Pelajaran-pelajaran pada Hari Akhir

Hari ini, saya kena jumpa 3 orang pegawai sains.

Pegawai Sains pertama, Cik S selaku supervisor untuk mini-project saya kat Jabatan Patologi ni, untuk dapatkan komennya tentang draft report mini-project yang saya hantar kepadanya.

Sambil membelek-belek draft report tu…

“Inilah gunanya awak buat project ni. Daripada project ni, awak boleh faham apa sebenarnya yang berlaku kat Unit Hormon ni..betul tak?”

Betul. Tak adalah buat practical ni hanya semata-mata untuk memenuhi 6 credit hour untuk Industrial Training.

Lagi…

"Saya pun pernah belajar jugak dulu. Saya tahu students Cina belajar macam mana. Tapi kenapa kita tak boleh buat benda yang sama macam mereka?"

Betul. Kat sini, saya sempat kenal dan berkawan dengan dua orang Chinese students. Kagum dengan kesungguhan dan sikap rajin mereka untuk belajar, malu pun ada bila Muslim tak rajin macam non-Muslim dalam bab menuntut ilmu.

Pegawai Sains kedua, Puan J. Untuk dapatkan signature nya, menandakan saya dah masuk lab yang dia in charge.

Puan J: Kamu dah masuk section Mycology? So apa yang kamu belajar?

Saya: Semalam saya masuk, Kak Z tak buat test, tak ada sample. Saya hanya tengok test Gen-Probe untuk TB je. Sehari sebelum tu, tengok Kak Z buat QC.

Puan J: (Sambil tunjukkan muka tak puas hati…) I’ve told you on the first day lagi, right? Liaise dengan Kak Z untuk masuk lab Mycology. Ni dah minggu akhir baru nak masuk. Memang la tak sempat nak tengok test kat Mycology. Kamu ni bagi alasan je.

Aduh, kan dah kena marah.

Memang betul silap saya. Waktu rotation di Lab Microbiology (lab yang paling sibuk), terlalu banyak section yang perlu saya masuk. Dan terlalu banyak benda yang nak dipelajari. 2 minggu memang tak cukup. Dan apabila dah pindah ke lab lain, saya tak curi-curi masa untuk masuk section Mycology yang tak sempat saya masuk sebelum tu. Menyesal pulak, hari-hari terakhir baru nak curi-curi masa.

Oh, itu cuma alasan! Jangan banyak beralasan.

Pegawai Sains ketiga, Puan A. Semalam, masa nak dapatkan signature nya, saya diminta cari jawapan kepada soalan yang ditanya pada saya. Sebab katanya dia pun tak tahu jawapannya. Dan hari ni, saya perlu beri jawapan kepada soalan tu padanya.

Saya: Puan, semalam puan minta saya cari yang pasal HBV screening test tu dan bagi jawapan kat puan hari ni.

Puan A: Haa! So, dah dapat? Macam mana explanation nya?

Saya: Kita buat HBV screening test yang berbeza untuk different types of HBV infection…bla…bla…bla…

Sampai satu tahap, saya berhenti sambil jeling notes, sebab lupa jawapannya.
Akhirnya, Puan A yang tolong complete kan jawapan. Lepas habis dia explain,

Saya: Laa… puan dah tahu rupanya. Semalam puan cakap puan tak tahu jawapannya.

Puan A: Saje je, nak bagi awak buat kerja sikit.

Betul. Ramai antara kita (termasuk saya), macam ketuk paku, sekali ketuk, sekali masuk. Bila suruh baru nak buat. Kalau dalam bab belajar, bila lecturer suruh cari jawapan untuk satu-satu soalan, baru nak cari. Rasa eager nak tahu tentang sesuatu tu kurang atau tak ada langsung.


Inilah pelajaran-pelajaran yang saya dapat pada hari akhir lab rotation di Jabatan Patologi. Pelajaran yang berguna bukan saja ketika masih bergelar student, tapi berguna sepanjang menjadi pengembara menempuh hidup di dunia ini.Ya, hari ni hari akhir. Tinggal dua hari saja lagi untuk menghabiskan Industrial Training, itu pun untuk presentation mini-project. 10 minggu yang difikirkan lama (sebelum saya start IT) sebenarnya sekejap saja. Terlalu banyak yang saya belajar, dan banyak juga lagi yang saya tak tahu.

IT yang dilalui banyak membantu saya mengetahui tentang practical part untuk teori-teori yang dipelajari selama ini dalam kelas, dan semestinya menambahkan ilmu yang memang sudah sedia sedikit. Tapi, yang lebih berharga daripada itu, 10 minggu ini banyak mendidik saya tentang practical part untuk sebuah teori yang bernama kehidupan yang hanya dibaca dan didengar jauh-jauh saja sebelum ini.

Inilah wajah-wajah kehidupan yang sebenar yang perlu saya tempuh! 

Comments

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"