Mohonlah kepada Allah
Salam imtihan untuk semua students UIA Gombak dan UIA Kuantan khususnya, yang sedang berperang menghadapi final exam. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. dan beroleh kejayaan dalam course masing-masing.
Ingin dikongsikan hadis ke-19 daripada matan arba'in yang mungkin sangat dekat maksud dan pengertiannya dengan kita waktu ini. Waktu-waktu genting menghadapi peperiksaan, di samping berdepan pelbagai bentuk ujian hidup di dunia.
Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma katanya: Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engakau dapatiNya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Dan dalam riwayat selain Tarmizi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau dapati Allah di hadapan engkau. Kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa-apa yang (ditakdirkan) tidak datang kepada engkau, tidaklah ia kena pada engkau. Tetapi apa yang kena pada engkau, tidaklah tersalah kena pada engkau. Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu beserta kesabaran. Dan sesungguhnya kelapangan itu beserta kesusahan. Dan sesungguhnya beserta susah itu ada senang.
Allah sentiasa bersama kita, susah atau senang. Mohonlah kepadaNya dan mohonlah pemeliharaanNya sentiasa, bukan hanya waktu kita susah semata-mata. Dan peliharalah hak Allah dan agamaNya terlebih dahulu melalui pengabdian diri kepadaNya, supaya pemeliharaan Allah sentiasa bersama kita.
Comments
Ckmin doakan yg terbaik utk shu dan semua 'anak2' yg membaca ni,smga dipermdhkan Allah sgla urusan u all. Mdh2an dpt jwb yg terbaik dan berjaya dgn cemerlang nanti,insyaAllah. All the best to all of u. Bykkn doa, smua.
jazakillah cikmin,insya Allah, ameen.
smg cikmin juga dipermudahkan segala urusan, insya Allah..