Saya rindukannya...
Semester ni saya ambil Kelas Tahfiz Pakej 5. Setelah masuk semester 5, jadualnya tetap sama seminggu sekali. Ustaz tasmi' pun sama. Ahli kelas pun still orang yang sama. Tapi, ada satu perubahan besar yang dibuat kali ini. Arahan dari Gombak, supaya semua yang mengambil pakej tahfiz mesti mengikuti silibus yang sepatutnya diambil oleh mereka berdasarkan semester yang mereka duduki sekarang. Contohnya, kalau saya sudah berada di semester 5, maka silibus saya adalah daripada juzu' 21 hingga juzu' 25.
Saya agak terkejut mendengar arahan begini. Agak drastik, walaupun saya tahu peraturan asalnya memang begitu, i.e. kami (ex-student Daarul Quran) dikehendaki menghabiskan 5 juzu' untuk setiap semester. Maknanya, ramailah yang terpaksa 'melompat' juzu' sebab tak sempat habiskan silibus sebelum ni.
Dan satu lagi, perubahan ini dibuat sebab di akhir semester nanti kami akan diuji hafalan masing-masing secara lisan (ujian syafawi), atau istilah glamournya 'ditebuk'. So, kami memang perlu mengikut silibus yang ditetapkan sebab ujiannya berdasarkan silibus untuk particular semester.
Sudah lama tak 'ditebuk'. Kalau di DQ dulu, inilah ujian yang paling menakutkan walaupun sebenarnya ayat yang diambil hanyalah daripada awal surah, awal juzu' atau permulaan maqra'. Jarang sekali, ataupun mungkin tak ada soalan yang ditanya, diambil daripada tengah-tengah page atau mana-mana ayat yang disukai.
Terasa rindu pula dengan semua kenangan di sana. Walaupun tidak semua kenangan itu manis, tetapi yang pahit itu tetap juga manis dikenang. 'Pembulian' yang sangat teruk ketika minggu orientasi, kepayahan untuk menghafaz dan menghabiskan muqarrar (silibus) setiap sem, kena marah dengan guru tasmi', kena mengulang setiap kali lepas tasmi'; itu antaranya yang saya dan sahabat-sahabat terpaksa lalui. Terasa seksa ketika melaluinya tetapi kenangan-kenangan pahit itulah yang manis untuk dikenang sehingga ke saat ini. Mana mungkin kami berpeluang merasainya lagi.
Disebabkan tanggungjawab mereka yang belajar di sana adalah untuk menghafaz al-Quran, ditambah dengan suasana yang sangat menggalakkan untuk menghafaz al-Quran, kami seolah-olah ketika itu siang dan malam hidup bersama dengan al-Quran. Ke dewan makan bawa al-Quran, duduk tepi tasik pun baca al-Quran, sambil jalan-jalan pun ulang al-Quran, tidur pun dengan al-Quran. Selama tiga semester di sana, itulah rutin seharian kami. Berdampingan dengan al-Quran.
Kenapa saya tiba-tiba tulis semua ni?
Sebab saya nak mengingatkan kembali diri saya dan sahabat-sahabat yang pernah berjuang bersama dulu, bahawa kita telah bersusah payah untuk mendapatkan mutiara berharga Kalamullah yang sangat agung. Kita menangis bersama, gembira bersama dan akhirnya berjaya graduate bersama. Takkan dengan begitu mudah kita mempersiakan apa yang telah kita dapat, hanya kerana sekarang ni kita terbeban dengan study?Mungkin ada yang mengeluh dan terasa terbeban dengan peraturan baru kelas tahfiz ni. Tapi, saya rasa kita boleh dan perlu memaksa kembali diri untuk mengulang al-Quran sepertimana kita telah paksa diri kita untuk khatam tasmi' 30 juzu' al-Quran dulu.
Sama ada sekarang atau akan datang atau sampai kita mati sekali pun, tanggungjawab untuk mengulang al-Quran tetap terletak di atas bahu kita. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk direbut. Besar kemungkinan, kita tidak lagi berpeluang untuk duduk selama satu atau dua jam untuk mengulang al-Quran setelah kita bekerja dan berkeluarga nanti.
Sama-sama kita berusaha memelihara al-Quran. Semoga kita dan ahli keluarga kita dapat menjadi salah seorang penerima syafaatnya di akhirat kelak dengan sebab keikhlasan usaha kita di dunia. ameen.
Comments
harapannya, sebelum nyawa ditarik balik, biarlah dalam keadaan ingat Quran.takutnya bile mengingat kematian...
utk tahun 3 ni, budak medic dan dentist xde kelas tahfiz.ust cakap, takut x boleh commit..jadi kami akan start balik 4th year nanti...juz 21.
semoga Allah terangi hati2 kita utk mudah ingat Quran.amiinn....
oo ye ke, sbb bz sgt ms 3rd year ek..xpela bukn slibus yg prlu dkjar.stahun ni blh la i'adah dlu.
sama2 doa dtetapkn n dkuatkn hati utk trus jaga hafalan.ameen
malu rasanya..
tak bnyk surah2 y ila hafal..
bg tips mcm mana shuhada blh hafal dgn mudah.?
xpela, at least ila dh try hafal certain surah.alhamdulillah..
insya Allah sy akn tulis 1 entry psl tips ni k.. nk tlis kt cni pnjg sgt kot..
terima ksh eh..nt mesti ila ambil tips2 tu...