Posts

Showing posts from November, 2009

Salam 'Eidul Adha

Salam 'eidul adha 1430H. Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail 'alaihima assalam menjadi inspirasi untuk kita sama-sama berkorban demi Allah dan agama-Nya. Dan semoga semangat korban sentiasa berpanjangan dalam hidup kita.ameen. ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD!

Berhibernasi di Musim Banjir

Alhamdulillah, baru hari ini dapat merasakan cahaya dan bahang matahari setelah 5 hari berturut-turut, sejak saya pulang bercuti, hujan turun tanpa henti. Begitulah kita, apabila diberikan cuaca panas, kita selalu merungut kerana terlalu panas dan mengharapkan hujan akan turun; tapi apabila Allah turunkan hujan, kita merungut pula, bilalah hujan akan berhenti. Kita selalu tidak berpuas hati dengan apa yang diberikan. Memang menjadi kebiasaan setiap tahun di negeri-negeri pantai Timur, apabila tiba sahaja hujung tahun, musim tengkujuh akan melanda, dan biasanya akan diiringi dengan banjir. Seingat saya, tidak pernah lagi kampung saya dilanda banjir teruk yang memerlukan kami berpindah, Alhamdulilllah. Setakat air naik ke paras lutut di beberapa buah rumah jiran, itu perkara biasa. Budak-budak kampung saya memang gembira waktu banjir begini. Seronok kerana dapat berendam dan mandi air banjir. Tak dihiraukan warna air itu, asalkan dapat mandi air banjir. Macam tak pernah jumpa air. Pa

Jangan Dipersiakan yang Sedikit

“Orang yang tidak pernah memuji Allah atas nikmat air bersih dan segar yang diminumnya, ia akan lupa kepada-Nya jika mendapat istana yang cantik, kenderaan yang mewah, dan kebun-kebun yang penuh buah-buahan yang ranum.” Orang yang tidak pernah bersyukur atas sepotong roti yang masih panas, tidak akan boleh mensyukuri hidangan yang lazat dan menu yang nikmat. Orang yang tidak pernah bersyukur dan, sebaliknya ia kufur, tidak akan boleh membezakan antara yang sedikit dan yang banyak. Tetapi anehnya, tidak jarang orang-orang seperti itu yang pernah berjanji kepada Allah bahawa ketika Allah menurunkan nikmat kepadanya dan menyirami mereka dengan nikmat-nikmat-Nya maka mereka akan bersyukur, memberi dan bersedekah. “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.” Kemudian setelah Allah memberi kepada mere

Jangan Lupakan Dirimu

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?" (Al-Baqarah: 44) Sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga peringatan bersama. Sama ada mengajak orang lain berbuat baik atau mencegah perbuatan maksiat dan kejahatan, kita seringkali fokus pada orang lain tanpa terlebih dahulu atau pada masa yang sama turut muhasabah, menegur dan memperbaiki diri sendiri. Kita lupa pada diri sendiri. Saya teringat kata-kata seorang ustaz ketika mengikuti slot ceramah tafsir dalam satu program. Bunyinya lebih kurang begini, "Kita sibuk cari ayat Quran mana yang sesuai untuk orang ni, ayat Quran mana yang sesuai untuk orang tu, tapi kita tak pulak sibuk cari ayat Quran mana yang sesuai untuk diri kita sendiri..."  Dalam usaha berdakwah kepada orang lain, perhatikan dan ingat-ingatlah juga pada diri sendiri. Jangan sampai kita termasuk di dalam golongan yang di

Keranamu Exam!

Sekarang musim peperiksaan. Di sekolah, peperiksaan akhir tahun sedang berjalan. SPM sudah semakin hampir. Dan saya juga sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semester. Adat belajar, mesti ada ujian dan peperiksaan yang mengiringi. Kerana itu satu penanda aras yang bagus, sama ada kita menguasai sesuatu subjek atau tidak. Tetapi tidak bermakna jika seseorang lulus cemerlang dalam peperiksaan, dia sudah menguasai semua subjek yang dipelajari. Dan tidak bermakna jika seseorang gagal dalam peperiksaan, dia gagal memahami dan menguasai tajuk yang dipelajari. Semua itu dengan izin Allah jua akhirnya. Di musim peperiksaan, sebagaimana biasa, semua orang akan jadi ulat buku, semua akan mengusung buku dan nota ke mana sahaja, library akan penuh dengan manusia, dan kebanyakan sanggup stay up hingga ke pagi untuk study . Hebatnya penangan exam ! Menukarkan seseorang yang hanya study biasa-biasa pada awalnya kepada seseorang yang sanggup study luar daripada kebiasaannya. Tujuannya hany