Keranamu Exam!
Sekarang musim peperiksaan. Di sekolah, peperiksaan akhir tahun sedang berjalan. SPM sudah semakin hampir. Dan saya juga sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semester.
Adat belajar, mesti ada ujian dan peperiksaan yang mengiringi. Kerana itu satu penanda aras yang bagus, sama ada kita menguasai sesuatu subjek atau tidak. Tetapi tidak bermakna jika seseorang lulus cemerlang dalam peperiksaan, dia sudah menguasai semua subjek yang dipelajari. Dan tidak bermakna jika seseorang gagal dalam peperiksaan, dia gagal memahami dan menguasai tajuk yang dipelajari. Semua itu dengan izin Allah jua akhirnya.
Di musim peperiksaan, sebagaimana biasa, semua orang akan jadi ulat buku, semua akan mengusung buku dan nota ke mana sahaja, library akan penuh dengan manusia, dan kebanyakan sanggup stay up hingga ke pagi untuk study. Hebatnya penangan exam! Menukarkan seseorang yang hanya study biasa-biasa pada awalnya kepada seseorang yang sanggup study luar daripada kebiasaannya. Tujuannya hanya satu. Mendapat keputusan cemerlang dalam exam, atau sekurang-kurangnya lulus dalam semua subjek yang diambil. Tidak ada orang yang mahu gagal kan?
Walaupun kita semua bercita-cita begini, jangan sampai terbawa-bawa niat dan cara berfikir bahawa ‘aku belajar untuk lulus peperiksaan’. Kerana matlamat kita hanya akan berakhir pada kejayaan dunia semata-mata. Belajar untuk cemerlang dalam peperiksaan, dapat pointer atau CGPA yang tinggi, boleh graduate first class or second class degree, dapat good job, dapat high income, dan akhirnya boleh hidup senang. Betul kan?
Jika matlamat dunia sahaja yang dikejar, maka di akhirnya itulah sahaja yang akan kita dapat. Akhirat belum tentu bagaimana keadaannya. Dan, jika matlamat untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan sahaja yang dikejar, tidak mustahil usaha kita hanya berpada setakat untuk berjaya dalam peperiksaan. Kalau tajuk itu sahaja yang akan ditanya, maka tajuk itu sahajalah yang akan dipulun.
“Yang ni tak payah baca, lecturer dah cakap tak akan masuk dalam exam…”
Maka jadilah kita mahasiswa yang ‘graduate dalam tajuk-tajuk tertentu sahaja’.
Jom kita switch sedikit sahaja niat dan cara berfikir kita. ‘Aku belajar kerana Allah, kerana nak dapat ilmu sebanyak mungkin dan kerana belajar itu satu kewajipan seorang Muslim’. Insya Allah, matlamat akhir kita tidak akan berakhir pada kejayaan dunia semata-mata tetapi kedua-duanya sekali. Keredhaan Allah yang ingin dicari. Walaupun mungkin akan diuji dengan kegagalan setelah berusaha, tetapi kita akan redha dan tidak mudah putus asa kerana setiap titik peluh kita dikira sebagai ibadah dan menjadi saham di Akhirat sana, insya Allah.
Jika niat belajar sudah di’switch’kan kerana Allah, tidak lah usaha kita terhenti setakat apa yang diajar dan yang akan ditanya dalam exam tapi extend beyond of that. ‘Craving for knowledge’. Tidak mustahil kita mampu menguasai banyak bidang, bukan certain field sahaja, sebagaimana yang telah dicapai oleh ilmuan-ilmuan Islam terdahulu.
Begitulah hebatnya penangan niat ikhlas kerana Allah!
Bunyinya macam mudah, tetapi pelaksanaannya belum tentu berjaya. Hakikatnya, untuk menetapkan niat ‘belajar semata-mata kerana Allah’ sahaja belum tentu terlaksana dengan sempurna. Seringkali hati berbolak-balik dan niat berubah kerana kita seringkali nampak besarnya kejayaan dan anugerah yang diperoleh di dunia.
Setiap hari, sentiasalah betulkan niat kerana Allah dalam apa jua perkara sekalipun. Itu semudah-mudah perkara yang boleh dilakukan. Kerana itulah yang menentukan langkah dan tindak tanduk kita sehari-hari dikira sebagai suatu ibadah atau perlakuan biasa.
Akhirnya, saya ingin berkongsi satu kiriman SMS yang biasa sahaja kata-katanya tapi boleh menjadi renungan bersama, dihantar oleh sahabat saya sempena dengan peperiksaan yang kami sedang lalui:
Usaha - Tanggungjawab kita
Hasil/Tidak berhasil - Fitrah dunia
Yang utama - Kita sedang mengejar kebahagiaan akhirat
Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kehidupan kita dunia dan akhirat.
Buat semua yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan, bittaufiq wannajah fil imtihan!
Comments