La Taghdhob
Salaamullahi 'alaikum. Sekadar ingin berkongsi satu hadis:
~Hadith 16, Buku hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), Mustafa 'Abdul Rahman.
Kenapa Rasulullah s.a.w. mengutamakan larangan ke atas sifat marah berbanding sifat-sifat keji yang lain?
Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w: Berilah wasiat kepada aku. Berkata Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah.
(Riwayat Bukhari)~Hadith 16, Buku hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), Mustafa 'Abdul Rahman.
Kenapa Rasulullah s.a.w. mengutamakan larangan ke atas sifat marah berbanding sifat-sifat keji yang lain?
Kerana apabila seseorang itu memelihara diri daripada sifat marah yang bukan pada tempat yang diperlukan, bermakna dia telah memiliki sifat-sifat, perangai dan budi pekerti yang elok.
Atau dengan kata lain, ketiadaan sifat marah adalah punca kepada baiknya perangai dan kelakuan hidup seseorang.
So, jangan suka marah-marah dan berusahalah untuk selalu memaafkan kesalahan orang lain.
Comments