Posts

Showing posts from January, 2011

Push the PAUSE button

Alhamdulillah, akhirnya tercatat juga tulisan pertama untuk tahun baru 2011 Masihi. Sungguh, langsung tak terasa melangkah ke tahun baru. Terleka saya dengan masalah dan kerja-kerja berkaitan FYP sehingga terlupa bahawa ketika ini diri sudah menginjak ke suku abad.
Begitu cepat putaran masa. Pejam celik, dah seminggu. Pejam celik lagi, dah sebulan. Mungkin inilah apa yang dikatakan tanda-tanda awal kiamat. Iaitu apabila masa dirasakan berlalu begitu pantas. Ke saya yang terlalu tertumpu pada kerja, sampai lupa nak ambil kisah cerita sekeliling?
Apapun jawapannya, sesibuk mana pun kita dan seberat mana pun masalah kita, jangan terlalu memaksa diri. Kadang-kadang PAUSE button perlu ditekan. Supaya ada ruang untuk diri bermuhasabah, memikirkan dan merenung hikmah-hikmah yang boleh dikutip dari segala kejadian yang berlaku pada diri. Kerana pada setiap apa yang berlaku, sebenarnya terselit bicara Allah pada kita. Mungkin satu teguran, mungkin juga satu peringatan tentang kelalaian kita, ata…