Wajah Suci

“Kenapa muka baby dan kanak-kanak semuanya nampak comel? Padahal bila besar nanti, diorang belum tentu jadi ‘comel’ jugak macam masa diorang kecik-kecik…”

Tiba-tiba saya suarakan apa yang terlintas di fikiran kepada dua sahabat saya di sebelah. Dan salah seorang sahabat menjawab,

“Sebab kanak-kanak tak ada dosa…”

Saya tersengih. Bunyinya macam bergurau, tapi betul juga ya. Kanak-kanak memang punya hati yang suci. Mereka mana pandai menipu, mana pandai buat jahat kalau tak diajar dan tiada pengaruh luar. Mereka mudah meniru perlakuan baik. Jiwa mereka masih jiwa yang fitrah. 

Bila hati dan jiwa masih suci bersih, muka pun nampak comel je dan sedap mata memandang. 

Macam mana kita yang dah besar panjang ni?

Kena la bersihkan hati dari karat-karat dosa. Supaya jiwa kita sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Kalau hati tak bersih, banyak dosa, dan tak bertaubat, orang pun serabut tengok muka kita, apa lagi diri sendiri…

Comments

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi