Sensitif

Antara ciri-ciri yang dititikberatkan dalam sesuatu measuring equipment adalah sensitivity, i.e. sejauh mana alat tu mampu mengesan perubahan kecil ketika mengukur sesuatu benda. Makin sensitif, makin elok la alat tu kan? Sebab bila ada sedikit je perubahan, terus alat tu dapat kesan, dan makin chantek la nilai yang kita dapat.

Adakah hati kita juga sensitif?

Bukan maksud saya sensitif dengan kata-kata atau perbuatan orang lain pada kita, yang menyebabkan kita kecil hati dan jauh hati. Bukan itu.

Tapi sejauh mana hati kita sensitif pada sebarang perubahan yang berlaku pada diri kita. Sejauh mana hati kita dapat mengesan bahawa pada masa-masa tertentu iman kita sangat merudum, sejauh mana hati kita terkesan bahawa pada hari ini, banyak dosa yang kita lakukan berbanding hari-hari sebelumnya, sejauh mana hati kita terkesan bahawa solat yang dilakukan makin tidak khusyu' dari hari ke hari?

Sensitiviti hati dapat dicapai bila tiada penghalang pada laluan hidayah Allah ke dalam hati. Mana mungkin hati boleh ditembusi hidayah jika dipenuhi dengan karat-karat dosa dan titik-titik hitam yang mengggelapkan hati. Gelita tidak boleh bersama dengan cahaya. Maka bersihkanlah hati dengan taubat yang berterusan, zikir yang berpanjangan, hapuskan prasangka, dengki dan sakit hati pada manusia.

Tingkatkan sensitiviti hati. Supaya hati masih boleh menilai mana dosa dan mana pahala, mana yang Allah suka dan mana yang Allah benci.

Kemudilah hati dengan sebaiknya. Agar hati sentiasa sensitif pada perubahan yang berlaku pada diri dan iman kita, walaupun nilainya sekecil 0.000000000000001.

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam