Doa untuk Mereka
"Saya nak exam minggu depan. Doakan saya ye."
"Oh ye ke...Insya Allah. Good luck ye."
Hakikatnya, berapa ramai yang betul-betul ikhlas mendoakan sahabat mereka setelah diminta sendiri oleh si sahabat?
Dan berapa ramai pula yang ikhlas mendoakan kesejahteraan sahabat mereka dalam keadaan sahabat tersebut tidak pernah minta, tahu dan sedar akan hal tersebut?
Yang ini lagi susah nak buat. Kecuali jika kita betul-betul mengasihi mereka hanya kerana Allah. Tidak hairanlah balasan untuk mereka yang mengamalkan amalan ini adalah sangat besar.
Rasulullah SAW bersabda,
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Atas kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Sahih Muslim no. 2733).
Janganlah hanya mementingkan diri sendiri dengan berdoa, "Ya Allah, berikanlah aku sekian-sekian... dan kurniakanlah aku sekian-sekian..." tetapi langsung melupakan doa untuk saudara-saudara kita.
Ayuh, berdoalah untuk mereka seikhlasnya!
Comments
waalaikumussalam wbt.
sama2 ila.selitkan sy skali dlm doa ila ye..
waalaikumussalam wbt.
klu x silap teka, kak yam eh?
insya Allah, kte ingat je kt kak yam.
kak yam senyap je.sihat ke?
alhamdulillah.sama2 kita smua amalkan.