Puasa dan Keletihan
Sudah seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Terasa begitu cepat masa berlalu. Mungkin disebabkan kita terlalu sibuk dengan aktiviti harian seperti lecture, presentation, assignment dan macam-macam tugas lain, kita seolah-olah tidak sedar dengan peredaran dan putaran masa yang berlalu.
Satu kelebihan apabila berpuasa dalam keadaan begini, kita tidak akan punya masa untuk fikirkan atau mungkin langsung tidak terlintas rasa lapar, letih dan sebagainya disebabkan pertambahan workload kita. Tetapi, bagaimana dengan prestasi kerja atau aktiviti harian kita? Adakah menurun, maintain atau meningkat berbanding ketika bulan-bulan biasa?
Antara fenomena yang biasa ketika bulan puasa ialah, attendance untuk kelas pada waktu pagi tidak akan penuh. Pasti banyak seat yang kosong. Alasannya; overslept. Kenapa overslept? Sebab selepas habis solat Subuh, dengan perut yang masih kenyang, terus sambung balik tidur yang kononnya terganggu tadi gara-gara bangun awal untuk bersahur.
Ketika bulan puasa juga, waktu kelas jadi lebih pendek daripada biasa disebabkan lecturer terpaksa habiskan kelas lebih awal. Kenapa? Bukan kerana lecturer yang penat, tapi kerana lecturer sangat kasihan melihat students nya ‘terangguk-angguk’ dalam kelas, giving facial expression yang sangat tidak membina, giving no response, look very tired, dan sebagainya.
Setelah sampai di bilik, port yang pertama dicari adalah katil. Kita terbaring kepenatan seolah-olah baru selesai melakukan kerja yang sangat berat sepertimana buruh binaan atau buruh kasar yang membina bangunan. Dan akhirnya mata dipejam lagi.
Begitulah keadaan kita di bulan puasa. Letih, penat, lemah longlai, mengantuk, tidak bersemangat. Adakah puasa dan keletihan adalah suatu perkara yang sinonim, berkadar terus antara satu sama lain?
Masih ingatkah kita bahawa antara peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan adalah peristiwa Perang Badar? Ya, peperangan. Dan tentera-tentera Islam berperang dalam keadaan mereka berpuasa, dan akhirnya mereka berjaya beroleh kemenangan. Itu merupakan suatu petunjuk bahawa puasa bukanlah alasan yang relevan bagi kita untuk tidak bergerak aktif, cergas dan melakukan aktiviti fizikal.
Kita ketika ini bukan pergi berperang pun. Hanya perlu attend class ataupun pergi ke hospital bagi practical year students. Sestengahnya ada transport, tak perlu berjalan kaki. Tapi keletihan yang kita alami lebih dahsyat daripada tentera-tentera Islam seramai 313 orang yang perlu melawan 1000 orang musuh dalam Perang Badar.
Dari mana sebenarnya datangnya kekuatan itu?
Bagi saya, semuanya berpunca dari dalam diri. Iman yang kuat, jiwa yang teguh, semangat yang tinggi; semuanya akan terzahir pada luaran kita walau sepenat mana pun tubuh badan kita ketika itu. Tapi, kalau mind kita sudah disetkan awal-awal dengan perkataan-perkataan negatif seperti mengantuk, letih, dsb, automatically itulah yang akan kita rasai dan alami. Seperti penyakit malas, tiada cara lain untuk mengubatinya melainkan kita perlu buang jauh-jauh dan lawan perasaan malas yang kita rasai.
Apapun, tubuh badan kita tetap memerlukan rehat dan itu adalah antara hak yang kita perlu tunaikan. Cuma, jangan terlalu dimanja-manjakan kerana kita mungkin hanya akan menuruti tuntutan hawa nafsu yang hanya menginginkan kenikmatan sementara.
Ambillah dan kutiplah semangat daripada peristiwa Perang Badar untuk meneruskan baki hari-hari puasa yang masih ada. Semoga berjaya!
Comments