Bersediakah saya...??
Beberapa hari lepas, saya berbual dengan emak saudara saya tentang dua perkara: cuti sekolah dan permulaan puasa. Akhirnya, terhasil satu statement yang menjadi conclusion perbualan kami:
Minggu depan cuti sekolah, so minggu depan dah start puasa
Beberapa kali otak saya cuba memproses validity of that statement. Minggu depan puasa? Kenapa saya rasa macam susah nak percaya, padahal saya tahu 15 Syaaban (nisfu Syaaban) sudah lama berlalu? Oh, sudah bersediakah saya? Terasa malu sendiri; di saat orang lain sudah membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia, saya masih terkial-kial dan tertinggal di belakang.
Saya tak mahu berlaku seperti tahun lepas. Entah kenapa saya hanya mampu memandang kedatangan Ramadhan, kemudian ia berlalu di depan mata saya dan akhirnya pergi begitu sahaja tanpa apa-apa lonjakan dan anjakan yang saya buat dalam amalan saya.
Teringat pula saya ketika zaman kanak-kanak dulu. Setiap hari apabila mendengar dari jauh bunyi kapal terbang, saya akan berkejaran keluar dari rumah untuk melihat kapal terbang yang pasti akan terbang melintasi kawasan kampung saya sebelum mendarat di airport dan selepas berlepas dari airport. Sebab ketika itu, saya sangat kagum dengan ‘burung besar’ itu dan sangat berharap dapat menaikinya. Dulu, jarang-jarang orang berpeluang menaiki kapal terbang kerana kosnya yang tinggi dan hanya sinonim dengan mereka yang nak travel ke luar negara. Jadi, saya hanya mampu melihat, berharap dan berangan barangkali, tanpa betul-betul menaikinya di alam realiti.
Mungkin begitulah kalau dapat saya umpamakan bagaimana saya menghadapi bulan Ramadhan tahun lepas. Saya hanya merasakan keagungan bulan tersebut dan banyaknya ‘special offer’ yang ditawarkan, tetapi ia hanya sekadar satu bentuk kekaguman dan tidak diterjemahkan dalam perbuatan.
Saya dapat agak barangkali ramai yang masih terleka dengan hampirnya kedatangan Ramadhan. Lihat saja di televisyen, sepanjang saya berada di rumah baru-baru ni, rasanya tidak ada program dan hebahan yang mewar-warkan tentang hampirnya bulan puasa. Yang banyaknya adalah tentang rakaman rancangan sempena Aidilfitri. Begitulah suasana yang biasa berlaku; persiapan menyambut hari raya lebih diutamakan berbanding persiapan diri menyambut Ramadhan.
Puasa pada tahun ini mungkin agak challenging kerana dalam masa yang sama seluruh dunia masih berperang dengan wabak H1N1. Berdoalah kepada Allah semoga kita diberi kesihatan yang sempurna dan kekuatan fizikal dan iman untuk melalui Ramadhan kali ini.
Dan semoga kedatangan bulan Ramadhan membawa jutaan rahmat kepada seluruh umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. ameen.
Dan semoga kedatangan bulan Ramadhan membawa jutaan rahmat kepada seluruh umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. ameen.
Comments