Ahlan ya Ramadhan & Remembrance of Al-Quds

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun ini. Setinggi-tinggi kesyukuran selayaknya ditujukan kepada Allah kerana mengurniakan kita suatu tempoh masa setiap tahun untuk kita tingkatkan iman dan amal soleh serta mendidik nafsu sebagai bekalan untuk 11 bulan yang seterusnya.

Manfaatkan peluang yang diberi sebaik mungkin. Kita tidak akan bertemu lagi dengan madrasah lain selain madrasah Ramadhan yang mana kita rasa seronok dan rajin untuk beribadat serta bebas daripada gangguan dan bisikan syaitan yang dirantai dan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan.

Berusaha dan berdoalah, semoga Ramadhan pada tahun ini dapat diakhiri dengan cemerlang atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada Ramadhan yang lalu.


Dan juga jangan dilupakan tarikh hari ini, 21 Ogos, tarikh memperingati Masjidil Aqsa dibakar pada tahun 1969 oleh seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian, Dennis Micheal.

Semoga semangat Ramadhan hadir bersama semangat kita untuk terus mempertahankan Masjidil Aqsa.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Ramadhan kareem!

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam