunyai latar belakang pendidikan agama yang khusus. Maka, 'orang-orang biasa' atau orang awam terlepas daripada kewajipan tersebut. Betul ke persepsi m

Perkongsian 1

Salaamullahi 'alaikum. Saya kongsikan di bawah ini beberapa input yang saya dapat di program Perhimpunan Pendakwah Muda (PPM) di Ulu Yam baru-baru ini. Semoga bermanfaat. Manhaj Islam manhaj untuk manusia Seringkali kita mendengar, "Islam is the way of life", "Islam cara hidup yang lengkap untuk manusia", "Islam itu syumul" dan pelbagai lagi phrases yang ingin menerangkan bahawa Islam adalah agama yang lengkap, menyeluruh dan sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman. Ya, itulah hakikat sifat agama Islam kerana Allah sendiri telah menyempurnakan dan melengkapkan kedatangan Islam lebih 1400 tahun dulu. "...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..." (Al-Maa'idah: 3) Jadi, tidak ada sebab untuk kita mencipta, mengambil atau meniru manhaj (cara hidup) lain ciptaan manusia yang bersifat tidak kekal, banyak kekurangan dan tidak boleh diterima

Seputar di Ulu Yam

Empat hari berkampung di Ulu Yam untuk menghadiri satu program yang dinamakan Perhimpunan Pendakwah Muda (PPM); dan akhirnya petang tadi saya selamat tiba di rumah. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya; dari hari pertama saya menaiki bas ke sana sehinggalah tiba di stesen bas petang tadi. Penat masih terasa setelah empat hari mengerah minda dan tenaga. Bersesak-sesak dengan peserta lain, memasak, makan dan tidur seadanya, itu semua kesusahan dan ketidakselesaan yang perlu dihadapi. Tapi, akhirnya semua itu sebenarnya satu keseronokan dan kenangan yang tak mungkin dilupakan kerana apabila berada di rumah, kita tak akan berpeluang lagi untuk merasai semua kesusahan itu. Rata-rata di kalangan kita menemui segala bentuk keselesaan apabila berada di rumah. Benar, rumah adalah tempat yang paling selesa. Dan, jika kita menilai semua itu dengan mata hati, maka wajar bagi kita memanjatkan kesyukuran pada Allah pada segala apa yang kita ada pada hari ini, walau sekecil dan seburuk ma