Anda di Zon Selesa?

Beberapa hari lepas, saya sembang dengan seorang kawan saya. Katanya, keadaan di Jalan Hospital Campus (JHC) lebih sesak daripada biasa. Pertama, sebab bilangan medical students yang makin bertambah, lepas tu ditambah pula dengan nursing students sedia ada dan juga yang baru mendaftar baru-baru ni. Kedua, sebab parking lot di dalam dan di luar campus sangat penuh dengan motor dan kereta yang majoritinya kepunyaan students. Oh, tak dapat saya bayangkan betapa ‘berserabutnya’ campus yang kecil itu.

Saya tak nak ulas tentang sebab yang pertama kerana perkara itu memang normal. Bilangan students yang mendaftar masuk akan bertambah setiap tahun. Tapi, sebab yang kedua agak menarik perhatian. Bukan saja di JHC, keadaan di Indera Mahkota Campus (IMC) juga sama iaitu masalah kekurangan parking lot, terutamanya untuk mereka yang berkereta. Sudah tentu bukan disebabkan parking lot makin berkurang, tapi sebab bilangan students yang membawa kereta semakin bertambah. Saya juga salah seorang di kalangan mereka. Bas memang disediakan, tetapi sudah tentu kenderaan sendiri lebih selesa, sama ada motor atau kereta.

Kita selalu dengar cerita daripada mereka yang lebih tua, tentang betapa susahnya untuk mereka pergi ke sekolah. Kebanyakannya terpaksa berjalan kaki walaupun jauh. Kalau yang agak bernasib baik, mereka akan berbasikal ke sekolah. Apabila di universiti, keadaan tetap sama; terpaksa berjalan kaki walaupun kampus jauh dari kolej kediaman kerana tidak ada perkhidmatan bas disediakan.

Bandingkan dengan zaman sekarang. Kebanyakan students di universiti lebih selesa untuk bawa kenderaan sendiri walaupun ada disediakan bas.

Saya terfikir, adakah disebabkan kita hidup di zaman serba canggih, serba mudah dan serba cepat ni, kita tend to be a person yang nak semua urusan hidupnya mudah, cepat dan selesa? Tidak ingin bersusah payah, bersesak-sesak dan berebut-rebut dengan orang lain dalam kenderaan awam, contohnya?

Mungkin situasi di atas tidak boleh dijadikan kayu pengukur yang tepat untuk saya buat hipotesis begini, tapi rasanya tanggapan saya tidak salah. Ada di kalangan kita yang telah terbiasa dengan persekitaran dan suasana hidup yang mudah dan selesa mungkin tidak akan betah hidup dalam keadaan susah dan serba kekurangan. Namun, tidak dinafikan, ada juga yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

Dari sudut yang lain pula, situasi macam ni tidak perlu dipertikaikan kerana taraf hidup manusia semakin meningkat berbanding 30 atau 40 tahun dulu. Kebanyakan kita mampu untuk membeli dan memiliki transport, devices, tools, etc. yang memudahkan mereka dalam urusan seharian. Teknologi memang bertujuan memudahkan urusan hidup manusia, dan sifatnya berkembang mengikut peredaran zaman, dan manusia sudah tentu terkesan dengan perkembangan teknologi walaupun ada yang lambat terkena tempiasnya. Jadi, tidak wajar kalau nak membandingkan keadaan zaman dulu dengan sekarang.

Itu dua pandangan yang berbeza.

Tidak ada yang salah kerana terpulang kepada pandangan masing-masing.

Tapi, kita harus menilai diri sendiri; adakah kita menggunakan kemudahan dan teknologi yang ada kerana kita memang seorang yang mementingkan keselesaan, cerewet, dan tidak boleh bersusah payah walaupun sedikit? Atau kerana kita ingin memanfaatkan teknologi dan kemudahan tersebut, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang lain di sekeliling kita dan untuk Islam juga?

Dan juga harus diingat, hidup kita tak akan selalu diliputi kesenangan dan keselesaan. Kesusahan dan kepayahan akan tetap mengekori kita walau sekaya dan sesempurna mana pun hidup kita. Sesekali, sesuaikan dan biasakan diri dengan keadaan yang 'menyusahkan dan tidak selesa' supaya kita boleh meneruskan kehidupan seperti biasa walau ke daerah mana sekali pun kita dicampak di atas muka bumi Allah ini.

Comments

wah, shuhadaa berfikiran jauh..bagus2.

memang sesak kat jhc tu...tp utk parking moto, so far xde masalah.
nasuha said…
slalunya gitu la, parking motor xde masalah.boleh je celah masuk kt mana2..satu kelebihan n kmudahan utk afzan.=)

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam