Perkongsian 2
Kenapa wajib berdakwah?
Kedua, dakwah adalah keperluan asasi manusia untuk menyedarkan dan menyelamatkan mereka. Kerana manusia sekarang sudah jauh terpesong daripada agama, manakala kejahatan, fitnah dan kerosakan berleluasa. Dan juga, berdasarkan kaedah usul fiqh: "Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib."
Fardhu 'Ain atau Fardhu Kifayah?
Ada yang mengatakan kerja dakwah hanya fardhu kifayah atau wajib ke atas golongan tertentu sahaja seperti ustaz, pendakwah, imam dan mereka mempunyai latar belakang pendidikan agama yang khusus. Maka, 'orang-orang biasa' atau orang awam terlepas daripada kewajipan tersebut. Betul ke persepsi macam ni?
Perlu difahami dan diingat tentang konsep fardhu kifayah; iaitu sesuatu kewajipan, sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan, hanya gugur apabila ia dilakukan oleh sebahagian orang Islam, tetapi dengan syarat tujuan kewajipan itu tercapai. Contohnya, dalam mencegah kemungkaran, kewajipan hanya gugur daripada orang Islam yang lain apabila semua kemungkaran dapat dicegah hasil usaha sebahagian orang Islam.
Realiti hari ini, adakah semua kejahatan sudah dapat dibanteras? Adakah tugas dakwah sudah selesai? Sudah tentu jawapannya belum. So, tugas berdakwah masih dan tetap menjadi wajib ke atas setiap orang Islam, berdasarkan kemampuan dan pengetahuan mereka tentang Islam.
Cara Tertegaknya Islam
Ada yang berpendapat, kalau Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah kepada kita, dan satu-satunya agama yang diredhaiNya, maka kita tak perlu bersusah payah berdakwah, tak perlu bimbang dengan keadaan umat Islam sekarang ni kerana Allah pasti akan memberi kemenangan kepada agamaNya.
Ya, Allah Maha Berkuasa melakukan segala-galanya dengan kehendakNya, semudah kun fayakun; tapi dalam konteks ini, sunnatullah telah menetapkan bahawa Islam hanya akan tertegak apabila ada sebilangan umat Islam yang berusaha ke arah itu, bukan hanya duduk berpeluk tubuh dan hanya menunggu takdir Allah untuk kemenangan Islam tanpa melakukan apa-apa. Kalau kefahaman itu yang dipegang, apa perlunya Allah wajibkan umat Islam berdakwah, dan apa significantnya kisah sirah Rasulullah saw dan para sahabat yang melakukan usaha dakwah kepada masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu?
Pertama sekali, tentulah kerana ia adalah suruhan Allah Taala. Dalilnya:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..."
(Ali 'Imran: 110)Kedua, dakwah adalah keperluan asasi manusia untuk menyedarkan dan menyelamatkan mereka. Kerana manusia sekarang sudah jauh terpesong daripada agama, manakala kejahatan, fitnah dan kerosakan berleluasa. Dan juga, berdasarkan kaedah usul fiqh: "Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib."
Fardhu 'Ain atau Fardhu Kifayah?
Perlu difahami dan diingat tentang konsep fardhu kifayah; iaitu sesuatu kewajipan, sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan, hanya gugur apabila ia dilakukan oleh sebahagian orang Islam, tetapi dengan syarat tujuan kewajipan itu tercapai. Contohnya, dalam mencegah kemungkaran, kewajipan hanya gugur daripada orang Islam yang lain apabila semua kemungkaran dapat dicegah hasil usaha sebahagian orang Islam.
Realiti hari ini, adakah semua kejahatan sudah dapat dibanteras? Adakah tugas dakwah sudah selesai? Sudah tentu jawapannya belum. So, tugas berdakwah masih dan tetap menjadi wajib ke atas setiap orang Islam, berdasarkan kemampuan dan pengetahuan mereka tentang Islam.
Cara Tertegaknya Islam
Ada yang berpendapat, kalau Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah kepada kita, dan satu-satunya agama yang diredhaiNya, maka kita tak perlu bersusah payah berdakwah, tak perlu bimbang dengan keadaan umat Islam sekarang ni kerana Allah pasti akan memberi kemenangan kepada agamaNya.
Ya, Allah Maha Berkuasa melakukan segala-galanya dengan kehendakNya, semudah kun fayakun; tapi dalam konteks ini, sunnatullah telah menetapkan bahawa Islam hanya akan tertegak apabila ada sebilangan umat Islam yang berusaha ke arah itu, bukan hanya duduk berpeluk tubuh dan hanya menunggu takdir Allah untuk kemenangan Islam tanpa melakukan apa-apa. Kalau kefahaman itu yang dipegang, apa perlunya Allah wajibkan umat Islam berdakwah, dan apa significantnya kisah sirah Rasulullah saw dan para sahabat yang melakukan usaha dakwah kepada masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu?
~Bersambung dalam entry seterusnya, insya Allah.
Comments