Posts

Showing posts from December, 2010

Penyakit Berjangkit: Marah

Marah. Satu penyakit berjangkit. Apabila seseorang dalam keadaan marah, orang lain di sekeliling jadi mangsa kemarahannya. Tak kira yang ada kaitan ataupun yang tak tahu apa-apa, semua akan terkena tempias kemarahannya. Orang yang kena marah pasti akan rasa marah jugak kalau tak bersabar. Dan tak mustahil orang lain pulak yang terkena tempias marahnya. Begitulah cara jangkitannya. Jangkitan yang boleh dihentikan dengan bersabar. Sabar ketika datangnya perasaan marah. Adakah kita di kalangan mereka yang menyebarkan atau menghentikan jangkitan penyakit marah?

Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010

Image
PROGRAM: PERTANDINGAN SENAMROBIK ISLAMI BELIAWANIS 2010 TARIKH: 26 DISEMBER 2010 TEMPAT: DEWAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG ANJURAN: BELIAWANIS PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) PAHANG  dengan kerjasama  JABATAN BELIA DAN SUKAN PAHANG Untuk mengetahui syarat pertandingan dan juga penyertaan, sila hubungi: Asma': 014-8435246 atau Mahada: 013-2129425 Penyertaan dibuka sehingga  22 Disember 2010.

Kita sedara ke...?

Image
Pernah tak terjadi begini: Anda punya seorang kawan atau kenalan, dan akhirnya anda dapat tahu rupa-rupanya kawan anda tu ialah saudara mara anda sendiri yang tak pernah anda kenal dan temui sebelum ini. Perkara begini boleh saja berlaku, terutamanya apabila kita punya saudara mara yang semuanya menetap jauh antara satu sama lain. Kita tak pernah bertemu dengan mereka dan   akhirnya kita mengenali mereka atau anak-anak mereka dalam situasi yang tak disangka-sangka. Malah tak mustahil dan keterlaluan kalau saya bayangkan, boleh jadi pasangan yang nak berkahwin pun akhirnya dapat tahu rupa-rupanya mereka ada hubungan saudara. Saya perhatikan, generasi sekarang berbeza dengan orang dulu-dulu dalam mengenali saudara mara. Nenek saya yang dah berumur 80 lebih dapat kenal dan ingat hampir semua saudara mara sampai sekarang. Apabila turun kat mak saya, mungkin ¾ je. Apabila turun kat saya dan adik beradik, mungkin separuh atau kurang. Ya, mungkin dulu kebanyakannya tinggal berdekatan dan tak

Sensitif

Antara ciri-ciri yang dititikberatkan dalam sesuatu measuring equipment adalah sensitivity, i.e. sejauh mana alat tu mampu mengesan perubahan kecil ketika mengukur sesuatu benda. Makin sensitif, makin elok la alat tu kan? Sebab bila ada sedikit je perubahan, terus alat tu dapat kesan, dan makin chantek la nilai yang kita dapat. Adakah hati kita juga sensitif? Bukan maksud saya sensitif dengan kata-kata atau perbuatan orang lain pada kita, yang menyebabkan kita kecil hati dan jauh hati. Bukan itu. Tapi sejauh mana hati kita sensitif pada sebarang perubahan yang berlaku pada diri kita. Sejauh mana hati kita dapat mengesan bahawa pada masa-masa tertentu iman kita sangat merudum, sejauh mana hati kita terkesan bahawa pada hari ini, banyak dosa yang kita lakukan berbanding hari-hari sebelumnya, sejauh mana hati kita terkesan bahawa solat yang dilakukan makin tidak khusyu' dari hari ke hari? Sensitiviti hati dapat dicapai bila tiada penghalang pada laluan hidayah Allah ke dalam hati