Push the PAUSE button

Alhamdulillah, akhirnya tercatat juga tulisan pertama untuk tahun baru 2011 Masihi. Sungguh, langsung tak terasa melangkah ke tahun baru. Terleka saya dengan masalah dan kerja-kerja berkaitan FYP sehingga terlupa bahawa ketika ini diri sudah menginjak ke suku abad.

Begitu cepat putaran masa. Pejam celik, dah seminggu. Pejam celik lagi, dah sebulan. Mungkin inilah apa yang dikatakan tanda-tanda awal kiamat. Iaitu apabila masa dirasakan berlalu begitu pantas. Ke saya yang terlalu tertumpu pada kerja, sampai lupa nak ambil kisah cerita sekeliling?

Apapun jawapannya, sesibuk mana pun kita dan seberat mana pun masalah kita, jangan terlalu memaksa diri. Kadang-kadang PAUSE button perlu ditekan. Supaya ada ruang untuk diri bermuhasabah, memikirkan dan merenung hikmah-hikmah yang boleh dikutip dari segala kejadian yang berlaku pada diri. Kerana pada setiap apa yang berlaku, sebenarnya terselit bicara Allah pada kita. Mungkin satu teguran, mungkin juga satu peringatan tentang kelalaian kita, atau mungkin juga satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.

“Allah sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas…!”
– Petikan dialog daripada filem Ayat-ayat Cinta.

Ya, sabar dan ikhlas adalah antara pelajaran penting pada setiap ujian dan masalah yang dilalui. Andai kita tidak jumpa hikmah-hikmah yang lain, tak mengapa. Kedua-duanya sudah cukup sebagai satu didikan terus daripada Allah kepada kita untuk menjadikan kita hamba yang redha, sabar, dan sentiasa kembali kepada-Nya. Kembali kepada punca dan akar umbi segala permasalahan hidup.

Tetapi, ada pula yang melihat PAUSE button itu pada keluar makan-makan, jalan-jalan, surf internet, banyak makan, banyak tidur, tengok movie, dan sebagainya. Contoh, lepas penat study, surf internet. Kalau tension dengan kerja, keluar jalan-jalan. Betul, semua itu antara cara yang pernah saya buat untuk release tension, tapi itu hanya keseronokan sementara, atau lebih tepat untuk lari daripada masalah. So, sekejap je hilang masalah dan kepenatan, tapi lepas tu mula lah serabut lagi. Kerana kita tidak kembali kepada jalan penyelesaian yang hakiki. Kita hanya mencari keseronokan sementara untuk mengubati masalah yang akan sentiasa berlarutan.

Kembali lah kepada titik mula yang betul dan bermuhasabah lah pada setiap takdir yang menimpa. Insya Allah, selepas dari itu kita akan beroleh kekuatan yang berterusan. Kekuatan hati dan jiwa yang mampu membantu kita menempuh ujian hidup di dunia, dengan izin-Nya jua.

Dan supaya pada setiap kali datangnya ujian, kita tidak terus menekan STOP button lantaran rasa lemah dan putus asa dengan apa yang menimpa…

Comments

Popular posts from this blog

Allah Lihat pada Usaha

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"